+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Rabu, 4 Januari 2012

Maksud Kebebasan Bersuara..

10:59:00 PTG

Share it Please
Bebas dan Kebebasan, Apa makna @ maksud tersurat dan tersirat disebalik perkataan ini...? Hari ini, aku nak bercakap soal Kebebasan Bersuara. Maklumlah sekarang orang lain semua duk sibuk pasal Adam Adli, pasal AUKU, pasal Amalina dan macam-macam pasal lg la yg berkait soal kebebasan.

Sebelum tu, aku nak jelaskan disini. Apa itu maksud kebebasan bersuara.? 

"Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan. Istilah yang bersinonim, kebebasan menyatakan pendapat kadangkala digunakan sebagai maksud kepada bukan sahaja kebebasan bersuara secara percakapan verbal, tetapi juga tindakan mencari, menerima dan menyebarkan maklumat atau idea, dengan tidak mengira medium yang digunakan. Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat berkait dengan, tetapi berasingan dengan, konsep kebebasan berfikir atau kebebasan menilai. Dalam realiti, hak kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak di mana-mana negara dan hak ini lazimnya dihadkan, misalnya dalam konteks "kebencian". Ini disebabkan menggunakan kebebasan bersuara selalunya dalam konteks amalan yang saling bertentangan." -- rujuk esklopidia--

Bagi aku, maksud bebas bersuara yg aku paham ialah, bebas menjelaskan dan mengeluarkan apa yg kita rasa betul kepada umum. Haa.. aku rasa itu je, tak payah duk explain susah-susah, explain panjang2 pun bukan orang paham pun. Kita ambik yg umum je.  senang cite. 

Jadi apa yg aku buat sekarang ni adalah kebebasan bersuara. Menulis di blog, menyampaikan berita dan ilmu, mengetengahkan pendapat aku dan menegakkan apa yg aku rasa betul.. Semuanya di dalam blog ni. Jadi? Apa masalahnya sekrang?

Haa.. inilah masalahnya.. mentang2lah kita kata, kita bebas bersuara. Macam macam la kita tulis, cerita sana sini, sebar berita yg entah betul ke entah tidak.. ? Membuka aib orang (personal), mengutuk dan macam-macam lagilah yg sama waktu dengan nya..

Lol.. ini bukan kebebasan, ini kemungkaran la bangang.. Dalam bercakap ni, biar kena ada isi, pengajaran dan nilai disebalik yg ingin  kita sampaikan.. Bukannya main direct sembur kat orang lain tanpa usul periksa..

Bila kita tengok dari kacak mata yg bercakap tu, (bayangkan kita yg menyebar berita *^%#$% tu) haa...
Kita mesti akan rasa yg kita tak salahkan? sebab inilah kebebasan, bebas utk menghentam dan bersuara.. lantak pi la orang lain. Asalkan kita puas menghentam orang lain...

Ini kerja gila la bai.. nampak sangat ko tak bertamadun.. dalam nak kutuk orang @ buka aib orang, cuba tengok diri kita dulu.. Baik sangat ke kita ni? Sembahyang tak pernah tinggal ke? Kat mana mata kita bila ada awek lalu depan kita?  Pikir r balik.. di mana kita sebenarnya?

Nak tegur orang tak salah.. nak perbetulkan salah orang memang tak salah, tapi tegurlah secara berhemah..

Ok.. sebagai konklusi.. aku tegaskan kebebasan ini, kita bebas utk menulis, cerita, dan menyampaikan apa2 pun, cuma dalam penyampaian tu.. gunalah saluran yg betul dan tidak menjatuhkan sesama kita..(buka aib org) cukuplah sekadar pengajran dol..

p/s: mintak perbetulkan apa yg salah... otak aku masih dlam mode Biochemistry... 

12 comments:

  1. bebas bersuara juga tak bermaksud dgn sesuka hati hentam kromo tanpa mempedulikan hati dan perasaan orang lain,cakap sesuka hati tanpa menjaga sensitiviti..kena ingat dalam mengkritik,si pengkritik juga perlu menunjukkan nilai murni sebelum boleh mengkritik orang lain...kalau dah dimaki orang lain,lepas tu nak kritik orang,apa pula pandangan orang lain pd yg mengkritik tu,sama macam ketam ajar anaknya jalan betul...niat untuk membetulkan dan bukan mencari salah,fuhh panjang ak komen,ehehe..

    BalasPadam
  2. SALAM,
    Setuju ... matlamat yg baik dan betul sahaja tidak memadai. Cara mencapai matlamat ini juga mesti betul dan tidak melanggar syariat agama kita. Kebaikan dan kepentingan majoriti pula mendahului kepentingan minoriti. Wallahua'lam

    BalasPadam
  3. ramai yg menyalah ertikan maksud kebebasan bersuara tu . sebab tu bila dorang rasa dorang berhak untuk bersuara , habis semua benda dorang cerita . effect ? ada yg smpai terbuka aib orang lain mahupun sendiri . nauzubillah

    BalasPadam
  4. hurm... kebebasan bersuara... adam adli.. auku... malas dah nak dengar n baca hal semua nih... makin lama makin merebak.. cuba lah diorang yang berani tolong pelajar2 untuk kurang kan bayar riba' di ptptn ke... tapi bila harapan dah hampir tercapai... buat perangai lain plak... hurm... ntah lah ... :)

    betul gak... bila kita pk kita betul dan orang lain salah... kita akan lupa diri dan bersikp membuka aib orang... haish... jadi sentiasalah ingat yang terbaik itu hanya Allah...:) kan???

    BalasPadam
  5. Nice entry bro.. Mungkin dierang maseh belum tahu maksud kebebasan.. Tapi nak kata tak tahu sekarang nie semua maklumat kat hujung hari jer.. Manusia oh manusia...

    BalasPadam
  6. assalamualaikum zul...betul tu kita terpaksalah mengkaji dulu apa masalahnyakan dan itulah satu perkara yg patut kita fahami skg ini ...nasihat utk diri sendiri juga ni agar jgn terlalu melihat keburukan org lain saja dan kita semua sepatutnya memahami perasaan org lain juga jgn main ckp je kn..:)

    BalasPadam
  7. salam;
    memang dah fitrah manusia sejak zaman nabi Adam lagi buat cerita tak betul ni...apatah lagi manusia zaman ini...

    BalasPadam
  8. lg satu, perlu la ada ilmu..jgn main hentam je tanpa asas yg kukuh..nnt bla org tegur bodoh sombong, tau plak nk mrh kn?

    BalasPadam
  9. woo makin hangat isu kau ni ek...

    aku xtaw pape sb nye.. aku mlz nk ambik pusing hal2 ni... mmg kite kne ambk taw.. tp aku mlz =) ahahhahahahahah..

    selamat berjuang =)

    BalasPadam
  10. KEBEBASAN BERSUARA.. ERM.., BOLEH MEMANG BOLEH, TAPI BIAR KENA DENGAN TEMPAT, CARA DAN KELAKUANNYA..

    BalasPadam
  11. betul kata fairus tu..yg pntg kene pada isu dan padat ngan kebenarannye..canang bagai nak rak tp kosong pun x guna..

    BalasPadam
  12. done follow u, yup, setuju dgn kata2 kamu :)

    BalasPadam

Terima Kasih :D