+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Rabu, 30 November 2011

Aku Bukan Mata Duitan..



Bercakap soal duit ni, kepala otak kita mesti akan duk pikir pasal niaga. Haa.. samalah dengan aku. Sebagai salah seorang student Universiti, duit PTPTpu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan aku disini. Jadi aku terpaksalah cari insiatif lain utk backup duit saku ni. Dari kecil lagi otak aku, otak niaga. Suka jual barang dan hasil buatan aku..

Kronologi hidup aku dlam berniga :
  1. Darjah Satu : Wang saku yg emak aku bagi cuma  50 sen dan kadang-kadang RM1 je, mana cukup babe.. Aku nak beli mainan, makanan dan gasing.. Masa tu, aku ada bakat dalam seni lukisan sikit, jadi aku lukis gambaq kereta dan aku jual kat member aku, dgan harga 50 sen. Haha, semenjak dari itu, aku suka lukis gambaq kartun dan jual lukisan itu.. Walaupun lukisan itu agak buruk, namun boleh la nampak ianya sebagai kereta.. huhu..
  2. Darjah Empat : Aku jual kerepek pisang yg dibuat oleh kakak aku di sekolah,  dapatlah upah sikit. Yang paling tak boleh blah, aku sanggup pergi kutip buah "pauh bumbe" aku tak tahu r, orang luar panggil dengan nama apa buah tu. Aku jual buah pauh tu, dgan harga RM2 utk satu plastik.. 
  3. Naik sekolah menengah, aku mula rasa malu dengan kawan-kawan, jual barang kat sekolah. Macam budak-budak je. Jadi aku tukar cara lain, aku jual cd dan seluaq. Haha.. Masa tu, aku tak aktif sangat sebab aku malu la.. Aku dapat duit lebih bila tiba masa cuti sekolah je, aku kerja jadi buruh binaan, ok la, dapat jugak duit utk bayar yuran sekolah.
  4. Bila aku dah habis SPM, aku buat bakul, pasu dan bekas kain menggunakan kertas surat khabar yg terbuang.. dapat la duit sikit, dari aku duk tidur di rumah tu.. hehe
Sekrang, bila dah besar ni, baru nak kenal erti matang ni. Aku tak kisah dah apa org nak kata. Buat apa nak malu, kita cari rezeki halal la. Semester lepas, aku plain nak buka kios jual Kentang Putar. Aku dengan 2 lagi member aku. Tapi tak jadi la pulak, sebab semester ni, kami pindah rumah, dari Wang Ulu, ke Semarak. Erm.. semua kelaut..

Sekrang ni, aku  ada jumpa rakan kongsi baru dan kami dah berbincang sikit pasal niaga melalui internet ni, alaa, yg macam online shop tu. Aku rancang nak buat Bunddle Online. Benda ni, dah lama aku nak buat, tapi sekadar idea dan tunggu masa yg sesuai utk keluarkan. Sedang aku duk berbincang pasal niaga dengan kawan aku Redza, (dia pun otak niaga jugak) kami cuba utk bekerjasama dlm Bunddle online ni.

Sebelum tu, research perlu dibuat terlebih dahulu, potensi utk berjaya, jenis pelanggan. Kami akan cuba lakukan research dan bila dah sampai kata putus, dan semua dah ready, aku akan buka kedai Bunddle Online  kami sendiri.. Nanti aku akan bagitahu perkembangan kami dari semasa ke semasa.

p/s : pasal duit aku tak kisah sangat, sebab rezeki datang dari Allah. Walaupun skrang ni aku tengah kering, aku kena tetap cool, sampai masa, duit datang r kat aku.. hehe..  
27 comments

Selasa, 29 November 2011

Aku Maafkan Kamu..


Aku minta maaf di atas segala perbuatanku
Ternyata, kamu lebih suci dari apa yang ku bayangkan..

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku......

Tertarik dengan lirik lagu Aku Maafkan Kamu nyanyian Jamal Abdillah, Malique, and Tripdisz..
Lirik lagu yg puitis dan mendalam maksudnya.. 

cebisan lirik diatas, memang sesuai dengan diri aku... haha.. 
37 comments

Isnin, 28 November 2011

Masa Rehat dah habis bro!!! Skrang Masa untuk Fight..

Faizal bro.. korang kenal ke? The Golden Elbow..
Ok, skrang masa rehat dah habis bro.. aku skrang nak aktifkan diri semula dalam dunia tomoi ni. Sakit lama biarkanlah, dah tak boleh nak buat apa. Apa-apapun, aku perlu teruskan juga, untuk mendalami ilmu boxing ni. Sebelum ini, aku dah putus angin dengan tomoi ni. Aku ada 2 sebab kenapa aku berhenti dari dunia tomoi ni:
  1. Kaki member aku pernah patah masa aku main bola dulu, aku tak sengaja pun. Sebab itulah member aku, sampai sekrang tak boleh main bola dan sebab itu jugak, aku mula hilang minat dalam dunia tomoi.
  2. Kaki aku sakit. saraf dari tulang belakang, tarik urat paha aku, sakit wooo..  Sekarang ni, ok la sikit. Harap-harap lepas ni, ok r kot..
2 Alasan inilah yg sentiasa di mulut aku, bila ada orang ajak aku lawan. Aku rasalah 2 tahun sudah cukup untuk aku rest dan aktif semula., Hahaha.. Aku dah jumpa sifu baru.. Aku harap aku dapat asah kembali skill tomoi aku ni, dan dapat tingkatkan stamina tubuh ni. Selamat tinggal perut boroi, hoho... Skrang misi untuk cutting tubuh aku.. rasanya masa sebulan cukup untuk up stamina ni... OK.. 

Tapi tomoi ini waktu petang je.. jadi aku terpaksa korbankan futsal aku.. huwaaaa... Dalam dilema ni.. tapi aku putuskan disini jugak, yg aku nak teruskan dengan tomoi.. 

p/s: Dalam duk sibuk dengan assignment dan lab report yg nk kena hantaq esok, sempat lagi tu nak cutting tubuh.. hoho.. bagi keras sikit.. hehe.. jgan marah..
27 comments

Sabtu, 26 November 2011

Satu Bintang di Atas Kepala


Kelmarin 25/11/2011 aku ada kelas dari pagi sampai petang. Sebelum tu ada gap r sekejap untuk solat jumaat.  Habis kelas pukul 5 pm. Balik rumah sampai pukul 6 pm. Hampir sejam jugak r perjalanan tu. Penat itu dah biasa. Tapi nak buat macam mana? demi Ilmu aku redha jugak. 

Pukul 6:30 pm aku pergi main futsal, mak aii... pancit.. aku makan sebelum main, inilah balasannya. Bila masuk Maghrib, kami stop main futsal. Ok, aku rest dulu.. kaki aku sakit sangat rasanya.  Pukul 7:30 pm; aku bertolak ke dewan futsal Tahza di Kangar,  Naik Motorsikal sorang2, agak memboringkan jugak r. Aku ada friendly match dengan senior Tahun 4 Biomedic.. Game  macam haram je.. sejam game, mana la cukup.. walaupun aku masih lagi pancit.. 

Lepas habis game.. Aku pergi r minum air dengan member-member aku di kedai dekat Roundbox kangar .. 
Lepas minum teh ais, layan maharaja lawak mega sambil hisap shisha.. dan mengomen pasal peserta maharaja lawak mega tu.. Kami pun nak blah r.. Sementara aku menunggu member aku pergi bayar air minuman.. Aku dongakkan kepala aku ke langit. 

Tiba-tiba, aku lihat... satu bintang di langit.. cuma ada satu bintang je di permukaan langit semalam., dan bintang itu betul-betul berada di atas kepala aku... Semakin dilihat, semakin bersinar... Aku asyik lihat bintang itu, lalu aku teringatkan arwah ayah aku.. Dalam hati aku timbul persoalan?

"Adakah itu bintang ayah?"

Arghh.. itu cuma perasaan.. Mungkin sebab aku terlalu leka dengan dunia ni, sehingga aku lupakan tentang arwah ayah.. Aku sibuk dengan kerja assignment.. robot.. main dengan kawan-kawan.. Tapi itulah manusia, kadang2 lupa, kadang-kadang ingat tentang asal usul mereka... Selepas aku sampai kerumah dalam pukul 1 am lebih kot... Aku terus mandi, ambik air sembahyang dan solat..  beristighfar... istighfar dan istighfar.. hanya itu yg mampu aku lakukan..

Sekarang ni, aku mengantuk sangat... Aku tak boleh tidur semalam, Lepas tu, dari pagi lagi kena bertolak ke Pauh, untuk siapkan robot.. Aku balik awal hari ni, sebab kerja dah nak siap, dan aku nak tidor... 
Ok semua, selamat tidor yup...

p/s: maaf r, minggu ni aku masih lagi sibuk dengan tugasan, Jikalau aku ada masa free, aku akan terjah blog korang.. Maafkan aku..
31 comments

Rabu, 23 November 2011

banjiq Besaq di Kelate..


KOTA BAHARU: Berikutan hujan lebat yang melanda Kelantan sejak tiga hari lalu, jumlah mangsa banjir yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara meningkat kepada 235, berbanding 26 yang direkodkan semalam.

Dua daerah di negeri ini kini dilanda banjir iaitu Kota Baharu dan Pasir Puteh.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata di Pasir Puteh, pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang dibuka sejak semalam.

"Di Kota Baharu, dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Mulong dan Sekolah Kebangsaan Tiong, dibuka malam tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Paras air di empat sungai utama di Kelantan berada pada tahap berjaga-jaga manakala Sungai Golok di Jenob dan Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras amaran. -- BERNAMA

sumber myMetro..

Haha, rumah aku kat kampung, banjir r, bila banjir ni datang kat Perlis pulak..? mampuih r aku. Nak pi duk tang mana dah? Perlis banjir, Kelantan pun banjir. Sabor je la.. Hari-hari duk kat sini pun, masih lagi hujan.. hujan... dan hujan... nak pi kluaq kat kedai pun susah skrang ni. Pergi kelas, mujur la ada bas. 

Ini semua ujian hidup, dan supaya aku siapkan asignment, lab report dan esok ada test lg... huwaa.. 
masih mencari masa yg sesuai untuk terjah ke blog orang lain.. belum ada masa lagi.. maafkan aku..
30 comments

Isnin, 21 November 2011

Aku Berbahagia Kerana Mu


"Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu."

p/s: lepaskan aku, biarkan aku pergi dari hidupmu...
26 comments

Ahad, 20 November 2011

Sayanglah Nabi Lebih dari Orang Lain.


Kalau betul kita syangkan nabi kita? Kita kenalah sayang Nabi lebih daripada kita sayang kat org lain. Jikalau kita sayang nabi kita.. Bermakna kita sayang kepda Allah..

Macam mana nak kenal Nabi? tak pernah jumpa pun?


Kenal disini, ertinya tahu akan asal usul Nabi. Disini aku ada senaraikan sedikit biodata ringkas tentang Nabi kita. Sama-sama lah kita kenal siapa itu Nabi kita.
  1.  Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 
  2.  Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah
  3.  Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah 
  4.  Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 
  5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf 
  6.  Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW
  7.  Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab
  8.  Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Untuk tahu lebih lanjut tentang kisah hidup Nabi Muhammad, korang boleh terjah sini.. 
Sekadar satu perkongsian untuk ingatan diri aku dan korang semua. Sekarang ni, kita cakap kita sayang Nabi kita .. tapi kita tak kenal pun Nabi kita. Kita lebih kenal dan ingat tentang artis-artis dan tarikh lahir JWW Bitch.. Untuk pengetahuan korang, Kenal Nabi adalah WAJIB..

Selawatlah atas nama Nabi Muhammad.. itu yg terbaik
27 comments

Jumaat, 18 November 2011

Kesan Pemanasan Global..?


Sekarang ni Dunia semakin Panas. dan di Malaysia sendiri pun semakin panas. Tak hairanlah masyarakat kita sekarang ni, berbaju tapi macam berbogel? Apa kes? Takkan sebab cuaca kot korang nak dedahkan semua gunung daik ko tu? Pikir r sikit, aku pun panas jugak, tak de pun aku bukak seluar, bukak baju depan korang. Kalau nak bukak baju pun, boleh je ! bogellah dalam bilik sorang-sorang.. jadi tak ada r, orang lain nak marahkan ko. 
39 comments

Khamis, 17 November 2011

Fashion Designer Dan Kotak Bijiran Sarapan @ SourBlock

Korang pernah terjah tak Blog SOURBLOCK? Penulis blog ini adalah sahabat aku dan classmate aku masa matrik dulu. Haha.. Nama sahabat aku ni Wan. Jangan risau dia laki la.. Aku nak promote blog Wan jap boleh? 

Blog Wan ni, banyak ceritakan pasal gambar, dan gambar-gambar yg terkini dan menarik. Contoh:




Amacam?? ni baru sikit bro, kalau nak tahu lebih lanjut pasal blog Wan ni. Jom terjah blog Sourblock dan lihat sendiri tulisan beliau.


15 comments

Rabu, 16 November 2011

Sampaikan Ilmu Daripadaku Walaupun Satu Ayat...

Bercakap soal Imu, ramai yg masih lagi menuntut Ilmu dan ramai jugak yg sudah berputus asa dgan Ilmu. Adakah kerana mereka bijak atau disebabkan mereka ni bodoh?

Ilmu adalah anugerah Allah kepada setiap makhluk yang bergelar manusia. Melalui ilmu, manusia berkuasa, ramai pengaruh dan pengikut. Allah pula berkuasa mencabut, menghina dan memuliakan sesiapa yang dikehendakinya. Justeru, janganlah korang berasa sombong, hidung tinggi, dan bangga diri dengan ilmu yang sedikit. Seseorang yang mencintai ilmu, hatinya sentiasa terpaut dengan majlis ilmu walaupun jarak jauh yang perlu ditempuh, tenaga dan masa yang perlu dikorbankan. Aku redha, walaupun setiap hari kena naik bas selama 30 minit untuk ke tempat kuliah..  Namun, jangan lupa, mereka yang menuntut ilmu, menjadi kewajipan kepadanya menyampaikan ilmu kepada mereka yang tidak hadir dalam majlis itu.

Sampaikan sama ada melalui mata pena (penulisan) atau lidah. Ini sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w, maksudnya:

"Sampaikan daripadaku (meskipun satu ayat)".

Mereka yang mempunyai ilmu keagamaan wajib menyampaikan, tidak boleh disembunyikan walaupun satu ayat. Ini seperti sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Sesiapa yang mengetahui sesuatu ilmu itu lalu disembunyikan akan dia, nescaya Allah akan mengalungkan kepadanya di hari akhirat dengan kalungan dari neraka".

Aku bukan seorang ustaz, cukuplah!! jgan panggil aku ustaz lagi, aku cuma manusia biasa.  Aku menulis blog ni hanya untuk menyampaikan Ilmu dan menjadi bacaan dan panduan  masa tua kelak.. Jadi boleh la aku cakap kat anak-anak cucu aku kelak " zaman atok dulu, Atok menulis pakai blog" .. Tak ada yg nak dibanggakan dgan blog ini, sebab aku sendiri pun masih lagi serba kekurangan.. dan tegurlah aku, kalau aku ada salah silap dlam penulisan disini..

p/s: minggu ni aku masih tak ada masa utk terjah blog korang, sebab sibuk dgan assignment dan robot. Maaf sangat-sangat ...
21 comments

Selasa, 15 November 2011

Hukum Bagi Salam Pada Orang Bukan Islam

Sekarang ni, aku masih lagi tertukar dengan personaliti manusia, aku sangkakan dirinya seorang muslim tetapi beragama Hindu.. Huwaa.. Nak dijadikan crita, aku bagila salam kat cikgu tersebut, sebab aku ingat dia Muslim, muka sama cam melayu je.. demm!!! lpas  tu, ramai yg ketawakn aku dgan cikgu tu sekali gelakkan aku.. LOL, aku hairan r, kenape nak gelakkan org yg bagi salam kat seseorang..? Lepas member aku explain, baru aku tahu yg cikgu tu sebenarnya berbangsa Cina dan beragama Buddha.. Haha.. aku pun apa lagi, tumpang gelak sekaki r.. 

Memang silap aku r, tak tentu arah nak bagi salam kat seseorang.. padam muka. =.=
Sesungguhnya ucapan salam ini hanyalah untuk saudara sesama Islam kita sahaja, dan kalau nak bagi salam kat orang kapir, cukuplah sekadar ucapan "selamat pagi dan yg sewaktu dgan nya".

Tak de hukum yang kata haram atau tak boleh jawab salam dari seorang yang kapir. Mengikut kepahaman aku la, kita cuma tak di galakkan dan tak perlu…, dan takde perintah pulak utk kita bagi salam kat mereka.., Cuma jangan mendahului mereka dalam bagi salam, kalau nak jawab, jawablah : "Wa ‘alaikum!"


Sekadar perkongsian ringkas utk hari ini..
35 comments

Isnin, 14 November 2011

Remaja dan Bomoh..?

Google

Pertama skali aku nk mintak maaf, sebab hari ini, baru aku dapat update dan terjah blog korang, kat  kampung aku tak ada line internet... demm, Sekrang dah ada kat UniMAP Perlis. Rasa macam tak puas je cuti seminggu ni.. huwaaa... T_T..

Ok.. berbalik kepada tajuk post hari ini, Remaja dan Bomoh..? cehwahh..dah macam cite Hantu Bonceng la plak.. hahaha.. Tapi aku bukan nak cite pasal Hantu Bonceng ni. Aku cuma nak ulas sedikit sahaja tentang isu bomoh ini sekadar mengikut kepahaman aku je. 

Sepertimana yg kita tahu, bomoh itu Syirik.. Korang pergilah cari bomoh siam ke, bomoh indon ke, memang Syirik la.. Biase la masyarakat Melayu hari ni, lebih percayakan bomoh dari orang ustaz. Kat tempat aku masih ramai lagi manusia yg percaya benda-benda macam ni.. Aku pun tak paham r ape yg diaorang paham pasal bomoh ni? 

Contoh : Nak berubat Saka, pergi jumpa bomoh yg ada Saka jugak.. tak ke bodoh namanya itu..? Lpas tu bergaduh r antara saka pesakit dgan saka tok bomoh tu.. haha.. menggong..  Pergilah jumpa ustaz, berubat dgan perubatan Islam. Itu yg lebih berkat. 

Aku nak bagi jalan penyelesaian yg paling simple.. Aku pegang macam ni je..!!! Cuba kita pikir, dari mana penyakit kita datang? Siapa yg cipta penyakit tu? Haa.. dari Allah kan? So berdoalah dan rujuklah kepada orang alim dan ulamak tentang masalah dalaman diri, bukannya terus direct pergi jumpa bomoh.. Malulah sikit..

Sepertimana yg kita tahu, Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.

Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): 
"Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." 
(Surah al-Ghafir, ayat 60)

Firman Allah (mafhumnya): 
"Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk."
 (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Renung-renungkan.. 

p/s: aku pernah pergi jumpa bomoh masa jahil dulu, aku sakit saraf tp dia kata aku tersepak benda yg ditujukan utk orang lain..? Blur.. Aku tak pcaya r.. 
46 comments

Sabtu, 12 November 2011

Janganlah Jadi Bahan Bakar Api Neraka!!!!

Pada suatu hari, ketua segala malaikat telah menderhaka kepada Allah, lalu Allah melaknatnya dan menjadilah ia sebagai iblis, dek lantaran keengganannya mengakui akan kemulian manusia adalah lebih mulia dari dirinya…

Maka bermulalah era kewujudan iblis dan syaitan, lalu ia memohon doa panjang umur dan bersumpah akan menjadikan manusia juga ‘iblis’ sepertinya…

Kemudian, sebagai balasan untuk iblis dan syaitan, kelak, Allah akan menciptakan Neraka yang dahsyat membakar…., membakar iblis laknatuAllah sampai bila-bila..

Dan ketahuilah akan bahan bakar api neraka adalah manusia….
Dan mereka yang kapir akan kekal sebagai bahan bakar api neraka membakar syaitan durjana buat selama-lamanya, kekal abadi, No way out, No time limit, never die and forever in time…also never ending story-bad ending!!!

Moral : janganlah jadi bahan bakar api Neraka!!!!
24 comments

Rabu, 9 November 2011

Mampukah Kita Menahan Diri Dari Berzina?

Seringkali bercakap tentang zina, teringat kisah silam aku. Terlalu sukar untuk melupakan peristiwa hitam itu.
Tapi bila aku lihat masyarakat muda mudi skrang ni, zina itu biase je bagi diaorg, dah macam darah daging..
Kawan-kawan aku ramai yg terjebak dalam gejala ini. Bukan bukan cerita rekaan ini, betul-betul berlaku di tempat aku. Acap kali aku diajak untuk pergi ke tanah seberang.. alaa.. diaorg nk cari pelacur.. menggong ke ape? Itu yg memang dah obses tahap gaban r tu..

Bagi yg ada awek, mereka tak segan silu, bawak balik awek tidor sekali dirumah sewa.. mentang2lah diaorg ni student U. Buat rumah tu macam rumah mak bapak dia je..? Yg ni memang aku tak puas hati r, sebab tu r tempat aku asyik kena bala je... Bila orang tegur sikit, dia cakap awek ni, just untuk suka-suka je..
Nanti bila dah nak kahwin, nak cari yg pakai tudung.. demm!!!

Soal Zina ini, aku sudah ulas dalam entry yg lepas..

  1. Kajian Tentang Zina
  2. Bagaimana Zina Terjadi?
  3. Tips Mengelakkan berzina
  4. Nikah gantung @ Couple, Yg mana Halal?
  5. Kesimpulan tentang isu zina..

Namun, dewasa ini, kita orang islam mengaku benci zina, tapi  kita tak dapat mengelak dari zina…., di jalanan kita terdedah kepada segalam macam bentuk pra zina.., malahan di mana sahaja!!! Aku sendiri pun masih belum tentu mampu untuk menahan semua godaan ini..?

Kes zina telah menular ke seluruh cerok kampong, ke gugusan felda, ke celah celah bangunan sekolah, ke ITP, ke balai polis, ke kem tentera, ke Universti, malahan sampai ke masjid!!! Tak caye? search je kat google.. kompem jumpa..

Pikir-pikirkanlah.. mampukah kita menahan zina ini?
63 comments

Jumaat, 4 November 2011

Apakah Erti Pengorbanan Dalam Hidup Korang?


Sebelum tu, aku nak tanya korang, apakah erti pengorbanan??? sape sini yg tahu erti pengorbanan?? cuba explain kat aku..? Ramai yg bercakap dan menganggap dirinya sudah berkorban, dengan melakukan benda2 yg tak sepatutnya diaorg lakukan.. tapi itu bukan maksud sebenar dalam berkorban..
sat ye... iklan...
Adakah korang sudah menempah bahagian dalam korban untuk Hari raya haji ini???

Hmmmm....ok la..  aku cuba utk jelaskan apa itu erti pengorbanan melalui kaca mata aku sendiri k...

Maksud sebanar berkorban adalah  kita sanggup buat apa sahaja untuk mencapai maksud hidup @ tujuan hidup. Ianya bukan keinginan utk hidup, tetapi tujuan sebenar utk kita hidup.

Ini bukan seperti cerita P. Ramlee.. ini bukan kisah  Hang Tuah yg menjadikan maksud hidupnya untuk berbakti kepada Sultan, maka beliau sanggup buat apa sahaja untuk gembirakan Sultan walaupun terpaksa tipu Tun Teja dan bunuh sahabat baiknya Hang Jebat..

Begitu jugak tun Teja apabila menjadikan maksud hidupnya untuk membahagiakan hang Tuah, maka sanggup lari dari istana, berpisah dengan tunangnya Megat panji Alam dari terengganu dan sanggup pulak makan sirih jampi dari Hang Tuah!!!.

Tapi ini adalah cerita pengorbanan korang.. pengorbanan di jalan Allah. bukan pengorbanan untuk manusia. Alaa.. kita cakap senang r, tapi bila nak buat, macam-macam alasan keluar. hey.. Malulah sikit..

Bila korang menjadikan maksud hidup korang adalah menjadi kaya, maka korang tentu sanggup buat apa sahaja untuk jadi kaya walaupun terpaksa tinggal solat jemaah atau langgar perintah Allah!!! Itulah pengorbanan korang untuk jadi kaya!!

Atau korang menjadikan maksud hidup korang adalah mengharumkan Nama Negara, maka dah tentu korang sanggup buat apa sahaja untuk mengharumkan Nama Negara walaupun terpaksa meninggalkan solat atau terpaksa melengah-lengakan solat atau terpaksa langgar perintah Allah!!! Itulahpengorbanan korang untuk mengharumkan Nama Negara!!

Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan berpisah dengan harta benda kerana Allah?
Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan berpisah dengan keluarga kerana Allah?
Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan ambik cuti annual leave kerana Allah?
Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan ambik cuti unpaid leave kerana Allah?
Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan Nyawa hingga jadi mayat kerana Allah?
Sanggupkah korang dan aku???
Sanggupkah???

Buat masa ini, aku masih dalam dua..  dalam dilema.. aku masih belajar dan aku teringin sekali untuk membuat pengorbanan ini, tapi aku tak mampu.. aku takut aku tak mampu untuk lakukan semua ini.
Aku boleh menghadiri Usrah, Aku boleh menghadiri ceramah agama, Aku boleh berpisah dengan keluarga, Aku boleh berpisah dengan harta benda namun, aku jiwa aku masih muda.. Godaan utk aku masih terlalu kuat... Belajar perlukan masa..

Arghh.. lupakan.. yg penting inilah erti pengorbanan sebenar..
58 comments

Khamis, 3 November 2011

Tips Memilih Kasut Futsal..

Anda pemain futsal sepenuh masa? atau sekadar bermain suka-suka? atau berfutsal memang gaya hidup anda? haa. tak kira la laki ke pompuan ke.

kalau dah gila futsal tu sanggup berhabis beli kasut memahal. kasut cikai-cikai tanak. betol kan? hehe. bukan nak menunjuk ke ape, aku pun salah seorang drp mereka yg mementingkan kualiti kasut time futsal. kang nanti ade plak baru jer beli, sekali jer rembat bola, dah barai. pernah terjadi kot. adoii. so tanpa membuang tenaga korang membaca, jom cekedautt!!

1. Bajet.
- perkara terpenting ni. kalau duit tak cukup mcm mana nak beli yedakk? haa. since kasut futsal kat market sekarang ni lebih kurang rm100++ (orang dah anggap mahal tau) , bajet mesti lebih. lebih-lebih lagi kepada mereka yg bercita-rasa tinggi. nak pakai Adidas & Nike jer. kasut brand lain tak mahu pakai. haha. kasut murah ade. yang bawah rm100. tapi macam tak boleh nak harap sangat ketahanan dia tu. hehe

2. Pilih tapak kasut yg tak cepat haus.
- haa. camne nak bezakan tapak yg cepat haus atau tidak? mengikut pengalaman aku berkecimpung dalam bab2 kasut futsal ni, tapak kasut Adidas lebih tahan drp kaut Nike. siyes!..sebab aku pernah guna la kasut nike.. tapak dia dah separh haus.. baru 6 bulan aku beli.. lagi satu... jahitan benang dia mudah putus.. Susah r mcam ni...Selalu kena repair...Huhhu

ni kasut nike aku...tak puas hati r dengan kasut ni.. tak tahan lama..
3. Pilih ikut bentuk kaki.
- ni ramai orang silap time beli kasut futsal. dah tau kaki lebar tapi tetap beli kasut futsal yang bergred slim. contohnya Nike Mercurial Vapor. ala yg macam Ronaldo pakai tu. tapi ni versi kasut futsal. kalau kaki jenis lurus & slim boley la. kasut pun tak cepat rosak dek kerana kaki lebar anda. koyak kulit kasut nanti. kalau kaki lebar, aku syorkan Adidas. most of em' sesuai. sebelum beli,kasut mestilah ngam-ngam dengan kaki tapi pastikan ada ruang 1 inci antara depan kasut dengan ibu jari kaki. lagi satu jangan ketat sangat. jangan longgar sangat. lagi bagus kalau betol-betol fit sebab kasut ni senang mengembang kalau dah lame-lame pakai. fit dan selesa best. memudahkan untuk merembat bola dan gol!!

sesuai untuk kaki lebar.
orang kaki slim & lurus sesuai pakai Mercurial ni.

4. Warna.
- pilih kaler yg gelap jika anda pemain agresif. hehe. yela. kalau kasut putih main ganas, calar itam sana sini la nanti. syg kot! satu lagi kalau jenis korang yg pentingkan gaya, pilih la warna terang-terang. kuning ke. hijau ke. orange ke. baru nampak style duhh kalau time main! haha. most pompuan yg aku jumpa main futsal pakai kasut pink. nampak hott!!

5. Ringan.
- kasut berat berat tak bagus. so pilih ringan punya. senang nak lari laju-laju macam Ronaldo . hehe

          Aku pun masih baru lagi ni.. dalam dunia futsal.. jadi apa yg aku tahu a...setakat nie je..
 praktikkan time nak beli kasut futsal okay. jangan masuk kedai, angkat letak angat letak, then beli. tak profesional lah. jom berfutsal! ;)

p/s: member aku nak tahu cara-cara nak beli kasut futsal, jadi aku postkan semula entry lama aku ni.. haha
tak pe kan? renewpost?
16 comments

Spontanneous Thursday | Raihlah Cinta dengan Kedua Tangan Mu..


"Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya"

42 comments

Rabu, 2 November 2011

Wordless Wednesday | Diam itu Emas, Senyum itu ada manisnya


"Diam itu Emas,  Senyum itu ada manisnya"

p/s: hari ini, cukuplah untuk entry yg ringan-ringan je.. boleh kan?
35 comments

Selasa, 1 November 2011

Pesanan Untuk Orang Bodoh..!!!


Ini hanyalah entry sambungan dari entry.. Golongan Bodoh Lebih ramai darippada Golongan Pandai untuk menjawab persoalan yg mungkin berada di benak kepala otak korang semua... Sabar  bro...

Setelah aku membuat rujukan di blog Kereta Manyat .. dan beberapa sumber dari google... aku simpulkan disini...

Orang yg bijak tak mudah marah bila dengar ayat berbunyi “bodoh”, aku tak kata kat korang sorang, dan biasanya orang pandai bila dengar 4 rangkap terakhir yang aku quote kat atas akan tersenyum faham. Kalau nak komplen, mungkin mereka yang pandai itu akan tambah lagi kepada perkara paling pandai atau perkara yang buat kita jadi paling-paling-paling bodoh, maka tolong jangan jadi bodoh, tolong.., Tapi sebab kau tak faham dengan ayat yang ringkas dalam entry sebelum ni, maka aku terpaksa tulis makna ayat di atas... Cis!!! --<tak paham? sila ulang sampai paham>

Orang yang bodoh adalah mereka yang bercakap tentang orang lain.., bermaksud, mengumpat, mengutuk, mengeji, menjatuhkan sesama blogger dan yang sewaktu dengannya.., tak payah la, nak melenting, itu maksud aku. Jelas aku nyatakan... yg orang macam tu, adalah orang yg bodoh.. macam la tak ada kerja lain selain mengumpat tu? last-last cili pedas yg sampai kat mulut tu, baru tau... =.=

Manakala maksud, “Orang yang paling bodoh adalah mereka yang bercakap tentang diri sendiri”... , adalah orang yang memuji diri sendiri, buat cerita bangga ada boyprend @ girlprend, tayang gambaq tak tutup aurat kat blog,  dan yg sama waktu dengannya.. 

Itu maksud aku, tapi jika kau tulis tentang diri sendiri namun terselit ilmu yang baik, maka kau jadi bijak, atau kau just cerita kisah kau dan peristiwa, maka kau jadi orang yang biasa sahaja.., dan andai kata kau cakap tentang orang lain, yang penuh dengan ilmu, kau akan jadi bijak jugak, tapi jika kau cerita hanya peristiwa orang lain, kau jadi biasa balik..
Maka janganlah perasan bodoh, kasihan, korang tu muda lagi..

Akhir kata, mereka yang tulis diari on line dan paksa orang baca, itu bodoh.., dalam diari online tu, ada gambar yg tidak menutup aurat.. menulis tentang kisah " i dan boyprend i" ..  
Tapi mereka yang tulis tanpa mintak orang lain baca, menulis untuk diri sendiri, itu kira biasa sahaja.

Jangan jadi slow la.. malu la sikit... tanya hati korang? hidup lagi ke dah mati?

p/s: baca dulu isi entry, jangan tengok tajuk terus komen? tak rugi rasanya, ambik masa satu minit baca entry blog orang lain.. Maaf jikalau ada yg tersinggung dengan entry aku sebelum-sebelum ini.. ini hanyalah sekadar teguran dari sahabat..
38 comments

Golongan Bodoh Lebih Ramai dari Golongan Pandai...?

Senyum Itu Suatu Sedekah

Orang yang pandai adalah mereka yang bercakap tentang ilmu..
Orang yang biasa adalah mereka yang bercakap tentang peristiwa..
Orang yang bodoh adalah mereka yang bercakap tentang orang lain..
Orang yang paling bodoh adalah mereka yang bercakap tentang diri sendiri...

Fikir2kanlah.. kita berada di dalam golongan yg mana?

p/s: tak salah rasanya jikalau kita ucap " Mintak Tolong" sebelum memintak pertolongan...
45 comments