+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Isnin, 31 Oktober 2011

Kahwinla oiii... Sebelum korang jadi manyat.


Pada mulanya, aku nak fokuskan kepada andartu andartu sekalian, aku rasa lebih satu juta wanita kat Malaysia ni yang berumur 30 tahun ke atas tapi masih membujang., dan inilah golongan terbesar membujang., ada antara mereka yang jelita macam top model dan kaya macam ah-long serta berkejaya macam menteri menteri tapi masih membujang atau dah jadi anak dara tua, kenapa ye?

(manalah aku tahu!!)

Tapi, rata riti, kajian yang aku buat (setelah bertanya 4, 5 orang andartu), antara jawapan yang paling di gemari oleh para andartu sekalian adalah:

“Kurang atau tiada lelaki yang bertanggungjawab yang boleh di jadikan suami..”
“Lelaki ramai, tapi jika tak bertanggungjawab, nak buat apa?”

Nampaknya masalah ini berpunca daripada lelaki..hmmm, mari kita tanya kenapa lelaki-lelaki ini tak nak berkahwin, rata-riti, jawapan dari lelaki walaupun umur dah cecah 30 tahun adalah:


“nak enjoy dulu,”
“malaslah nak ada komitmen, “
“alahai, lepaklah, masa bujanglah nak nikmati hidup..”
“life begin at 40..”
“anak, lampin, susu.., tak sanggup..”
“biar ekonomi stabil dulu..”

Hmmm, kesian para wanita, patutlah membujang sampai ke tua, yang lelaki ni belum puas menikmati alam remaja rupanya, macammana nak bagi komitmen kalau kahwin awal, jiwa muda, nak race motor, nak make-up kereta, nak upgrade gadjet, nak kasi naik Amp speaker, nak beli home theater, nak itu nak ini,?, kalau aku tanya yang berumur 20 an, lagilah nak enjoynya…ish ish ish.,

Lepas tu pulak, yang lelaki ni bila dah sampai tahap matang, dah puas enjoy, masuk umur 35 tahun ke atas, baru ingat nak kahwin, dah tu pulak, nak kahwin dengan yang cantik jelita dan mesti anak dara sweet 18, paling kurangpun 25 tahun ke bawah, hmmm, nampaknya makin bertambahlah keahlian tak rasmi para andartu….

Tapi jika korang tinjau anak dara 18 ke 25 tahun sekarang ni, boleh ke buat bini? Boleh ke jadi mak budak? Umur dah 25 tahun tapi tidur malam peluk anak patung teddy bear, hari minggu bangkit jam 11 pagi, lepas tu update lagu, pakai baju macam budak tadika,

Tu belum suruh masak, cuba buat tom yam tengok?, abang nak makan, huh, setakat air serai panas bergaram, akupun boleh buat, suruh masak telur separuh masak, apa jadi? Tu belum masuk bab mengemas lagi, ish..ish..

Dan kerana faktor di ataslah, maka kat Malaysia ni ramai yang masih bujang, yang perempuan muda tak pandai bawak diri, yang lelaki tak puas nak enjoy, yang andartu, takde yang sudi..last last, apa jadi?

Ya! Jangan tipu diri sendiri, semua orang ada kemaluan, dan semua kemaluan ada keinginan, kerana itu sekarang gejala seks bebas, seks luar nikah, seks rakan sebaya, pesta seks, seks pistol, oral seks, seks sekolah, seks ITP, seks neraka, neraka jahanam dan blab la blab la begitu dahsyat sekali…

Berita buang anak kat masjid sudah basi, dahlah masjid tak hidup 24 jam, di buangnya anak kat situ, buanglah kat 7 eleven ke, balai polis ke, stesen ASTRO ke, atau klinik 24 jam ke, tak lah jadi mayat budak tu…, apa nak jadi korang ni???, jadi mayat jugak akhirnya!!!!

36 comments

Ahad, 30 Oktober 2011

20 Cara Menjadikan Roomate Korang Gila

nama binatang ni GILA.. haha..
Dalam duk stress tengah nk exam ni..tambah2 lagi dengan perangai member2 yg langsung tak ambil peduli.. aku jadi fade up r.. Haha..boleh jadi gile aku macam ni... sebelum aku jadi gile baik aku jadikan roomate aku gile dulu.. haha..kejam..!!!  korang tahu tak.. macam mana nk menjadikan roomate korang tu gile..? Senang jew..
Cuba cara ni..compem jadi r..

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

Haha..just 4 fun k.. credit utk syok.com..  well.. peace yo..
37 comments

Sabtu, 29 Oktober 2011

Bagaimana Korang Belajar Ugama?

Ape punya soalan lah, itu senang aje bro.. korang kena cari tuk guru, belajar tanpa guru boleh jadi sesat!!!
itu je jawapan dia.. haha..

Kalau guru takde?
Hek eleh, bukankan kerajaan Malaysia kata kalau nak bawak kereta wajib ada lesen, takkanlah kalau kampung korang takde JPJ korang tak payah ambil lesen, korang kena usaha cari JPJ, cari ustaz walaupun ustaz tu duduk jauh! Kenalah korban masa, tenaga dan duit…baca buku atau blog hanya dapat kesedaran sahaja, hidayat datang bila buat pengorbanan dan bila korang ikhlas (takde kepentingan lain) maka Allah akan buka jalan untuk korang…. satu lagi kalau ada tuk guru pun tak cukup lagi, dia kena ada medan pulak, macam JPJ , kena ada trek untuk korang belajar, tak boleh guru tu cakap dan korang dengar aje, kena praktis!! Contoh, korang nak belajar berenang, kena ada guru, baca buku boleh tapi lepas tu mampus lah korang lemas dalam air! dan kena ada medannya yakni sungai ke, laut ke kolam ke…dan dengan guru2 tu sekali kena terjun…Faham.?

Satu cerita:
satu hari korang naik motor tak pakai helmet..pendek cerita, polis tahan kou..”apsal tak pakai halmet” ? Apa sajer reason korang, saman tetap saman..RM50..kenapa?
kerana korang tak amal apa yg korang tahu..
Jadi bila korang dah belajar ilmu ugama..korang kenalah amal..kerana antara satu soalan yg di tanya selapas jadi mayat: engkau amal tak, apa yang kau tahu? nauzubillah..

"suruhan larangan telah dia sampaikan
jangan pilih haluan di murka
kelak rebah diri
duka menangisi
tanpa belas kasih
disiksa saban waktu
apa yang kau tahu" 
(Apa yg kau tahu-Rabani..)

Tapi kalau korang jawab, saya tak tahu kena pakai helmet naik motor tok!, saya tak belajar memandu pun! (saya takde lessen)..huh! siaplah korang, saman RM300, motor di rampas! Nah sekarang kat akhirat…akan kena azab punya org yg tak nak belajar ugama..so? kena cari ustaz..belajar, amal dan sampaikan, boleh insyaAllah?!

Antara tujuan kita belajar adalah supaya dapat Hidayat dari Allah...
kadang2 manusia ni dengan tiba2 terasa insaf…ini adalah anugerah Allah… untuk mengekalkan keinsafan kita, maka kita kenalah buat pengorbanan dan cari org alim supaya dapat bimbing kita… Hidayat akan datang bila korang buat usaha atas keinsafan korang...
Allah akan bagi "keinsafan" dengan bermacam2 cara.,melalui blog boleh, TV boleh, tengok langit boleh, Sakit, Bini lari, dengar ceramah ugama, dengar lagu, Kemalangan,Muflis dll...Tapi korang haya dapat keinsafan belum dapat hidayat lagi. jadi untuk dapat hidayat korang kenalah lapangkan masa buat pengorbanan untuk usha atas keinsafan korang, Boleh?

Ramai org insaf melihat mayat bergelimpangan di jalan raya.. tapi esoknya selamba jer ketawa2.. kenapa? kerana tak buat usha untuk mengekalkan keinsafan…. Apabila kita belajar ugama dengan cara yg betul..maka kita akan dapat mengekalkan keinsafan kita..insyaAllah…

korang fikir2kanlah sendiri... macam mana korang belajar Ugama.?

tiru gaya : kereta manyat..

p/s: hari ni, mungkin busy sikit. nak kena siapkan robot untuk RObotgame bulan 12 ni.. haha, otw nk siapkan diri utk ke Pauh... balik lewat la hari ni.. hoho... success sokmo....
14 comments

Jumaat, 28 Oktober 2011

Asal Kejadian Langit...


Assalamualaikum…..
Pada kali ini kita cuba merungkai rahsia ciptaan Allah Taala yang selama ini diberikan pelbagai andaian oleh ahli sains iaitu perihal penciptaan langit. Mari kita sama-sama memandangnya dari kacamata Islam yang sumbernya ialah Al-Quran dan Hadis.

Dirawikan bahawa awal sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT adalah jauharah ( permata ). Kemudian Allah melihatnya dengan pandangan haibah,maka hancurlah ia berkeping-keping kerana takut kepada Allah SWT. Kemudian Allah menjadikan air pula dan Allah memandangnya pula dengan pandangan rahmat. Maka separuhnya menjadi beku dan kemudian menjadi arasy yang bergerak-gerak,lalu Allah tuliskan padanya

 ” La ila ha illa Allah Muhammadur Rasulullah” 

sehingga arasy menjadi diam. Namun yang separuhnya tetap sebagai air yang terus bergerak-gerak sampai hari kiamat. Demikianlah yang disebutkan dalam Firman Allah SWT :

“…dan adalah setiap ArasyNya di atas air….” ( Hud: 7 )

Seterusnya air itu bergelombang dan saling berlaga hingga mengeluarkan asap dan naik sebahagian demi sebahagian tersusun rapi dan berbuih. Maka daripadanyalah Allah menciptakan langit dan bumi yang bertingkat-tingkat. kedua-duanya berkait rapat dan dari situlah Allah menciptakan angin sehingga membelah antara langit dan bumi,sebagaimana Firman Allah yang bermaksud:

“Kemudian Dia ( Allah ) menyengaja ke langit,sedang ia sebagai asap…” ( As-Sajadah : 11 )

Menurut para cendiakiawan Islam mentafsirkan bahawa Allah menciptakan langit daripada asap dan bukannya daripada wap. Ini kerana asap tercipta sebagai bahagian-bahagian yang boleh dipegang,yang akhirnya akan menetap sedangkan wap selalu berputar berulang-ulang dan demikian adalah merupakan kesempurnaan ilmu Allah dan hikmahNya...

Baiklah pada pandangan korang semua, Langit ni cantik ke tak? Memuji ciptaan Allah itu satu erti bersyukur dengan nikmat Allah..

p/s: aku suka tengok langit yg biru di waktu senja... cantik dan tenang,
33 comments

Khamis, 27 Oktober 2011

Oh!! Damm.. aku Stress ke..? Oh.. Tidak...


Akhirnya dapat juga update blog ni..xdapat update sblum ni disebabkan terlalu sibuk dengan asignment dan kelas..huhu..(macamla aku buat asignment tu.. haha)..hek2..okey..kali ni aku nak cite skit pasal STRESS..
Sebab aku tengah stress sekarang ni.. Assingment banyak lagi nak kena hantaq ni.. huwaa.. help me.. somebody... help... Ok.. stop...
Be serius k.. eh.. matang r sikit... kita kena serius ni.. --sambil buat muka toya--

Semua org pernah mengalami stress dlm hidup..Stress ialah satu keadaan dimana anda berasa sangat tertekan,marah,tension dan yg semua yang membuatkan anda tidak tenang..  Punca2 stress ada banyak.. Salah satunya,stress kerana terlalu banyak kerja..

Kita akan mudah stress apabila terlalu banyak kerja yang diberikan.... Assinment.. lab.. quiz.. exam.. 
Arghh.. bila nak habis ni... --- sambil, menghempak kepala kat keyboard laptop--

Kemungkinan besar,punca stress aku hari ini, adalah kerana salah beli minyak rambut kot... Oh!!! Damm.. aku lupa nak chek dulu..aku pakai tibai je.. last2, dapat yg expired punya.. huwaaa..

Kalah dalam permainan games juga boleh menyebabkan berlakunya stress.. 
terutamanya PES 2011 dan DotA.. Oh!!.. kalah lagi.. asyik2 aku je kena buli main PES ni.. mana aci..
Tapi kalau DoTA aku yg buli diaorg .. haha.. --gelak kejam--

Apabila kita kekurangan wang dan kita tidak tahu dimana untuk memperolehi wang,kita boleh stresss..
contoh... aku kering poket sekrang ni..nak mengharapkan PTPTpu tu.. erm.. kebulur la aku.. member jugak yg jadi mangsa aku.. haha..jadi ceti bertauliah utk sementara ni..

Punca stress tidak diketahui..tetapi kemungkinan besar adalah disebabkan dia tidak dapat membuka gelang tangan yang dipakainya.. yang ni..untuk awek-awek aje... haha..

Ada banyak lagi punca2 stress..Bagaimana untuk mengatasi Stress?Ada banyak Cara untuk mengatasinya..tetapi,berjaya atau tidak,itu semua bergandung pada diri kita sendiri..

Bersenam adalah salah satu cara untuk mengatasi stress.. Jom ikut aku main Futsal.. nak?

Apabila anda stress,jangan merokok..kerana di dalam rokok,terdapat sejenis bahan kimia yang boleh merangsang kemarahan kita..ini akan menyebabkan stress kita bertambah lagi... mujurlah aku dah tak merokok sekarang ni.. huhu...hoorey.. aku berjaya jugak behenti hisap batang rokok.. haha..


Mendengar muzik ketika stress boleh mengurangkan dan menghilangkan stress
(bergantung pada individu tersebut).... kalau aku.. baik tidur la babe.. tak pun.. update blog dgan gaya stress.. ala... seperti sekarang ni.. arghhh.. aku tengah stress ni..--buat muka toya lagi--

Cuba untuk menenangkan fikiran,berkongsi masalah dan berkomunikasi dengan baik apabila stres

Ada banyak lagi punca2 stress dan cara2 untuk mengatasi stress..apa yang penting dalam mengatasi stress,adalah keyakinan.Kita haruslah yakin dengan diri sendiri yang diri kita mampu untuk mengatasinya.

"DIMANA ADA KEMAHUAN,DISITU ADA JALAN"

p/s : aja-aja fighting... gambatte yup.. hehe..
54 comments

Selasa, 25 Oktober 2011

Berbohong? Bukanlah.. Inilah erti Pengorbanan..


Setiap orang mempunyai seorang ibu, tidak kisahlah ibu kandung ke, ibu tiri ke, ibu kutu?
Perkataan ibu itu sendiri membawa maksud yg sangat mendalam...

IBU. Rangkaian tiga huruf ini sungguh menggetarkan jiwa ketika terucapnya dilidah. Dialah manusia yang di bawah telapak kakinya ada surga. Penghormatan padanya tiga kali disebut Nabi lebih utama dan pertama, baru kemudian Ayah. Maka, siapa yang tak punya kenangan indah tentang Ibu? Cakap kat aku.. aku nak lihat siapa ibu korang? Tampaq sat g baru tau...

Bercakap soal pengorbanan.? memang besar dan tidak ternilai.. Aku tak dapat ceritakan semua tentang kehebatan Ibu-ibu di atas muka bumi ini. Kerana setiap Ibu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dalam menjaga anak-anaknya.
Maaf.. aku membahasakan Ibu aku dengan panggilan "Mek".

Bagi aku... Mek akulah yg paling kental jiwanya. Paling kuat semangatnya untuk hidup. Paling tenang ketika musibah mendatang. Tenang ketika anak-anak yg lain menangis melihat jenazah arwah Ayah...

PERTAMA - Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku terlahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang miskin... Sewaktu makan nasi bersama keluarga.. Mek aku selalu bagi anak-anaknya yg lain makan dulu sampai habis, dan jikalau aku tak cukup lauk...  Mek aku bagi lauk yg berada di dalam pinggan  nasinya. Maklumlah, seekor ikan dibahagi dua.. 

"mana kenyang"  inilah yg bermain dibenak kepala aku..

"Make la, mek tak habis lauk ni" -- <bahasa kelate>
"Makan la, Mak tak dapat nak habiskan lauk ni" -- <translate>


Masa itu aku bodoh.. aku terus ambik lauk Mek dan makan tanpa memikirkan tentang Mek aku. Lepas itu, aku tengok, Mek aku makan nasi putih bersama budu dan berulamkan pucuk ubi kayu je...

KEDUA - Ketika aku mulai dewasa. aku teringin nak pakai sesuatu yg baru, baju baru. Aku tahu Mek aku tak ada duit. Aku tak memikirkan tentang Mek aku masa tu. Aku marahkan Mek aku. Sebelum ni, aku hanya dapat merasa baju baru bila tiba masa hari raya je... Aku serik dengan ejekan kawan-kawan aku, sebab aku  pakai baju koyak... 

"Ni, Mek ada beli baju baru untuk Fattah"

Mek aku beli baju baru untuk aku, Aku tak memikirkan dari mana Mek aku dapat duit beli baju itu. Sminggu slepas itu, aku ternampak Mek aku bayar hutang duit baju pada Mak Saudara aku. 
Rupa-rupanya Mek aku pinjam duit adik dia untuk beli baju baru aku.

"Lepas ni, tak payah beli la, baju lagi kat ore.. biar ore pakai baju biaso jah"
"Lepas ni, Mek tak perlu lagi beli baju baru untuk saya, biar saya pakai baju yang biasa je"-- <translate>

Selepas itu, aku tidak lagi meminta untuk dibelikan baju baru @ pakaian baru. Aku pakai yg ada je. baju yang orang kampung sedekahkan pun masih banyak lagi. Aku tak kisah apa yg kawan-kawan aku cakap masa itu.. Sekrang ni, aku biar papa asal bergaya.. 

KETIGA - Sewaktu di alam persekolahan.. aku, abang  dan kakak aku belajar disekolah yg sama. Jadi perbelanjaan dan keperluan persekolahan semakin meningkat. Mek aku terpaksa kerja kuat lagi. Buat kuih muih untuk dijual di pagi hari. Pukul 4 pagi, Mek aku bangun untuk siapkan segala bahan-bahan, mengadung acuan kuih, memasak.. merebus.. dalam 5 jenis kuih Mek aku buat dalam satu pagi itu. Ketika anak-anaknya yg lain, masih lena dibuai mimpi, Mek aku bertungkus lumus nak siapkan kuih muih untuk dijual...

Ketika aku bangun, kerna terjaga oleh cerah lampu didapur. Aku lihat Mek aku masih lagi terbongkak mengukus kuih pau. 

"Mek buat gapo ni?  Awal lagi ni..? tak tido ko Mek?"
Tanya aku dengan pertanyaan yg sudah terjawab di benak kepala aku...

"Mek tak leh tido, jadi mek bangun la buat kuih. Fattah g la tido dulu"
Jawab Mek aku dengan nada yg keletihan, sambil melemparkan senyuman manisnya kepada aku. Sukar untuk aku melupakan saat itu. Kerana inilah penat lelah.. peluh keringat seorang ibu untuk membesarkan 10 orang anaknya..


KEEMPAT - Setiap kali aku menghadapi ujian peperiksaan sekolah, dari UPSR, PMR dan sampailah SPM. Mek aku akan buat solat hajat disurau untuk aku. Walaupun dengan kesuntukan duit waktu itu. Mek aku tak loket untuk berbelanja lebih bagi menjamu jemaah di surau kampung aku yg sudi solat hajat untuk aku. Walaupun ianya sekadar pulut kuning, ianya sangat istimewa bagi aku kerna, Mek aku yg buat sendiri. 

Tapi dalam pada masa yg sama, aku masih lagi membantah. Kenapa nak buat semua ini?

"Tak payoh la buat maye hajat ni.. kat sekolah cikgu buat doh.. Wat bazir duit mek jah"
"tak perlulah buat solat hajat, di sekolah cikgu dah  buat. Membazirkan duit Mek je."--<translate>
Aku meluahkan rasa tidak puas hati aku..

"Takpo la, sekali skalo.. bukan slalu Mek ado duit lebih ni. Ni pun, kakak mu yg bagi"
"tak pe, sekali sekala, lagipun bukan selalu Mek ada duit lebih. Inipun duit kakak kamu yg bagi"--<translate>
Balas Mek aku dengan nada kesal atas sikap aku..

Aku tahu, ini semua duit hasil jualan kuih je.. tiada dari sumber lain. Sebab aku anak Mek aku. Aku tahu tentang keluarga aku. Diaorng semua, bukan ada duit pun..


KELIMA - Setelah kepergian ayah kerana sampai ajal, Mek aku mengambil alih tugas sebagai ayah dan ibu. Bagi akulah, hari-hari yg berlalu selepas ayah tiada, bagaikan hari air mata. Setiap hari aku melihat ahli keluarga aku mengalir air mata. Mek aku masih lagi cekal, cuma Mek tak boleh dengar apa orang katakan tentang kisah arwah ayah... Mungkin kerana terlalu banyak kenangan mek dengan arwah. 


Namun di balik tingkap rumah.. Aku melihat, Mek aku akhirnya mengalirkan air mata. Panas mungkin itulah rasanya.. kerana terlalu lama tersimpan di dalam kelopak mata.. Mungkin Mek aku tak nak anak-anaknya nampak kesedihan yg dialami olehnya..

KEENAM - Sewaktu aku belajar di Kolej Mara Kuala Nerang, dan itulah pertama kalinya aku berjauhan dengan Mek aku dan keluarga. Berat rasanya Mek aku nak melepaskan aku pergi masa itu.. tapi demi menuntut Ilmu, dia rela.. Kehidupan di tempat orang, tidak mempengaruhi hidup aku. Aku masih sama seperti dulu, rindukan rumah dan Mek aku. 
Acap kali aku telefon Mek aku, namun tidak dijawab. Semua ahli keluarga aku tidak menjawab paggilan aku. 
Waktu itu, aku jadi cemas. Macam-macam perkara bermain difikiran aku. 

namun setelah aku dapat tahu, yg Mek aku sakit.. Ini sakit lama, cuma dia datang kembali waktu itu. Dulu, aku tak boleh tengok Mek aku, yg meraung kesakitan, memang sakit. Itulah yg mampu aku ungkapkan. dari riaksi wajah Mek aku menahan sakit. Hanya dia yg menanggung..

" bakpo Mek tak oyat mek sakitnyo.. ? wat orang risau jah.."
marah aku pada Mek aku..

"tak po la, Fattah kan nak periksa.. Lagipun pun, Mek dah segar doh ni.. Tunggu anak Mek jadi doktor dulu lah, baru Mek g bedah"
Balas Mek aku.. membuatkan air mata aku mengalir waktu itu..

Mek, Fattah mintak maaf sebab tak mampu nak jadi doktor. tapi demi Mek, Fattah sekrang ambik course BioMedical Electronic Engineering... Mungkin suatu hari nanti, bila Fattah dah grad, dapat kerja. Fattah sendiri yg aku handle operate Mek.. InsyaAllah.. 


Kelmarin, aku telefon Mek aku, katanya Mek sakit, demam biase je.. harap-harap, aku masih mampu untuk menunaikan hasrat Mek aku. Mek aku teringin untuk lihat satu-satunya anak dia ni, graduate.. Kerna dalam 10 orang adik beradik aku, hanya akulah yg mampu masuk Universiti..


Ok la, rasanya cukuplah untuk aku menjelaskan pengorbanan Mek aku. Sebenarnya, banyak lagi. Cuma untuk masa ini, cukuplah setakat ini..

Cuba korang fikirkan, dan renungkan disebalik kisah ini.. Ini bukan kisah rekaan @ kisah dongeng.. tapi inilah Pengorbanan Mek aku untuk keluarga aku..

So moral of the story... 

* Sudah berapa lamakah kita tidak menelefon ayah ibu kita?
* Sudah berapa lamakah kita tidak menghabiskan waktu kita untuk berbincang dengan ayah ibu kita?

Di tengah-tengah aktiviti kita yang padat ini, kita selalu mempunyai beribu-ribu alasan untuk meninggalkan ayah ibu kita yang kesepian.

Kita selalu lupa akan ayah dan ibu yang ada di rumah. Jika dibandingkan dengan pasangan kita, kita pasti lebih peduli dengan pasangan kita. Buktinya,

* kita selalu risau akan kabar pasangan kita,
* risau apakah dia sudah makan atau belum,
* risau apakah dia bahagia bila di samping kita.

Namun,

* apakah kita semua pernah merisaukan kabar dari orangtua kita?
* Risau apakah orangtua kita sudah makan atau belum?
* Risau apakah orangtua kita sudah bahagia atau belum?

Apakah ini benar?
Kalau ya, cuba kita renungkan kembali lagi... Di waktu kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orangtua kita, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada kata "MENYESAL" di kemudian hari.
49 comments

Ahad, 23 Oktober 2011

Santai Ahad | Kecik Cute, Bila Besar Fuhhyoo...


hehe... ingat lagi tak budak ni?
duk tang mana eh diaorang skrang ni?

p/s: masa untuk balas jejak korang... sory r, sibuk dgan robot kelmarin.. x sempat nk terjah entry baru korang..
47 comments

Jumaat, 21 Oktober 2011

Pesanan Untuk Insan Yang Bernama Wanita.

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: 
"Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" 
Beliau menjawab, 
"Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis
Saya bertanya lagi, 
"Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?"
Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan air yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & keldai yang mendapat berjuta jenis siksaan

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,
"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya  dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: 
"Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.

6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.

8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Sumber : Laman Ilmu

p/s: Ingatlah wahai wanita!!! Jangan terlalu leka dengan nikmat dunia ini.. 
45 comments

Apa yang korang akan buat, bila jumpa dengan Rasulullah?

Pernah tak korang fikirkan,..?
Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita…
Baginda datang dengan tersenyum dan bermuka bersih di muka pintu rumah kita…
Apa yang kita lakukan???

Mestinya kita akan sangat bahagia, memeluk Baginda erat-erat dan lantas mempersilakan Baginda masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta sangat agar Rasulullah S.A.W. sudi menginap beberapa hari di rumah kita.
Baginda tentu tersenyum…

Atau barangkali kita meminta pula agar Rasulullah S.A.W. menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringatkan video, CD, DVD, movie ntah apa-apa yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu semuanya ke dalam.
Baginda tentu tersenyum…

Atau barangkali kita teringat akan poster-poster artis pujaan yang kita pasang di suatu ruang di rumah kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang dengan tergesa-gesa.
Barangkali kita akan mengeluarkan lafaz Allah dan Muhammad yang tersimpan di dalam setor dan kita letakkannya di ruang tamu.
Baginda tentu tersenyum…

Bagaimana pula bila Rasulullah S.A.W. bersedia untuk menginap di rumah kita???
Barangkali kita teringat bahawa adik-adik kita lebih hafal lagu-lagu Barat daripada menghafal selawat kepada Junjungan Besar Rasulullah S.A.W.
Barangkali kita menjadi malu bahawa adik-adik kita tidak mengetahui sejarah hidup Rasulullah S.A.W. kerana kita lupa dan lalai mentarbiyah adik-adik kita sedangkan kita adalah pelajar sekolah agama.
Baginda tentu tersenyum…

Barangkali kita menjadi malu apabila kita tidak mengetahui dan mengingati nama-nama ahli keluarga Rasulullah dan sahabat-sahabatnya,
Tetapi yang hafal dalam kepala otak mengenai anggota Westlife, Spider, KRU, Ungu…
Barangkali kita terpaksa menukarkan satu kamar mandi menjadi ruang solat.
Barangkali kita teringat bahawa sebagai seorang muslim, kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah S.A.W.
Baginda tentu tersenyum…

Belum lagi koleksi buku-buku dan majalah-majalah kita
Belum lagi koleksi cd-cd kita dan home theatre kita
Belum lagi koleksi karaoke kita dan play station kita
Kemana kita harus singkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati Junjungan kita??
Barangkali kita malu diketahui Junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang melainkan pada hari Jumaat.
Baginda tentu tersenyum…

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib kita masih sibuk di depan televisyen.
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari hiburan dan keseronokan duniawi
Barangkali kita menjadi malu kerana kita jarang menunaikan solat sunat dan membaca Al-Quran
Barangkali kita menjadi malu kerana kita tidak mengenali tetangga-tetangga kita.
Baginda tentu tersenyum…

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah S.A.W. menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lalu di hadapan rumah kita
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah S.A.W. bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita
Betapa senyum Baginda masih di situ…

Barangkali apabila Rasulullah S.A.W. tiba-tiba muncul di depan rumah kita…
Apa yang akan kita lakukan
Masihkah kita memeluk Junjungan dan mempersilakan Baginda masuk dan menginap di rumah kita??
Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak baginda berkunjung ke rumah kerana hal-hal yang membuatkan kita kalut dan malu

Maafkan kami Ya Rasulullah……….
Masihkah Baginda tersenyum???
Senyum pilu, senyum sedih, senyum getir………
Oh! Betapa memalukan kehidupan kita saat ini
Di mata Rasulullah….

sumber : FB..

p/s: tidak mampu untuk menaip entry baru... sibuk dengan exam midterm.. haha.. apa2pun, sama2lah kita ambik pengajaran dari entry ini.. 
30 comments

Khamis, 20 Oktober 2011

SPONTANEOUS THURSDAY : Cinta Itu Sukar Untuk diPerolehi...

cinta hati

"Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh."
41 comments

Selasa, 18 Oktober 2011

Blogger Kembar Mengganas..

Hari ini, aku busy sikit. Nak study subject Math dgan Signal. Sebab esok ada quiz dan mungkin ada midterm exam.. Tapi tak pasti lagi la, pasal midterm exam ni. Aku cuma nk review blog je.. Sebab setiap kali aku masuk blog-blog ni, aku rasa macam mereka sinonim r. Diaorang ni, semua blogger lelaki. Sezaman kot.

Masa aku mula-mula aktif berblogging, 3 bulan lpas... Aku slalu masuk blog diaorang ni, dan kadang-kadang aku sendiri tertukar blog-blog ini. Sebab cara penulisan dan tema blog hampir sama. Walaupun skrang ni dah berubah. Tapi perasaan aku masih seperti dulu. Mereka ni blogger kembar ke?

kalau korang tak percaya? Cuba r tengok sendiri. Click je header blog untuk ke blog diaorang... Aku tak mahu ulas pasal blog  diaorang.. tapi korang sendiri yg tentukan... Sebab ini semua just perasaan aku. hehe..




! Skytech BELOG™ !!




p/s: aku rasa mereka ni blogger kembar  r.. haha
55 comments

Isnin, 17 Oktober 2011

Selamat Tinggal Awek Lama, Aku dah Jumpa Awek Baru.. huhu

Setelah sekian lama aku mencari awek yg setia.. akhirnya aku jumpa jugak.. haha..
Sebelum tu, aku nak cerita sikit pasal awek2 aku yg dah lepas..

Masa aku kecik2 dulu.. ala.. hingusan lagi..  aku duk minat kat team Juventus.. Yang aku tahu Juventus ni Legend.. Aku tak banyak follow pasal Juven, sebab jarang ada match team Juven yg aku tengok..


 Masa aku Sekolah Menengah .. aku memang minat gile r kat Manchester United (MU)..


Memang kipas susah mati r masa tu. Tapi stetelah Cristiano Ronaldo Kluaq dari MU, aku fadeup r..  MU kedekut.. takut nk kluarkan duit nk beli pemain baru.. bodoh punya coach..

Masa aku duk Matrik , aku tukar angin ke Chelsea pulak.


 Setahun bersama Chelsea, aku berpisah jugak, selepas Torres masuk team Chelsea.. Demm Torres.. Chelsea ni team yg bagus r.. jarang jumpa team macam ni, tapi aku tak boleh tengok r Torres main..


 Aku memang tak suka r mamat ni..   Lpas ni, Torres dah nk kena tukar .. haha..

Setelah itu.. aku duk gilekan Manchester City..

MC ni, dah lama aku minat, tp sekadar follow sepintas lalu je.. Aku tak suka corak permainan team ni.. Ramai sangat star.. dah macam Real je.
Lpas aku dapat tahu, Adebayor buat loan dgan Tottenham Hotspur.. bulan 8 lepas..


Hari ini, dengan secara rasminya.. aku Mengumunkan yg aku ni peminat setia utk Spur.. haha.. dan aku tak mahu tukar-tukar team lagi.. haha.. Jatuh bangun aku akan bersama Spur jugak.. Itu janji aku..


jersey Juven, Chelsea, MC aku simpan.. utk kenangan.. haha..  sekarang masa utk spur.. haha.. wait 4 me baby..

54 comments

Ahad, 16 Oktober 2011

Perempuan Tidak Bertudung ni Busuk



salam...Kawan2 tahu tak... wanita ini bagaikan gula-gula yang masih dalam bungkusan, bila di lihat cantik dan tertarik.
tapi gula-gula ini akan menjadi jijik apabila bungkusannya terbuka dan di penuhi serangga sama juga seperti wanita yang tidak menutup aurat.

sebenarnya kawan-kawan,bila kita membuka aurat sama seperti gula-gula yang di penuhi serangga kerana kita membiarkannya di lihat sedangkan

"AURAT KITA HANYA UTK SUAMI"
"JADILAH MANUSIA YANG BERAKHLAK DAN BIJAK MENGGUNAKAN AKAL DAN NAFSU"

jgn kita leka dalam duniawi hingga mendedahkan aurat kita... so kaum hawa ubah lah menjdi baik.. sedikit demi sedikit.. 

sumber : FB

p/s: kalau kita nak tegur org.. tak semestinya kena jadi ustaz, kita tegur maksiat yg ada di depan mata kita.. walaupun kadang2 kita melakukan maksiat tersebut. Mungkin dengan teguran inilah kita lebih kenal siapa diri kita.
55 comments

Bersabar Itu Yang Lebih Baik


Khalifah ‘Umar pernah berkata...

"Aku mengamati semua sahabat, 
dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. 
Aku memikirkan tentang semua pakaian,
tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. 
Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, 
namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. 
Aku mencari segala bentuk rezeki,
tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar."

25 comments

Sabtu, 15 Oktober 2011

Memang Nasib Aku, Hidup Diruang Yang Sempit


Terima kasih Allah, Kerana Sakit Ini

Bukan niat hati nak mengungkit,
Tapi perasaan yg aku rasa sangat sakit,
Ini semua kerana satu penyakit,
Allah, aku rasa aku tersempit,
lemah badan seperti dihimpit,
Jikalau ini bukan suatu penyakit,
Sembuhkanlah rasa sakit,
Agar dapat aku kembali bangkit,
Jikalau dosa ini terhapus kerana sakit,
Teruskan.. aku terima walaupun rasa seperti dicekit,
Memang nasib aku,  hidup di ruang yang sempit,

Tapi ini semua adalah ujian Allah kepada aku. Tanpa rasa sakit ini, aku tidak kenal blog ni, aku tak kenal siapa sahabat dan siapa lawan? Aku bersyukur sangat kerana disiksa di dunia ini, dari disiksa di neraka.
Walaubagaimanapun, aku redha, aku terima ujian ini, melalui ujian ini, aku kenal siapa aku... aku mula kenal Allah.. aku mula kenal agama aku... Fuhh susah utk terus consistent dalam beribadat dan ingat kepada Allah.. Ada saja ujian yg datang... Namun aku ingin ingatkan diri aku lg... dan diri korang semua.. jagalah kesihatan korang... buatlah ibadat sebanyak mungkin, masa sihat ni.. dan isilah waktu lapangmu dngan perkara yg baik2... janganlah kamu lalai dngan godaan syaitan... sesungguhnya, aku pernah terjatuh dan tersungkur dngan godaan syaitan ini....
45 comments

Jumaat, 14 Oktober 2011

Tokoh : Pesanan Syeikh Ahmad Yassin

Wahai anak-anakku,


a) Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjamaah,sudah sampai saatnya kalian menghiasi diri dgn akhlak yg mulia,mengamalkan al quran dan mencontohi Rasulullah saw.


b) Aku menyeru kalian wahai anak-anak utk solat tepat pd waktunya


c) Aku amat berharap kalian semua tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat serta cinta kepada manusia dan dunia.latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakn kehidupan yg sukar.


d) Wahai puteriku, aku mahu kalian berjanji kpd Allah akan mengenakn hijab secara betul dan jujur,serta mengambil peduli ttg agama dan Nabi kalian yg mulia. Haram bg kalian melakukn sesuatu yg boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Aku suka dalam membicarakn tokoh2 masa dahulu, yang tidak mengenal penat lelah dalam menegakkan Islam, aku teringin utk menjadi seperti merka.. Tp bukan semudah itu, agama, amal dan akhlak aku x sehebat mereka, aku masih lg dalam pencarian utk menjadi umat nabi Muhammad, aku pun tak tahu, Adakah aku layak menjadi umat nabi Muhammad... ?
21 comments

Khamis, 13 Oktober 2011

Tip Hilangkan Boring di Waktu Malam.


Setelah selesai dengan tip menghilangkan boring diwaktu pagi, tengah hari dan petang. Ini last tip dari aku.
Sebelum tu, apa kata korang pergi mandi lepas makan malam, pakai baju lawa lawa, rambut sikat rapi kiri kanan, dan lepas siap semua tu korangpun pergiler berdiri di tepi mana mana jalan utama..

Bila nampak kereta Teksi, korang pun luruskan tangan dan gerakkan sikit jari jemari yang menunjukkan korang ingin kereta teksi itu berhenti..

Bila teksi dah berhenti, korang jangan masuk terus dalam Teksi tu, tapi korang bergerak ke pintu driver teksi tu, alahai, buat macam polis selalu buat bila road block tu..

Dengan penuh kesopanan dan bergaya seperti pemuda yang hafal rukun Negara, korang ketuk sikit cermin depan kereta teksi tu, dan bila cermin dah turun, korang terus tanya soalan ni kat pemandu teksi tu.

“Dah lama bawak kereta teksi ni bang?”

Lalu bila driver teksi tu layang korang berborak, Pasti boring korang hilang. Tak gitu?

Korang jangan pulak pi duk tengah-tengah jalan, kang mati kang? aku tak mahu bertanggungjwab. haha..


Fuhh .. Selesai sudah...
28 comments

Rabu, 12 Oktober 2011

Tip Hilangkan Boring di Waktu Petang.


Setelah selesai melakukan aktiviti yg menghilangkan boring di waktu pagi dan tengah hari, hari ini, aku nk bagi tips sikit untuk waktu petang pulak. Harap2 korang sudilah amalkan.. hehe

Ok, ini untuk orang yg ada kereta, tak kiralah kereta wira ke, waja ke,  kereta sorong ke, atau kereta mainan. Asalkan ianya sebuah kereta yg boleh dibawa bersama-sama korang.

Pastikan kereta korang ada satu tong besar dan pastikan jugak tong itu penuh berisi RO water. Sekepulangan sahaja korang dari kerja, jangan terus balik rumah, sebab jalan biasa sesak dan itu akan memboringkan korang, maka kali ni, korang kena ikut jalan kampung yang terdekat, tak kiraler kampung siapa-siapapun, kampung orang aslipun takpe.

Bukan apa, kat kawasan kampung, biasa penduduk di waktu petang akan habiskan masa dengan membakar sampah, walaupun niat murni mereka adalah untuk mengurangkan beban Majlis Perbandaran atau mempupuskan nyamuk untuk mengawan, tapi membakar sampah secara terbuka sebenarnya merbahaya kepada atmosphera bumi, dan silap gaya akan mempupuskan manusia.

Maka jika korang nampak orang kampung sedang membuat pembakaran terbuka, korang terus pergi padamkan api itu dengan menggunakan RO water, dan bagi sikit ceramah tentang bahayanya pencemaran akibat kebodohan rakyat negara dunia ketiga, juga ceritakan kesan CFC kepada molukul ozon, yang mana apa sahaja reaksi orang kampung, boring korang tentu hilang, ye tak?!!!

Bersambung...
31 comments

Selasa, 11 Oktober 2011

Tip Hilangkan Boring di Waktu Tengah Hari.

Sambungan daripada  tip hilangkan boring diwaktu pagi
Jika korang sedang bekerja, apa kata waktu rehat tengah hari, korang pergi lepak tepi pantai, ambil beberapa keping gambar mengunakan Handphone bagi menunjukkan  kewujudan korang di sana, lepas dah hilang  boring, baru masuk kerja, lewat sikitpun takpe, bila bos tanya kenapa masuk lewat?

Korang cakaplah:

“Saya terpaksa masuk lewat kerana terpaksa bertungkus lumus menyelamatkan ikan paus yang terdampar di laut pulang ke pangkuan ibunya, tapi dah lama tunggu, takde pulak ikan paus yang sedia membunuh diri”

Lalu korang tunjuk gambar tepi pantai pada bos, dan apa sahaja reaksi bos korang, korang terima je..  boring korang  tentu hilang, he he ..

Satu lagi,  jikalau korang ni, masih belajar. Bila tiba je  kelas korang yg memang rasa boring, contoh subjek anatomy @ signal.. Mula-mula Korang kluar dari pintu belakang bilik lecture, korang pergilah menyanyi dekat beranda kelas, Menyanyi dengan kuat ok. Biar sampai satu bangunan mencari-cari, suara sape la tu ..?
Lpas tu, korang masuk semula bilik lecture, korang tanya r member sebelah.

Eh, sape yg menjerit melolong kat luar tadi eh?

Kalau member korang tak beri respon, korang buat muka blur, dan cuba fokus pulak untuk sambung study.
Kalau member korang balas pertanyaan korang tu.. korang buat-buat tak dengar je.. haha..

Demm!!.

Bersambung...
36 comments

Isnin, 10 Oktober 2011

Tip Hilangkan Boring di Waktu Pagi.

File:Jogging on Waikiki Beach.jpeg

Ya, aku tahu, korang dah lama hidup, sudah kenyang makan maksiat, sudah bosan mengumpul dosa, Cuma belum bersedia bunuh diri sahaja, lalu korang memerepek merapu utk menghilangkan boring..

(boringnya)

Dan aku tahu, manusia cukup takut untuk menjadi seorang yang boring dan hidup dalam dunia yang memboringkan, lalu korang keluar rumah untuk hilangkan boring, masuk kelab golf, masuk kelab kereta, kelab memancing, kelab catur, kelab malam, kelab karoeke, kelab dangdut, kelab mengumpul setem dan sebagainya, lalu dalam kesibukkan korang dengan hobi yang tidak boleh bawak masuk kubur itu, boleh pulak korang bangga menjadi orang yang tak boring kononnya dan pandang hina pada orang lain yang boring, tapi sebenarnya korang pun boring gak.., tak ke boring?

Aku masuk Kelab Robotic( Sunat ) dengan Kelab Angklung ( Wajib ).. pada hari yg sama.. mampuih aku, terpaksa korbankan salah satu dulu.. Haha.. Tapi aku lebihkan pada yg wajib buat masa ini..

Ok la.. aku nak jimatkan kos boring korang daripada habiskan duit untuk pergi ke semua tempat di atas yang mahal-mahal, memandangkan pulak kadar inflasi yang semakin naik dan kuasa beli yang semakin turun, di tambah harga minyak yang tak pernah turun, dan mas kahwin yang sentiasa naik, jadi..

Bagaimana hilangkan boring dengan kos yang murah?

Tip hilangkan boring di waktu pagi

Sebaik sahaja korang bangun awal pagi, tak payah tunggu apa lagi, terus kenakan pakaian sukan sepenuhnya, ikat tali kasut ketat-ketat, tarik stoking tinggi-tinggi dan pergi joging..

Namun aku tak nafikan, joging adalah antara perkara atau sukan yang boring jugak, oleh sebab itu korang kena buat kelainan sikit, baru tak boring..

Apa kata sebelum korang pergi joging, korang cari kayu dalam sekaki ke dua kaki punya panjang dan lepas tu korang basahkan hujun kayu dengan bahan api yang likat, kemudian korang ambik mancis dan nyalakan hujung kayu itu..

Maka siaplah sebuah ‘obor’, dan teruskan joging sambil memegang obor itu, ini akan dapat menghilangkan boring korang kerana ianya adalah satu perkara yang tak pernah di buat orang, unik dan lain daripada yang lain, dan sudah tentu korang akan menjadi perhatian seluruh warganegara yang ‘kagum’ melihat korang berlari seawal jam 6 pagi sambil bawak obor…

Tapi aku tak bertanggung jawab jika korang di pukul oleh orang kampong kerana korang disyakki nak pergi bakar rumah kak limah... (kito bakor.... kito bakor je...)

Woha!

Selain itu, korang boleh juga jogging sambil pakai kain sarung, memang kompem terbaik r. Bila korang jogging, kain itu akan berbunyikan? Jadi irama lagu semasa korang berjogging akan lebih menyerlah, dan korang jugak boleh jimatkan duit dengan membeli MP3.. haha,

erm.. setakat ni r kot..

Bersambung...

35 comments

Tiada Alasan Atas Kegagalan, Tiada Kata Atas Kejayaan.


"Orang yang selalu mencari-cari alasan bagi
kegagalannya, tidak akan memperoleh kemajuan untuk
selamanya."

 Belajarlah utk menerima kekurangan diri sendiri.. ini kerana  semua manusia di atas muka bumi ini, dan di angkasa lepas, ada kelemahan masing2.. Cuma cara diaorang menggunakan kelemahan itu.. berlainan...
Kebanyakan orang yg berjaya.. kenal akan kelemahan diri masing2..  Mereka belajar utk menjadikan kegagalan hidup sebagai batu loncatan utk terus berjaya.. Mereka tidak memerlukan alasan atas kegagalan.. cuma sabar yg menjadi pegangan meraka... Bagi diri aku la... Sudah lama . .. aku dengar kata2 ini.. aku suka kata2 bijaksana ini... ianya memberi aku semangat utk terus berusaha..

Dahulu, banyak kegagalan aku tempuhi...tp alasan yg aku cari...
sekarang.. kegagalan masih terjadi... namun aku tetap berdikari..
aku mencari apa itu erti.. berdiri dengan kaki sendiri..
sekarang aku mampu utk berdiri.. bersama org yg berdiri..
Aku tidak lagi mencari alasan utk diberi...
aku mencari cara utk terus berlari...
berlari menuju puncak yg pasti...

Ceh... wah.... dah jadi puisi la plak...
hehe...

40 comments

Ahad, 9 Oktober 2011

3 Perkara yang Tidak Boleh Dilengahkan..

Suka tengok gambaq ni?

3 perkara tak boleh di lengah-lengahkan:

1. solat

2.kahwin.

3. tanam mayat.

So.. kena cepat2 r..

p/s: sape nak kahwin dengan aku?
49 comments

Jumaat, 7 Oktober 2011

Tanda-Tanda Hati Yang Mati.


Aku selalu tulis di dalam entry aku pasal hadis ini, dan aku rasalah korang pasti tahu dan kompem memang ingat r. Seperti yg kita semua tahu. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:


“Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.”
(Hadith sahih riwayat Bukhari)


Daging yg dimaksudkan disini ialah HATI.. korang tahu tak hati ini apa? Ianya bukan sejenis makanan, bukan sejenis mainan, tapi hati ini ialah sejenis ketulan darah yg menjadi daging dan menjadi tempat bermulanya akhlak kita. Kalau hati kita baik, maka baiklah akhlak kita..


Macam mana nak tahu Hati kita ni Mati ke tak?
Ok, kalau korang nak tahu hati korang ni, sihat ke tak? Mai sini, kita chek sama-sama..
Ada ke tidak tanda-tanda hati kita sudah mati.

  1. Kita mengaku yg kita kenal Allah, tapi kita tidak tunaikan hak-hakNya.
  2. Kita Cinta kepada Rasulullah, tapi kita mengabaikan sunnah-sunnah baginda
  3. Kita baca Al-Quran, tapi kita tidak beramal dengannya
  4. Kita guna Nikmat Allah, tapi kita buat bodoh je, tak bersyukur pun
  5. Kita mengaku yg Syaitan itu musuh, tapi dengan syaitan juga yg kita kawan
  6. Kita tahu Syurga itu ada, tapi kita tidak berusaha untuk mendapatkannya
  7. Kita mengaku adanya seksa Neraka, tapi kita tidak berusaha untuk menjauhinya
  8. Kita mengakui yg kita pasti akan mati, tapi kita tidak bersedia lagi untuk mati
  9. Kita sibuk mengaibkan orang lain, tapi kita lupa yg kita pun ada aibnya jugak
  10. Kita pergi mengiringi jenazah ke kubur, tapi kita tak ambil pun iktibar daripadanya.
Sesungguhnya, aku mengaku yg hati aku ada tanda-tanda ini. Aku masih lagi berusaha untuk baiki hati aku ni.
Sama-samalah kita berdoa kepada Allah untuk menghidupkan hati kita kembali.

"Ya Allah, Tuhan yg menunjukkan hati. Tunjukkanlah hati-hati kami ke jalan ketaatan Mu"

Amin ya Robb..
47 comments

Khamis, 6 Oktober 2011

Siapakah Blogger Kembar ?

Setiap kali aku masuk blog kakak-kakak ni, aku rasa ada kesamaan dalam setiap entry mereka. Kadang kala, aku tertukar kerna entry dan latar blakang blog diaorg hampir sama.. Tapi sekarang banyak telah berubah.. Template, header.. kebanyakan telah berubah.. Tapi tak semua la..

Ok..Kenapa aku suka masuk blog mereka?
Erm, aku suka baca kisah hidup mereka, kerana terselit jugak pengajaran disebalik telatah keluarga mereka.. Kalau tak silap aku, blogger-blogger ini,  kesemuanya sudah bersuami .. dan sezaman kot.. hehe..
Maaf r, kalau silap..
{klik header utk ke blog tersebut}
msredcheesecake

blog msred, 

CITARASA RINDUAN

blog citarasa rinduan

(。♥‿♥。) mAsZuLL (。♥‿♥。)

blog maszull




blog kak Queen



blog kak Zira

Aku tidak menilai blog ni atas follower mereka.. tapi aku menilai blog ini, atas entry mereka.. walaupun  cite peribadi, tapi banyak terselit pengajaran.. dan aku hormati mereka ini sebagai kakak aku sendiri di dalam Dunia Blog ni.. 
kerana, merekalah yg banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada aku.. Tiada apa yg dapat aku balas, cuma apa yg aku mampu ialah dengan mendoakan  kebahagian hidup di dunia dan akhirat buat kakak-kakak dan keluarga.. Amin ya Robb..

Rasanya, tak salahkan kita terjah blog mereka kan? dan tak salah kan, aku kata mereka ini blogger kembar?

p/s: Ini cuma perasaan aku je kot.. aku rasa mereka sama.. dan aku tak tahulah kalau korang lihat dengan cara lain..Erm... nk terjah blog sezaman dengan aku plak r... lpas ni.
39 comments

Selasa, 4 Oktober 2011

Apakah Ciri-Ciri Wanita Solehah?



 Kedudukan wanita yang Solehah tidaklah dapat dicapai dengan hanya menonton drama filem cinta Korea atau membaca novel-novel cinta atau menyertai mana-mana jemaah atau kumpulan lalu memakai pakaian jubah dan bertudung labuh sahaja.

Kita tahu betapa ramai wanita bertudung labuh dan berjubah sering menghancurkan hati lelaki-lelaki yang beriman dan mengecewakan para pejuang Islam dan kita juga tahu wanita yang mengambil jurusan agama pun seringkali mungkir janji dan berlaku khianat.

Seperti lelaki, kita juga mengetahui lebai dan kopiah boleh dipakai dan ditanggal sekaligus juga janggut boleh tumbuh dan dicukur lalu menjelaskan bahawa penampilan luaran selalu tidak dapat dijadikan sebagai kayu ukuran kesolahan dan kebaikan..

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : 
“Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.”
(Hadith sahih riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Islam Memberi Jalan Penyelesaian

" Mudah-mudahan tuhan-Nya, jika nabi menceraikan kamu bahawa tuhan pasti akan mengantikan kamu dengan isteri-isteri yang lain yang lebih baik dari diri kamu iaitu perempuan-perempuan muslimat, mukminat yang taat dan bertaubat serta beribadah yang berpuasa baik janda atau perawan" 

(At-Tahrim : 5).

Allah menyebut beberapa ciri perempuan yang solehah iaitu :

1) Perempuan muslimat yang beragama Islam dan menyerah diri kepada Allah dan rasul
2) Perempuan mukminah yang beriman dan yakin kepada Allah dan janji-janji- Nya
3) Muslimah yang taat kepada Allah dan rasul serta kepada suami
4) Muslimah yang seringkali bertaubat di atas dosa-dosa dan kesalahan dan kejahilannya
5) Muslimah yang rajin menunaikan ibadah dan berpuasa kerana dengan puasa itu dapat mengawal hawa nafsu dan kelakuan.

“ Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak.” 

(Surah Al-Baqarah : 269).

Islam mengajar untuk mengetahui kebaikan agama seseorang ialah melalui amalan kebaikan yang dilakukan dan kesungguhan seseorang pada agama dan hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui kehidupan yang dilaluinya.

Seorang Saleswomen (penjual perempuan) yang bekerja di supermarket sekalipun kerjanya tidak bagus apabila terpaksa bercampur dengan lelaki dan menjebakkan dirinya kepada sosial dan mempromosikan barangan sehingga mendedahkan dirinya kepada pandangan buruk dan fitnah tetapi adakalanya mereka ini memiliki hati yang mulia dan suci.

“Dan hamba perempuan yang mukminah itu lebih utama dan baik bagi kamu dari perempuan musyrik yang kafir walau dianya menarik perhatian kamu” ( Al-baqarah : 221).

Mengasihi orang tua, orang susah, tidak suka bahkan benci menyakiti hati manusia lainnya apatah lagi menghancurkan hati seorang lelaki yang beriman dan sanggup bekorban menghancurkan dirinya sendiri (memiliki sifat ihsan) demi kebaikan orang lain menyebabkan tanpa tangguh golongan sepeprti ini mendapat rahmat Allah dan akhirnya dibimbing kepada hidayah dan pertunjuk dan hidupnya diberkati di langit sekalipun di bumi dia berasa hina dan tiada maruah.

Malaysia, dipenuhi wanita-wanita yang tidak bertudung , tidak menutup aurat , jahil agama dan tiada kesedaran untuk melaksanakan Islam tetapi dalam kerosakan itu ada di celah-celahan kaca yang melukakan hati anak-anak adam dan ada sejumlah wanita suci yang bersih hatinya tetapi diuji oleh Allah dengan berada di lingkungan kekotoran.

Mereka membesar tanpa ilmu agama, tanpa hidayah pertunjuk lalu hidup sosial dan bebas sehingga merosakan diri mereka tetapi punyai hati yang bersih dan suci. Alangkah bagusnya jika lelaki-lelaki muslim mendapatkan wanita-wanita ini dan diberi bimbing serta dipandu mereka sehingga mendapat hidayah dari Allah swt.


Akhir kata, tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Siapakah kita sebenarnya?
76 comments

Terima Kasih kerana Sudi Jadi Sahabat Aku ..


Sebelum mulakan bicara kata aku pada hari ini.. aku ingin ucap Trima kasih kepada sahabat-sahabat semua, kerana sudi memberi kata-kata semangat untuk aku bangun semula. Tentang entry sebelum ni, aku akan terus berusaha untuk jadi anak yg soleh dan akan terus berusaha menuntut ilmu...

Memang itu janji aku, sekali melangkah ke hadapan, aku tak akan undur ke belakang lagi.. Kegagalan masa lalu dan kesilapan masa lalu, aku harus lupakan dan jadikan sebagai pengajaran.. Hidup mesti diteruskan, walau apa pun yg berlaku..

Erm.. ok.. trimalah puisi malam ini dari aku untuk sahabat..
Terima kasih Sahabat

Sahabat itu ramai yang menanti
menanti, bukan bermaksud untuk berjanji
Berjanji atas perkara yg belum pasti
Sahabat datang bila kita sendiri
ketika kita menanti dalam sepi
ketika kita menangis dalam hati
Menunggu ungkapan bait-bait erti
erti kata dan erti budi


Budi yg baik kelak dikenang
hati yg baik adalah hati yg tenang

Setakat ini je kot.. lagi pun, dah lewat malam ni.. hehe..
Sekarang ini, hati aku kembali tenang, dengan adanya sahabat-sahabat semua disisi aku, aku rasa aku lebih bersemangat untuk terus hidup. Mungkin sukar untuk aku luahkan perasaan pada orang lain, tapi di blog inilah yg menjadi tempat untuk aku bermonolog dgan diri aku.. dan skali lagi terima kasih sahabat semua..

37 comments

Isnin, 3 Oktober 2011

Tuntutlah ilmu biar sampai ke lubang kubur


Bercakap soal kegagalan, semua orang pasti melaluinya, setiap kejayaan yg mendatang itu, bermula dari satu kegagalan. Melalui kegagalan kita belajar erti kejayaan. Aku ingin memetik kata-kata daripada Thomas Alfa Edison. 

“Saya tidak pernah menemui kegagalan dalam 10000 kali percubaan saya menemukan lampu, yang saya temui adalah 10000 bahan itu tidak sesuai untuk dijadikan lampu”
 (Thomas Alfa Edison, penemu Lampu)

Jangan jadikan kegagalan ini, sebagai satu alasan untuk kita tidak berjaya. Belajarlah dan carilah Ilmu sampai ke akhir hayat kita. Ini kerana, menuntut ilmu adalah salah satu cabang Jihad. 

Ini hanyalah kata-kata semangat untuk diri aku dan untuk korang semua, kerana buat masa ini, aku rasakan diri aku terlalu malas untuk study.. Aku masih shock..  Aku masih rindukan arwah ayah..  masih mimpi kan arwah, kerana terlalu banyak dosa aku dengan arwah..
43 comments