+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Khamis, 29 September 2011

Spontaneous Thursday | Adat Berkawan.. Biase la tu..

Aku rasa tenang bila lihat gambaq ni
"Masa SENANG kawan ada r, bila aku SUSAH, tak pandang pun.."

p/s: Sekarang, sendirian adalah lebih baik...
72 comments

Rabu, 28 September 2011

Bersabarlah Dalam Menuntut Ilmu Allah.. InsyaAllah.. Allah akan Tolong


Khalifah ‘Umar pernah berkata...
"Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar."

Dalam menuntut ilmu... kita tidak perlulah berlebih2 dengan ilmu yg ada... kerana, berkelakuan riak akan memakan diri... Aku bukan cakap kosong la.. ni semua pengalaman hidup.. dahulu, aku ada seorang kawan, yg suka sngat study, kalau boleh 24 jam dia nk study, tp result dia tetap juga mcam kami yg tak banyak study.. korang nk tahu sebab apa?

 Ni semua sebab dia tamakkan ilmu.. segala ilmu yg cikgu ajar dia kedekut utk bekongsi dengan rakan sekelas yg lain... sikap pentingkan diri sendiri inilah yg akan memakan diri dia sendiri... Aku tahu dia budak baik, tp janganlah terlalu kedekut... orang nk tanya sikit soalan terus buat tak tahu...

Panas ar... tp aku tak kisahpun... sebab jarang study dulu... di sekolah jela.. belajar.. itu pun time cikgu masuk... Sekarang tak mcam tu dah.. aku belajar kerana Allah... biar la aku lambat utk menangkap apa yg cikgu ajar.. sekurang-kurangnya, aku faham akan konsep yg aku belajar... mcam itulah aku belajar... tidak perlu utk kita belajar dengan kelam kabut... relax frend... bertenang...

Aku suka tngok member aku yg kalut masa final exam.. haha.. lawak la... dngan nota entah kemana,. stress nya... aku dah lengah dah mulut ni nk beri nasihat yg sabar dn redho ...
tp diaorg tenang sebentar jew... lpas 2.. buat blik prangai kelam kabut tu... Mcam2 perangai.. ada yg menyanyi masa baca nota..ada yg masa makan baca nota. .. ada yg pindah randah blik study... fuhh. pening palo tengok... aku nk main game pun rasa serabut je time tu...

huhu... aku main game sebentar jew... nk rehatkan minda katakan... lpas 2 sambung study plak..... ok la... aku nk cerita cara aku study.. aku jawab soalan past year.. aku baca summary dlm setiap bab... dan aku buat latihan tutorial, asgment dan kuiz... tu jew..
kalau korang nk score lebih buat r lebih...jgan risau Allah itu Maha Adil. kalu kita buat lebih... dapat r lebih...
45 comments

Selasa, 27 September 2011

Ya Allah.. Jadikanlah aku Seorang yg Penyabar.


Ibnu Mas’ud pernah berkata:
"Ketahuilah bahawa sabar, jika dilihat dalam masalah seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan musnah. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh masalah akan rosak..."

Itulah sabar.. memang.. memang ..aku rasa sangat marah sekarang ini..aku marahkan diri aku.. dan aku marahkan kawan2 aku.. eee..geram betul r rasa... bangang ke apa aku ni..? 
Sabar Fattah...sabar... sabar.... hanya itu yg mampu aku lakukan.. 
Sudah lama tak makan penumbuk orang agaknya..sebab tu jadi macam ni..
arghh... bodohnya aku...  bodoh sangat rasa...tolong kasi penumbuk sebijik..please.. bagi aku senyap..!!!
pasal benda kecil pun, aku rasa nk marah..eee..
cut off r.. Puhh...

p/s: aku tak puas hati r dgan member aku ni.. x hantaq assingment, nak salahkan aku tak bagi pinjam.. bodoh ke ape?

64 comments

Isnin, 26 September 2011

Cara-Cara Menegur Sahabat Korang semua, yg korang Sayang tu..

Budak laki cos aku..
Disebabkan aku masih lagi terasa hati dengan sikap member aku.. ala.. pasal tadi la.. terjah sini kalau nk tahu..? .. skrang dah ok la sikit.. erm.. ok ke?

Ye lah, mana la tahu andai sahabat sendiri berkecil hati dengan nasihat yang diberi.. 
Semua orang nak membantu sahabat baik sendiri jika mereka sedang dalam kesusahan.. 
Bagaimana mengembalikan semula semangatnya dan mendapatkan kembali kekuatan untuk terus hidup..
Yang pertamanya, dah tentulah nasihat tu datangnya dari hati dan jujur.. 

Tapi macam mana?

Private – Biarlah dia rasa tenang bila nak bercerita tentang masalah.. Jangan pulak ko tanya dia depan kawan².. sampai kesudah dia tak jawab...

Mendengar – Teman yang baik ialah teman yang menjadi pendengar yang baik.. Jangan sekalipun menyampuk sewaktu dia sedang bercakap..(memang nk mampuh la)  Kumpulkan semua maklumat dan mula buat kesimpulan.. Selepas itu baru lah bertanya kenapa?, mengapa? dan bagaimana?.

Fikir – Sebelum memulakan bicara kenalah fikir dulu.. Sentiasa berhati² bila mengeluarkan kata².. Mungkin sesuatu akan menjadi lebih buruk andai kata² itu mengguris hati dia.. Lagi² masalah dia melibatkan wang dan cinta.. Fikir dulu kemungkinan yang akan berlaku dengan nasihat yang akan diberi nanti..

Beri Cadangan – Beri beberapa pendapat yang mungkin akan menyelesaikan masalah.. Buat beberapa pilihan yang mampu dia lakukan… Berikan sekali kemungkinan yang akan berlaku.. Yakinkan dia yang cara itu dapat membantunya.. Tapi jangan sampai memaksa.. Biar dia yang buat keputusan..

Kata Perangsang – Lagi sekali yakinkan dia yang dia mampu lakukan.. “bukan semua masalah tak boleh setel” “rileks la.. semua orang ada masalah.. life must go on” kata² yang selalu orang gunakan..

Tak berkesan? 
Takper.. Bagi dia masa.. Jangan paksa².. Tak elok.. Nanti berubah la tu..
Pun tak berkesan jugak? 
OK.. Kita buat cara ganas.. Apa lagi? 
Kutuk la! “wei polan! ko sedar la sikit ko tu sape.. sampai bila ko nak jadi cam nie? 
ko nak tunggu bla bla bla bla bla bla….. (sila habiskan sendiri)” ayat yang biasa digunakan..
Nescaya dia akan berterima kasih dengan kutukan korang tu nanti.. 

Kalau semua cara diatas tak berkesan..? kasi pukul la itu olang ma...
Haha..

47 comments

Orang mcam ni.. Kasi Pukul or What?

"Bertuturlah dengan kata yang baik, berfikirlah dengan niat yang baik dan lakukan perbuatan yg baik.
Memaafkan orang lain bererti berlaku baik pada diri sendiri.."

Perbuatan baik ini sangat mudah utk kita ucap di mulut...
tp bila kita nk lakukan... semuanya urmmm... hampeh...
tak semua perkara baik yg ingin kita lakukan dapat kita lakukan...
kenapa? 
Entah la... aku pun tak tahu... sebab aku pun mengalami perkara ini...
huhu... walaubgaimana pun aku cuba dan aku berusaha
 utk melakukan yg terbaik atas apa yg aku ucapkan.
kerana bagi aku... 
perjanjian itu tetap perjanjian.. janji mesti ditunaikan walaupun tdk dituntut..
dengan pegangan aku ini, sukar utk aku mungkir janji... dan sukar utk aku, berkata tidak atas apa yg aku ucapkan... baik buruk akan aku tanggung sendiri...

Kebanyakn member aku kata, aku ini, tak ada perasaan, org kutuk, org marah.. aku buat dek.. jew...
maaflah kawan2 semua... aku sudah tak tahu macam mana nk merasa marah.. sedih..dan suka... adoiii...
kenapa ni...?
Habis selama ini apa yg ko buat Fattah?
Selama ini aku hidup kerana orang lain.. sekarang ini, aku mahu hidup atas diri aku sendiri...
sebab Allah.. ya.. kerana Allah...
kau cakap nk buat benda baik.. tp ko masih buat benda jahat, mcam mana tu?
erm.. aku masih dalam perubahan.. aku perlukan masa . lg pun tak semua org sempurna...
sampai bila Fattah?
entahlah.. aku pun tak tahu... aku cuma nk jadi baik... aku tak mahu buat benda jahat lg...
aku harap semua amal dan perbuatan baik aku, Allah terima...

Disebabkan sikap aku sekrang ni, ramai pulak yg jijak kepala aku, tak pe.. aku sabar lagi.. aku malas r, nak marah-marah ni.. Mungkin, aku perlu berkeras sikit mcam dulu, kasi pukul or what? Arghh.. pukul2 tak main laa.. dah cuci tangan. Mungkin aku akan tegur kot member aku ni.. slalu sangat buat aku panas...
Pinjam barang aku, 24 jam.. buat macam harta sendiri plak.. fikir r sikit, aku pun nak guna jugak wei..

Kalau dulu boleh la, aku memang tak marah pun, dan aku tak ambik kisah.. Jgan nanti, time nk pulangkan rosak sana, rosak sini.. semuanye aku yg kena baiki.. skrang ni, aku kena tegas sikit... 
50 comments

Ahad, 25 September 2011

Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ?

Gambaq ni jadi mangsa aku.. haha..
Satu fakta menarik yang perlu sentiasa diingat mengenai tubuh badan wanita. Renung-renungkan soalan - soalan ini.

1. Kenapa wanita sering dijadikan bahan ekploitasi seks di seluruh dunia ?
2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ?
3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita ?
4. Kenapa Islam sejak dari dahulu sangat-sangat menjaga kehormatan tubuh badan wanita melalui konsep AURAT ?
5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam ?
6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki ?
7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita hingga begitu mempengaruhi nafsu lelaki ?

Itulah kelainan wanita. Hampir keseluruhan tubuh badan wanita mampu merangsang nafsu seks lelaki. Betis dan peha mereka menggoda, punggung serta kemaluan mereka menggoda, pusat dan dada mereka menggoda, wajah cantik mereka memukau jiwa. Ketahuilah bahawa perkara pertama yang lelaki mahukan pada diri wanita adalah seks.

Maka pada akhir zaman ini, timbullah isu BERTUDUNG TETAPI TELANJANG. Mereka mengaku kononnya sudah berpakaian menutup aurat, tetapi pakaian mereka masih menampakkan bayangan dan bentuk bahagian tubuh badan mereka yang wajib dilindungi..

p/s: aku yg sering jadi mangsa oleh awek2 macam ni.. membuatkan air aku sampai dikepala.. huwaa..
61 comments

Sabtu, 24 September 2011

Suhu Cuaca di Perlis hari ini ialah 36.4 C


Cuaca hari ini, sangat panas dan suhu di Perlis tengah hari tadi 36.4 C .. Mak aii panas gile.. Ni baru panas dunia, cuba korang bayangkan panas api neraka macam mana? eee.. seram kot.
Mujurlah hari ini, tak ada klas, just sibuk dengan robot.. Maaf r kawan-kawan kelab robot, aku balik awal sikit, aku ada hal yg nak diselesaikan. Erm.. skrang sudah beres.. haha, aku dah baiki motorsikal aku.. so boleh la naik dgan selesa..
dan kepada kawan2 aku.. kalau nk pinjam motor aku, jaga la leklok.. jgan tahu naik je.. Walaupun motor aku buruk, masih lagi berjasa k..
Malam ni, ada kelas Angklung di Seriab.. Jauh kot nk pergi.. rasa malas je, skip r kot.. hehe..
34 comments

Jumaat, 23 September 2011

Budak Darjah 1, disyaki Merempit..


Sedang aku duk godek2 baca komen kat entry blog, kawan2.. aku jumpa satu komen ni, seperti yg korang tengok kat atas tu.
Aku skrang menjadi ketagih baca komen-komen entry blog org, memang klakar r komen2 diaorg, dan ada yg pedas, manis, masin semua ada r.. boleh la, hilangkan stress dan hilangkan boring..
Tapi yg ni, special kes sikit.. cuba korang baca komen tu.. dulu. kancil yg tulis k..

Haha.. gile kentang budak darjah satu pun dah tahu nk merempit.. kalah aku doe.. aku dulu, naik skolah menengah, baru boleh nk merempit.. Tapi itu cite dulu la.. skrang aku tak buat kerja yg tak berfaedah tu, walaupun seringkali di Cop sebagai Mat Rempit, aku tak kisah pun la.. 

Inilah budaya masyarakat kita skrang, kanak2 mudah terpengaruh dgan adegan-adegan dlam tv dan apa yg dilihat oleh kaca mata budak tu sendiri. Sebagai  orang tua, kita kenalah sentiasa mengambil berat tentang anak-anak kita ni. Tapis dan explain, apa yg telah dilihat oleh anak-anak.. 

Aku malas, nk ulas panjang, korang semua dah besar kan..? pandai-pandailah fikir sendiri, Jangan sampai, nasi sudah menjadi bubur, baru nak menyesal.. 

51 comments

Khamis, 22 September 2011

Bakal Menempuh Minggu Yang Memenatkan

Salam semua, macam mana korang semua..? Sihat ke tak..? Maaf r, dah seminggu rasanya tak dapat nk berblogging disebabkan line intenet yg tak dop di Kolej aku ni.. Yg duk post tu, cuma auto post.. haha.. 2 je.. x banyak.. 

Arghh.. lupakan semua tu.. xde masa r, nk cite pasal benda2 cam ni.. haha.. Aku cuma nk cite sini.. Semester ni, aku kena jimat r sikit.. bajet makan untuk satu hari pun, tak leh lebih RM5 utk satu hari..  Kena jimat r sikit, xde bajet r..  Dalam duk jimat pun.. tangan ni masih gatal lagi duk pi beli benda2 yg mahal.. haha..

Aku dah beli 2 pasang kasut dalam 1 minggu sahaja.. tak ke kerja gile..? erm.. memang patut pun aku beli la.. nk pergi kuliah kena r pakai kasut.. baru nampak macam student U.. ni tak.. asyik pakai slipar Jepun je.. jatuh standard aku kot.. 

Haa.. ini la kasut kuliah aku..
Harga kasut ni, RM 40 je.. mahal kot.. duit dah kering ni.. Bukan kasut ni je aku g beli.. aku terpaksa beli kasut Futsal baru.. Huwaa.. mampuih aku.. mampuih.. memang kering r.. Aku dah lama berkenan kat kasut ni.. lagipun kasut Futsal lama aku dah koyak.. teruk sangat dah.. lama kot.. Dgan adanya kasut baru ni, dapat la aku nk improve skill aku.. haha.. kasut Futsal aku ni, harga dia RM170 ..beli masa sale.. murah r sikit..kalau ikut harga asal dia, RM200..

Garang tak?
Baru dapat duit PTPTpu.. sat nk kira..:
Duit PTPTpu setelah ditolak yuran semua : RM1500
Bayar hutang member : RM500
Beli kasut : RM200
Skerang tinggal RM800..
Mak aii.. RM800 je tinggal  utk sem ni..? tanjat boboi.. gile palo.. aku nk makan ape cam ni? Erk.. redha r.. nk buat cam ne..? member aku pun lebih teruk lg....? duit PTPpu pun x dapat.. nk kena repeat subject lg.. gile.. mampuih la ko Pian.. haha.. aku boleh lg kot hidup.. haha.. ko kelaut r.. kelaut.. 

Pi main lain yang.. aku nk update blog ni.. kacau r.. 

Ok.. la.. minggu ni, penuh dgan aktiviti Kelab Robotic.. ada 5 tournament nk kena join utk tahun ni.. mampuih.. la.. memang busy gile r minggu ni.. hari Jumaat start create Robot.. haha.. this best bro... 

Ok.. see yup.. ada masa kita jumpa lg.. :-)
54 comments

Isnin, 19 September 2011

Langkah-langkah yang Menentukan Keberkesanan Mengingat..



Korang pernah tak rasa, yg korang dah rasa semakin nyanyuk.. lembab.. mudah lupa? aku pernah rasa semua tu.. jadi aku cuba search kat google.. tut..tut.. aku jumpa Tips ini.. Jadi aku nk kongsikan tips untuk mudah mengingat ini, dengan korang semua.. boleh kan?

1.Kuatkan keinginan untuk mengingat.

2.Dapatkan pengertian yang sebenar-benarnya dan fahamkan apa yang dibaca.

3.Belajarlah dengan kaedah-kaedah aktif termasuk memberi perhatian yang teliti, mendengar dengan teliti, berbincang membuat nota-nota ringkas dan menulis esei.

4.Fikirkan kita mencari pengesan sesuatu bentuk. Aturlah bahan-bahan yang akan dipelajari mengikut susunan yang logik dan nomborkan isi-isi penting.

5.Selalulah mengulangkaji.

6.Carilah perkataan-perkataan yang akan menjadi kunci atau rangkaikata-rangkaikata yang boleh dijadikan punca sesuatu idea.

7.Gambarkan idea-idea itu menerusi contoh-contoh, penjelasan, gambar dan gambar rajah.

8.Bagi perkara yang dihafal, tulislah di dalam buku-buku kecil (saiz poket) atau kad-kad. Bacalah nota-nota ini berulang kali.

9.Cubalah mengingati faktor-faktor yang mudah korang lupa dengan mengaitkannya pada suatu faktor yang berkaitan, seperti di mana korang membaca bahan tersebut, dengan siapa korang berbincang mengenainya dan sebagainya.

10.Pelajarilah berulang-ulang dan bersungguh-sungguh sehingga semua faktor tersebut telah korang kuasai sepenuhnya. Ujilah kemampuan korang secara berperingkat dengan mengadakan latihan-latihan mengingat semula sehari selepas itu, seminggu kemudian, dua minggu kemudian dan seterusnya.

11.Cuba gunakan apa yang telah korang pelajari untuk praktikal.

Jom.. sama2 kita aktifkan otak kita utk mengingat.. haha.. 

sumber : Syok.org
40 comments

Ahad, 18 September 2011

Si Kembar Paling Luar Biasa di Dunia..



Si kembar yang paling luar biasa di dunia, orang-orang yang kembar identiti, ada begitu banyak orang kembar di dunia yang memiliki banyak persamaan. Biasanya mereka memiliki penampilan fizikal yang sama. Kembar itu sendiri memiliki banyak jenis seperti kembar siam seperti ini dua gadis dari Britania. dan juga seperti kembar ajaib palsu yang dibuat oleh photoshop. Jadi bagaimana dengan kembar di dunia yang paling luar biasa? Inilah terkaya, berat, tertua, terpendek dan kembar tertinggi di dunia, cekidot…

1. Kembar Terberat


Billy Leon McCrary dan Benny Lloyd McCrary dikenal sebagai kembar terberat dalam sejarah dunia. Keduanya lahir pada tanggal 7 Desember 1946, Billy meninggal pada tanggal 14 Juli 1979 dari cedera yang diakibatkan dari sebuah aksi yang salah sementara Benny meninggal pada tanggal 26 Maret 2001.

Billy mempunyai berat 743 pounds sementara Benny 723 pounds. Pada tahun 70an, si kembar berkeliling dunia sebagai tim tag gulat mitra. Mereka menyebut diri mereka kembar McGuire karena penyiar di negara-negara asing mengalami kesulitan mengucapkan McCrary. Mereka juga terkenal karena aksi sepeda mini.

2. Kembar Tertinggi

James dan Michael Lanier Lanier dikenal sebagai kembar identik tertinggi di dunia dengan 7,6 kaki. Keduanya pemain bola basket yang sangat bagus dan bermain untuk perguruan tinggi masing-masing. Tetapi mengap si kembar tertinggi ini tidak terdaftar sebagai orang tertinggi dalam sejarah?Hari ini i-dus.com bertemakan tentang”Inilah 5 Kembar Yang Paling “Ter” di Dunia

3. Kembar Tertua


Kembar tertua didunia Qiao Senior dan Qiao Junior lahir pada tanggal 18 Juni 1905, di Weifang City, Cina timur Provinsi Shandong. Kedua nya pada tanggal 18 Juni 2009 berumur 104 tahun. Mereka mengatakan bahwa mereka masih sehat, aktif dan yang terbaik dari pasangan.

4. Kembar Terkaya


Pada usia 20 tahun Mary Kate & Ashley Olsen adalah kembar terkaya di dunia dengan memimpin kerajaan ritel kembar Dualstar Entertainment Group. Didirikan pada tahun 1993, harganya $1 Miliar atau senilai barang dagangan di seluruh dunia setahun. Mereka berbagi peran di acara TV Full House. Sejak saat itu, Mary Kate dan Ashley melanjutkan untuk menciptakan kerajaan remaja, dengan pakaian, buku, parfum dan sepatu.


5. Kembar Terpendek


John Rice dan Beras Greg dikenal sebagai kembar terpendek di dunia dengan tinggi 2,10 kaki. Mereka lahir pada tanggal 3 Desember 1951 di West Palm Beach, Florida. orang tua biologis mereka meninggalkan mereka pada saat umur sekitar sembilan bulan, para dokter dan suster merawat mereka. Di perguruan tinggi mereka menyadari bahwa mereka mempunyai kelebihan dalam bidang sales atau penjualan dan keduanya memiliki karier yang baik.

Sumber : worldmustbecrazy.blogspot.com
36 comments

Sabtu, 17 September 2011

Fenomena di Tindih Masa Tidur? Mari kita kaji sama-sama..


Hantu Google..



Korang pernah tak kena tindih oleh sesuatu, semasa korang tidur?

Dulu masa aku semester satu.. aku selalu je kena tindih oleh "benda".. tak dapat bergerak .. tak boleh nk cakap doe.. kelu.. gile r.. memang seram r masa tu.. bukan sekali, aku kena.. Dalam 6 bulan tu, aku kena hampir setiap minggu.. dlam seminggu 3 kali kot.. aku rasa, aku dah macam orang gile masa tu..

Tapi bila aku masuk Semester 2, aku dah tak mengalami, kejadian ini lg.. haha.. Syukurlah... Kejadian ini.. telah beralih kepada member aku yg sorang lagi.. kerana dia duduk sebilik dgan roomate lama aku..

Aku bukan nk mengaibkan sesiapa.. terutama mereka semua ni, kawan aku.. tp aku boleh rasa r.. ada something dgan member aku..

Ok.. mengikut topik hari ini.. aku ada membuat sedikit kajian dari blog2 dan berita2 online.. tentang fenomena  ini.. Mungkin ianya teori sains @ sesuatu yg misteri... mari kita rungkaikan ia bersama2..

Ramai yang kata ternampak ‘benda’ tertentu yang menindih tubuh mereka hingga tidak boleh bergerak. Adakah itu sekadar cerita rekaan kerana tidak tahu hendak menghuraikan fenomena lumpuh sementara?
Sebenarnya apa yang berlaku itu merupakan fenomena paralisis tidur. Ia merujuk kepada suatu tempoh singkat yang membuatkan seseorang tidak dapat membuat pergerakan mana-mana bahagian badan ketika baru memasuki fasa hendak tidur (hipnogogik atau predormital), atau ketika hendak sedar daripada tidur (hipnopompik atau posdormital).
Apakah simptom-simptomnya? Lazimnya seseorang akan mengadu hilang upaya gerak anggota tangan atau kaki ketika baru mula tidur atau hendak sedar. Berlaku juga episod singkat paralisis otot skeletal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya dikaitkan dengan halusinasi hipnogogik atau aktiviti otak yang mencetus situasi seperti mimpi.
Paralisis tidur selalunya dikaitkan dengan narkolepsi, iaitu gangguan neurologikal yang membuatkan seseorang mengalami rasa mengantuk yang ekstrem lalu boleh tertidur secara tiba-tiba. Namun begitu, ada orang yang mengalami paralisis ini tanpa menunjukkan petanda narkolepsi.
Antara penyebab paralisis tidur ini adalah seperti tidur dalam posisi terlentang terlalu lama, jadual tidur yang tidak menentu, tidak cukup tidur dan istirehat, stres dan juga pertukaran gaya hidup secara mendadak (misalnya peralihan daripada mod rehat kepada aktiviti ekstrem secara mengejut).
Dalam kes halusinasi hipnogogik tertentu, seseorang akan merasa seperti ada orang lain di dalam bilik tidur mereka. Ada juga yang trauma apabila menyangka ada ‘sesuatu’ yang duduk di atas dada hingga menyukarkan pernafasan.
Sejak berkurun, ia terjadi pada manusia dan dipanggil Fenomena Hag. Walaupun kesannya menimbulkan keresahan dan ketakutan, tiada risiko atau ancaman fizikal boleh berlaku.
Dalam dunia ini memang ada makhluk lain di dimensi yang tidak dapat ditembusi mata kasar kita. Tetapi janganlah kita jadikan ia satu-satunya alasan bagi setiap kejadian yang tidak dapat dihuraikan...

Dalam kes aku ni.. aku rasalah dan kawan aku rasalah.. ada something yg kacau aku.. huwaa.. takut kot.. malam2 mesti rasa r.. haha.. tp skrang dah x rasa dah.. huhu..

Apa pulak pendapat korang, tentang kes aku ni?
sumber : kosmo
67 comments

Jumaat, 16 September 2011

Sekadar Pesanan Sahabat kepada Sahabat


Terlebih dahulu, ingin aku katakan yang aku bukanlah orang bijak pandai untuk membincangkan isu yang berat-berat. Namun setakat mana yang aku mampu, saya akan sampaikan. Kerana setiap dari kita Muslim, dakwah adalah amanah.

Aku nk ajak para pembaca untuk renungkan penyataan di bawah ini, yang aku ambil dari entri di Cursing Malay yang berkisar tentang pembangunan Islam di negara kita. Sejauh manakah kebenarannya?

Selagi lifestyle majoriti orang Melayu kat Malaysia ni berorientasikan hiburan, kebaratan, kita takkan cukup kuat untuk melawan gerakan diorang ni kerana mereka percaya dan amalkan ajaran diorang. Kita percaya ajaran Islam tapi kita amalkan kehidupan diorang.

Ingat lagi tak, tidak lama dahulu, dunia digemparkan dengan kekejaman berdarah Israel terhadap Palestin. 800 jiwa saudara kita gugur dalam masa dua minggu sahaja. Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan secara terang-terangan. Di mana kita pada waktu itu?

Kita ada di sini, di negara Malaysia yang aman sentosa. Sibuk nak tahu tentang kisah Norman Hakim yang bermain kayu tiga. Sibuk teruja dengan perkahwinan Mawi yang mega. Sibuk mengundi untuk Raja Lawak dan Akademi Fantasia.

Bullshit.

Kenapalah kita perlu duduk terlopong di depan TV, menyaksikan kehidupan seharian sekumpulan remaja yang kerjanya terkinja-kinja. Kenapa tak disiarkan sekali adengan mereka berak, ataupun tidur berdengkur, sambil mengorek hidung. Dah nama rancangan realiti kan.

Kenapalah kita nak tahu sangat bila Artis A berkasih dengan Artis B, bila Janda D keluar dengan Tengku E. Bukanlah kita ada pertalian darah dengan mereka pun. Bukanlah mereka tu bekas rakan sekelas kita pun.

Budaya mengumpat dan memfitnah bagaikan satu normal biasa yang berlaku setiap hari. Pemikiran kita disekat dan dibantutkan dari berfikir tentang perkara-perkara yang lebih penting. Kita disuapkan dengan dadah hedonisma.

Korang tidaklah keterlaluan seperti kes yang disebutkan di atas, kan. Mungkin juga. Tapi ingat, godaan itu datang dalam bentuk yang kecil-kecil. Perlahan-lahan ia menghakis sedikit demi sedikit keimanan dalam diri.

Ya Allah, semoga teguran ini membawa manfaat kepada diri aku sendiri terutamanya, dan juga orang-orang yang aku sayangi, dan orang-orang di sekelilingku...

Sama-samalah kita renungkan..
49 comments

Khamis, 15 September 2011

SPONTANEOUS THURSDAY : CINTA PENGUBAT HATI


Aku suka tengok gambar ni.. Bilakah Masanya?
"Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya."

51 comments

Selasa, 13 September 2011

Disebabkan Google Graviti, Aku dapat Malu kuasa 2..=.=


Haha.. aku kena.. aku kena bai.. aku dikenakan oleh member aku sendiri bai.. huhu.. tanjat boby ...!!!..
kuang asam betul.. aku ni lambat r.. lembab.. sayur banyak air kot.. semua org dah tahu pasal Google Graviti.. tapi aku.. aku yg lembab.. aku baru tahu.. malu kot.... huwaa.. rasa cam nk makan penampaq je.. huhu..

Try r korang pulak serach keyword dengan menggunakan google gravity.. best kot..

p/s: dah la, masa turun bas tadi pun dah tersilap.. huwaa.. malu kot.. rasa nak humbang je, muka ni kat dalam lubang jambang .. huwaaa..
47 comments

Tutorial | Langkah-Langkah Buat Blog Guna Blogspot.



Fattah ko ada blog kan?..  macam mana eh, nak buat blog?
Tiba-tiba soalan ni, keluar dari mulut member aku.. mak aii.. nak berblogging jugak ke? erm.. aku nk cakap tadi, susah r sikit, dan mungkin payah utk ko nk faham.. Ok.. aku cuba explain di sini k... Aku pun, banyak belajar dari member aku.. Adie yg menyebabkan aku terjebak dlam dunia blog dan freaky yg banyak bantu aku dlam dunia blog ni.. serta ramai lagi la sahabat2 aku yg slalu bantu aku..  haha..

Blog ni ada dua, kalau nk yg bayar korang boleh guna wordpress dan utk yg free guna blogspot..

untuk pengetahuan ko Jusoh dan korang semua...  
Langkah-Langkah Buat Blog Guna Blogspot mudah je...

1- Pastikan korang mempunyai email samada emai Gmail , Yahoo dan sebagainya.
2- Buka website Blogger.com.
3- Klik pada CREATE A BLOG.
4- Penuhkan maklumat akorang di ruangan yang disediakan.
5- Penuhkan maklumat mengenai blog yang korang bakal hasilkan.
6- Pilih template yang korang ingin ( boleh ditukar ).
7- Start Blogging ( blog korang siap dihasilkan ).

p/s : Jika korang belum faham dan memerlukan screenshot / gambar cara untuk buat blog sila komen dibawah... dan rasanya sudah banyak blog yg ada tutorial.. ko taip je tutorial buat blog di google.. mesti ada r.. aku pun masih baru lg.. dan rasanya tak layak doe.. buat tutorial.. haha.. ini hanya untuk Jusoh je.. hehe..
Ok Jusoh.. ada paham..?
13 comments

Isnin, 12 September 2011

Mak aii.. disihir guna gambar dalam FB?


Adui.. takut.. aku takut doe.. lepas ni, memang taubat r, aku nk buang semua gambaq aku dlam FB dan blog ni.. (boleh ke?) 
erm..  nanti tak pasal2 aku kena santau jarak jauh.. cehwah.. dan macam ada kuase je.. haha.. 

Aku tak kisah sangat semua ni, sebab aku baik kan? so tak de orang nk khianat dgan aku.. Kalau tak puas hati dengan aku @ cara aku, cakap je.. nama aku Fattah la, maksud Fattah ialah yg terbuka.. kira macam open minded r kot.. --entah.. layan je--

Berbalik cerita di atas, perkara ni, aku nak petik sedikit kata-kata dari mangsa kejadian ni.. :

"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.
mangsa yg bernama Ira mengatakan demikian dekat Kosmo semalam da..
Aku bukan nak jadi pemberita disini, cuma nk mengulas dan bagi pandangan aku tentang isu ini.. haha..
kalau nk tahu lebih detai boleh terjah kosmo semalam punya.. x pun, beli je kat kedai tu.. lg best kot.

Kenapa Benda ni Berlaku?
Ini semua kerja nafsu bai.. syaitan.. kurang kesedaran sivik..  haha.. lantak la.. yg penting mereka ni, kurang sedar dan tak tahu ke apa yg diaorg buat tu berdosa?

Alamak, aku kena blah skrang, hujan semakin lebat.. habis skrin laptop aku basah.. aku ada kelas ni.. lewat ni.. haha.. korang bagi r pendapat korang, kenapa benda ni berlaku.. nanti kita bincang di ruangan komen.
58 comments

Ahad, 11 September 2011

Maggi @ Mee Penyembuh bagi Demam Panas..

gembiranya aku.. haha..senyum sikit..--pakcik google--

Petua untuk hari ini, aku cuma nak cakap.. kalau ada sapa-sapa yg demam panas ke demam sejuk.. ko pi makan maggi or mee rebus@mee kuah.. mesti konpem sembuh demam korang..
Ini kerana, ketika demam, tubuh kita jadi sejuk dan susah nk mengeluarkan peluh.. jadi banyakkan makan benda panas dan pedas, serta lakukan aktiviti senaman seperti  futsal.. selepas tubuh berpeluh.. korang boleh enjoy semula..
Sebelum tu, anda digalakkan telan ubat penadol dulu.. sebelum makan.. 2 biji skali telan untuk 2 kali sehari..

Petua ini dipetik daripada Dr Fattah Anok Pokleh (MBBS)

jom.. bila dah sihat ni.. boleh la terjah blog orang.. haha
32 comments

Hari Pertama Di Taman Semarak UniMAP..

Fuhh.. baru sampai terus update blog. haha.. inilah penangan blog.. Keletihan terus hilang bila dapat update blog.. Huhu..

Aku cuma nk ceritakan, aku dapat rumah KKE 66 2A..  bilik aku tak de tingkap la.. mampuih la macam ni, nak bernafas pun tak boleh.. Aku nk tukar r macam ni..

lagi satu, rumah aku ni, jauh dari bus stop, jauh dari surau.. memang susah r aku lpas ni.. erk.. aku redha je la..
harap2 lpas ni dapat tukar r..

Line internet sini slow gilew.. lembab macam siput babi.. Aduii.. x boleh r aku nk update blog dan terjah blog korang semua..? line sini EDGE doe.. bayangkan r..

Xpe.. aku terima lagi.. aku trima.. ini dugaan hidup... Huwaaa... :-(
24 comments

Sabtu, 10 September 2011

Cinta bukanlah kata-kata murah dituturkan dari mulut ke mulut


Terlalu lama rasanya aku tidak membicarakan soal cinta.. erm.. tapi malam ni, aku ingin mengunkap  bait-bait ayat.. tentang cinta.. haha..

Indah sunguh cinta aku rasa..
Indah hanya di mata..
Namun hati masih mencari..
Masih lagi dalam pencarian tentang Cinta kepada Nya..

Allah.. besar sungguh pengertian cinta Mu..
Dahsyat sungguh penangan Cinta Mu..
Semakin kuat aku mencari Cinta Mu,
Semakin berat aku rasa..

Lidah terangkap, mulut berkata,
Tapi hati, hati.. hati aku berkata ia penat..
Arghh.. Ini semua dugaan..
Dugaan hidup dalam mencari Redha Mu..

Aku takut dengan dosa aku..
Aku takut dengan masa silam ku..
Aku takut masa lalu menghantui aku..
Aku takut masa lalu menelan ku..

Entahlah.. aku tak tahu aku ni siapa.. aku masih mencari Identiti diri.. Aku rasa aku dah jumpa diri aku, tapi.. pelik.. aku rasa pelik sangat.. dari jahat kepada baik.. kekok.. haha.. aku kekok dengan diri aku..
bodohnya aku rasa.. Argghh.. biarkan.. lupakan semua itu.. aku adalah aku.. aku manusia.. aku lelaki.. aku masih ingat asal kejadian aku.. ya .. Aku Hamba Allah..

"Cinta bukanlah kata-kata  murah dan lumrah yg dituturkan dari mulut ke mulut tetapi Cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya."
37 comments

Projek Terlampau Untuk Hari Ini..

Apasal zaiton sameon ni?
Hahaha.. aduiii.. makk aii.. tajuk, otak blue betul.. erm..akhirnya dah sampai masa untuk aku berkemas-kemas.. akitiviti aku untuk hari ini, ialah

 bersukan dan bersenam, berekriasi bersama keluarga..
hidup ceria..

Lol.. apasal kluar lagu bersukan ni..? Nyah ko dari sini... ZZzzz.. Ok la.. ok la.. aku cuma ada masa 1 jam dari skrang nk berblogging..
slepas 1 jam ni aku akan :
  1. g kemas bilik
  2. basuh baju, kasut,stoking, boxer, sluaq..
  3. g kedai, photostat benda2 yg patut
  4. gunting rambut kot.. arghh.. tidak..
  5. bagi makan ikan guppy aku.. 
  6. erm.. last skali.. pack baju2 masuk dlam bag.. esok dah nk blah dari rumah ni..
Berat rasa nk tinggalkan rumah ni.. nk tinggalkan mek aku yg tengah sakit ni.. lpas aku pergi ni.. yg tinggal di rumah aku ialah mek aku dgan kakak aku je la.. yg lain semua dah xde.. huwaa.. 
Lpas aku pergi ni.. xde r org yg nk slalu ziarah kubur arwah ayah.. erm.. rindu.. rindu..

Xpe la.. aku terpaksa.. langkahkan kaki ini.. kena jugak g blajar.. demi menjadi seorg engineer.. huhu.. 
31 comments

Jumaat, 9 September 2011

Alamak!!! Ada budak mati r, sebab Melancap..


Gile r.. terkesima sperma  aku doe, dengar berita ni.. tengah aku duk skodeng2 blog freaky tadi, aku terjumpa r, pasal entry ni.. Penulis Senja punya la..  Makk aii.. takut jugak doe.. erm.. takut bila dengar brita org mati ni..
tambahan lagi mati masa duk buat benda yg pelik2 ni..

Melancap babe.. korang mesti tahu r, nak kata aku tak melancap, tipu r.. kebanyakkan member laki aku, 90% mengaku secara jujur yg diaorg pernah melancap.. tak kisah dengan cara macam mana?
5% tak mengaku, tapi muka memang pernah buat r.. dan 5% lagi memang budak surau.. real punya.. x main benda macam ni..

erm.. tapi mengikut cite ni, remaja tu mati setelah 40 kali melancap dalam satu malam.. Bapak r.. banyak gile.. mampuih la adik ko.. ni memang ketagih tahap cipanzi r ni.. ok la.. aku malas nk cite panjang.. korang boleh terjah sendiri di blog Penulis Senja pasal entry ni.. dan rujukan sebenar disini

p/s: dalam proses utk berhenti =.=
46 comments

Beribadatlah sampai ke lubang kubur..


Tapi apa yg akan  terjadi pada aku yang hina ini?
Aku telah buat maksiat sampai penat dan letih sehinggalah aku tidak berupaya lagi untuk buat usaha atas iman…isk..isk…
Sahabat sahabat nabi SAW telah berpeluh kerana ugama, tapi aku hari ini berbeluh kerana berbuat dosa… isk.. isk..
Nabi SAW solat sampai bengak kaki, tapi aku bergerak ke arah maksiat setiap hari sampai lenguh tumit kakiku ini.., kepada Allah aku memohon keampunan dan pertolongan..oh!

Ok, aku bukan ustaz dan juga bukan seorang pakar motivasi, aku Cuma manusia biasa yg hidup dalam dunia Moon-keyz aku sendiri.. yang dalam perjalanan menuju ke kubur, dalam kubur, korang pandai pandailah jaga diri, nasihat aku yang hina ini adalah..
Aku dulu pun takut buat maksiat..tapi..keadaan sekeliling yg bnyak mempengaruhi hidup aku...
Serangga perosak, geng kapak, budak setan..ini semua adalah gelaran aku yg diberikan oleh cikgu kepada aku masa di sekolah...haha..(famous juga aku ye)..

Sekarang aku dlam proses utk berubah menjadi modal insan yg lebih baik... lebih baik dari semalam.. tapi, banyak halangan dan cubaan... aku harap sangat... aku masih mampu utk mencintai Rasulullah dan diterima sebagai umat Nabi Muhammad... siapalah aku kan dimata baginda...?

p/s: maaf aku bukan budak surau, tapi aku perlu rajinkan diri aku ke surau..
43 comments

Khamis, 8 September 2011

Terima kasih Sahabat Semua

Hari ini, aku ada masa free sikit. Aku cuma nk ucapkan terima kasih buat Sahabat Semua atas ucapn Takziah .. hari ini, hari keempat ayah aku pergi meninggalkan aku.. Rasa lain sangat, walaupun aku ni, jenis yg jarang bercakap dgan arwah ayah.. tapi kehilangannya sangat dirasai.. Tiada apa yg dapat aku balas, hanya Allah yg dapat membalas jasa sahabat semua, trima kasih skali lagi.. --Al-Fatihah--..

Hari ni, aku akan cuba untuk jejak semula ke blog korang semua.. haha.. jangan risau r, aku baru topup broadband aku ni, so ada masa 7 hari lagi... hasil duit raya.. dapat r aku nk berblogging lg.
Tunggu aku.. aku akan lakukan satu persatu.. haha.. sekarang ni, misi untuk baca entry sahabat semua.. haha..


p/s: malam ni, ada tahlil.. sapa-sapa yg free.. mai r datang rumah.. join skali..
54 comments

Selasa, 6 September 2011

Akhirnya Ajal Telah datang..

Tiada apa yg dapat aku tulis disini. aku mencuri sedikit masa disini, kerana ingin memberitahu.. Ayah aku..
Saleh b. Mamat telah meninggal dunia jam 10 pg kelmarin.. Jenazah arwah selamat dikebumikan selepas Asar kelmarin jugak.
Kematian ayah aku ni, secara tiba-tiba sehingga mengejutkan semua orang. Tapi nak buat macam mana kan? Ajal telah datang..

Disini, aku ingin memintak jasa baik  sahabat semua untuk sedekah kan sekalung Al-Fatihah buat arwah ayah..
semoga roh ayah berada di dalam kalangan para solehin dan diterima Allah..


dan kepada sesiapa yg kenal ayah aku.. maafkan, jikalau arwah ada buat salah @  silap..  kalau ada hutang.. cakap r kat aku.. nanti aku jelaskan..


p/s : nanti aku jelaskan dgan lebih detail.. ni sibuk lg ..
62 comments

Isnin, 5 September 2011

Berapakah Kedalaman Neraka yang Sebenar?


Soalan Matematik untuk hari ini.. haha.. Soalan yg lepas-lepas pun, korang tak dapat jawab, ni nak jawab soalan ni pulak? Arghh.. lantak korang la.. asalkan korang insaf dengan dosa korang.. 

Soalan aku untuk korang hari ini, cukup senang je. Just gunakan kemahiran matematik korang.. Alaa.. SPM dulu korang ada belajar kan? Meh.. Mai.. jawab soalan ringkas aku ni... yg aku sendiri pun, tak boleh nk jawab.. haha..

Di katakan pada zaman Nabi Adam a.s, batu dari atas neraka telah jatuh dan bertemu dasarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, berapakah kedalaman neraka yang sebenar?

Berapa kedalaman neraka tu eh? Dari zaman nabi Adam.. hingga nabi Muhammad.. Fuhh.. Dalam siot..
rasul pulak ada 25 orang.. andai kata setiap rasul, diberi masa selama 500 tahun.. jadi, 500 X 25 = 12500 Tahun.. 
Arghh.. pening... pening... aku pening... aku tak boleh kira? korang boleh ke?

p/s: credit utk blog kereta manyat.. rujukan aku
53 comments

Ahad, 4 September 2011

Sahabat Blogger aku Kemalangan di Malam raya..

oli-go

Sebenarnya berita ni, aku dah tahu lama, sory la, aku sibuk dgan urusan lain.. Jadi aku hanya sempat postkan pasal blog sahabat aku ni, di FB je.. tapi hari ini, aku nak mintak tolong korang semua.. 
Doakan agar kawan kita ni, semoga cepat sembuh k.. 

Sebelum kejadian, beliau selalu mengadu dkat aku.. yg beliau sakit kepala.. tak sangka pulak beliau kena macam ni.. Apa2 pun, doakan yup.. smoga Oligo cepat sembuh..

ini adalh petikan dari blog Oligo..

ini url blog Oligo..


PERHATIAN!!!!!!NAK BAGITAHU KORANG NIH...PEMENANG GA AKU BELI KE TAK???

Assalammualaikum...
Di sini saya ingin memberitahu satu berita PENTING especially pada blogger-blogger yang masuk contest n jadi PEMENANG GA AKU BELI KE TAK??...hadiah yang dijanjikan untuk para pemenang terpaksa di postpone kan sebab penulis blog ini iaitu OLIGO telah terlibat dalam KEMALANGAN JALAN RAYA mase malam raye...so die da amanahkan saya untuk inform u all semua tentang hadiah tersebut tak dpt dipos sekarang...keadaan nye teruk ckit sebab kne langgar lari..jadi tak dapat nak klua mane2..keadaan die skrg mayb stabil ckit...same-same la kite doakan agar OLIGO cepat sembuh...AMIN...HARAP MAKLUM...


P/S : harap-harap Kak Lia (OLIGO) cepat sembuh...huhu..Dari ADMIN..

p/s: tolong la, sebagai sahabat.. 
23 comments

Moonkey Kalah..PENYU menang, puas hati?


Arghh.. ini semua kerja bodoh la.. buat pe, aku nk hentam si Penyu tu.. buat apa aku nak hiraukan dia.. aku adalah aku.. Kalau aku post pasal dia.. aku akan jadi macam dia jugak la.. post pasal aku.. Ok la.. aku dah delete post tadi.. malas aku nk pikir benda ni.. bulan baik, hari baik.. aku maafkan si penyu tu.. Erm..  aku berblogging, bukan nak cari gaduh dengan dia.. Tidak tidak sama skali.... aku just nak cari member je.. nak tambah kenalan..

Ok la.. untuk pengetahuan penyu  and the gang.. aku ada juga join segmen dari Bro Ben.. tapi itu dulu bro.. masa aku jagung lagi.. dan bukan segmen bro ben je.. banyak lagi segmen dari blogger lain la.. Tapi skarang, aku malas dah nak join.. sebab aku dah tahu.. apa tujuan sebenar aku berblogging.. haha..
aku cuma nak cakap.. aku bukan gile follower... seperti yg penyu cakap.. tidak sama sekali..

Aku dah follow blog penyu.. dan aku harap ini sebagai tali perdamaian.. harap2 lpas ni boleh jadi kawan..
Dan maafkan aku, kerana cakap penyu Bodoh.. full stop.. no more fight..

p/s: kepada penyu.. tolong delete post pasal aku .. boleh? dgan komen2 skali..
29 comments

JODOH AKAN DATANG PADA ANDA, SEPERTIMANA MAUT AKAN DATANG PADA ANDA



JODOH AKAN DATANG PADA ANDA, SEPERTIMANA MAUT AKAN DATANG PADA ANDA, ANDA TAK DAPAT MENGELAK DARI JODOH SEPERTI MANA ANDA TAK DAPAT MENGELAK DARI MAUT!!!

Habis tu yang tak kahwin sampai mati tu camne….? Satu org Alim cakap , ada jodoh kita yg dah mati awal, contoh, eksiden, kena bunuh dll, so mungkin akan ada jodoh dalam next life nanti…so org cam gini macamana usaha pun jodoh tetap takde, korang dapat pahala usaha, dan korang kena rédha bahawa ini kehendak Allah s.b.w, apa-apapun rahsia sebenar adalah di tangan Allah. Dan jangan korang cakap “kalau camtu tak payah usahalah” sebab ada unsur syirik kat situ…nauzubillah. bersangka baiklah dengan Allah.

p/s: akhirnya.. selamat sudah kawan aku bertunang.. frust aku pun dah hilang r sikit.. hehe..
27 comments

Sabtu, 3 September 2011

Kenapa aku suka Terperap di dalam bilik?


"kenapa ko selalu terperap di dalam rumah?"

Soalan ini seringkali aku dengar dari mulut member-member aku.. dah macam-macam alasan aku bagi.. tapi diaorang ni, tanya lagi.. lepas sorang, sorang lagi tanya.. aduih... dah naik jemu aku menjawabnya..

Haaa.. mesti korang tertanya-tanya jugak kan? kenapa aku sekarang tak seperti dulu.. haha..
duk dalam rumah 24 jam, mengalahkan anak dara je..?

Arghh.. lantak la korang nak kata apa pun, aku akui kelemahan aku.. 
Ok.. hari ni, aku nak jawab soalan di atas tu.. aku tak akan tipu korang lagi.. aku jawab dgan jujur kali ni.. percayalah.. 

Kenapa aku suka terperap dalam bilik..?
  1. Aku suka tidur ---<lebih baik aku tido dari aku duk buat benda pelik-pelik....
  2. Aku sakit kaki, --<sudah 2 tahun, kaki aku tak juga sembuh2 lagi. =.=..
  3. Aku pemalas -- <aku sakit kaki, nak jalan lama-lama memang aku tak boleh..
  4. Aku tak boleh duk berdiri lama-lama ---<korang selalu buat aku tunggu, berjam-jam.. aku terpaksa juga tunggu.. walaupun kaki aku sakit.. korang mana tahu..?
  5. Aku ada penyakit saraf ---< doktor dah sah kan.. aku terima..malas aku nk operate..
  6. Aku addict dengan blog. --< 2 bulan lepas aku terkena deman blog.. sampailah skrang..
OK.. puas hati..? aku malas r nak cite ni semua.. malu babe... orang cakap tubuh taf, tapi lembik... apala, ada penyakit.. ? Aku tak mahu r, org cakap aku macam tu.. sebab tu, aku berlagak, macam aku sihat.. aku main futsal.. aku main sukan lain.. haha.. tapi, korang tak tahu.. aku sakit la... sakit sangat...

Kalau aku duk pikir pasal penyakit ni, dia akan rasa r , kesakitannya.... 
ala.. 2 tahun je pun baru... Nabi Daud dulu, berpuluh tahun dia sakit bro.. dia boleh tahan, tak kan lah aku tak boleh kot.. Haha.... Ini semua balasan atas dosa-dosa aku dulu..

padam muka aku.... jahat sangat...

p/s: mood sedih hari ni.. kena kutuk .. org kata aku macam anak dara duk di rumah..
52 comments

Berapakah Pahala Solat Berjemaah Abu?


Soalan Matematik kembali lagi.. haha.. Macam mana dengan soalan lepas? Ada dapat jawapan tak?
kalau ada cakap r kat aku.. kalau tak de, cari lagi.. cari.. carii.. haaha..

Ok.. cuba jawab soalan bonus ini, daripada aku.. soalan yg simple lagi senang.. haha..


"Solat berjemaah di gandakan 27 kali daripada solat di rumah, sekiranya pada tahun lompat Abu bersolat berjemaah hanya pada hari jummat dan hari raya sahaja, berapakah pahala solat berjemaah Abu?..


haaa.. kira r bro.. tunggu apa lagi.. kira cepat..
Setahun = 12 bulan = 365 hari
Tahun lompat = 364 hari
Sebulan = 4 minggu = 4X jumaat
4X jumaat x 27 = 108 pahala
108 pahala x 12 bulan = 1296 pahala,
hari raya aidilfitri dan hari raya aidil adha = 27 x 2 =54
so, overall pahala yg Abu dapat = 1296 + 54 = 1350 pahala..

Fuhh.. jenuh den nak mengiranye.. haha.. harap2 betul la kot.. aku Math ni, kureng sikit.. kalau salah, harap korang betulkan yup.. :D
18 comments

Jumaat, 2 September 2011

Awek Cun Dihari Raya.. Sentap Babe..

Sepanjang aku duk BW, aduih.. tak habis2 lagi pasal raya.. depa semua duk tunjuk baju raya la, duk posing dgan gaya yg menggoda la..Awek-awek comel.. Fuhh.. sentap babe..  Arghh.. jatuh iman aku bila tengok telatah diaorg ni.. 
Ini membuatkan aku jadi jeloaus.. apabila aku jelous aku, akan pikirkan benda bodoh.. apabila aku buat benda bodoh.. air aku smakin banyak.. apabila air aku semakin banyak.. dalam tandas la jawabnya.. 
Pandai2lah korang sambung, apa yg terjadi selepas itu?.. haha..

Arghh.. raya tahun ni.. tak semeriah dulu.. sikit je org yg datang rumah.. dan aku pun malas nak pergi rumah diaorg.. haha... 
Disebabkan aku sedikit deman.. sakit tekak.. nak makan pun tak boleh... dan sakit perut.. maka aku lebih banyak menghabiskan masa dengan tido... tido.. tido.. 
Oh!!! Damm.. tidor ni letih kot.. pening kepala..berat tubuh.. mimpi basah.. Ahhh.. aku benci tidor..

Baru hari ini, perut aku tak rasa sakit .. tahan r sikit dari semalam.. , angin banyak kot.. haha.. 
Aku pun, malas nak cite panjang.. just nak kongsi gambar raya aku.. haha..
gambar ni, macam tak raya je.. huhhu..
sorry r.. raya tahun ni.. hanya gambar ni je yg dapat aku ambik.. huwaa..

Gambar semalam punya.. 
p/s: mood raya tak de tahun ni.. dan aku harap sangat, aku sempat untuk jumpa Ramadhan dan beraya untuk tahun depan.. Aminn..
25 comments

Nak kaya cepat-cepat, Tapi nak mampos lambat lagi.. Macam mana ni?


muka pakcik google sebenar..


Sempena hari jumaat ni.. hari ni hari mulia bro.. haha.. penghulu segala hari..  aku nak tanya sikit? korang pernah ke kena tipu oleh seseorang?

errr, aku mengaku.., aku selalu gak kena tipu oleh syaitan dan kadang kadang hidup dalam rasukan iblis..,
tapi aku bukan nak cerita pasal setan yang mengalir dalam darah ni..., aku nak cerita pasal setan yang bertopengkan manusia.. 'setan' yang cukup handal menipu, kalau boleh semua orang di tipunya, aku baca paper, golongan yang kena tipu bukan setakat budak kampong yang bodoh alang dan baru nak baligh, atau orang tua kampong yang naïf lepas manopous, tapi yang kena tipu tu termasuklah budak universti, doctor, prof, malahan  pakar motivasi pun kena tipu.. ish ish ish....

Maka aku buat kesimpulan, bahawa orang yang kena tipu bukanlah kerana orang tu bodoh bangang atau berotak slow , kerana yang ada degree phD pun berlambak kena tipu, tapi orang yang kena tipu biasanya adalah kerana mereka ada penyakit wahan‘kot’

Apa itu penyakit wahan?, wahan adalah nak kaya cepat-cepat, tapi nak mampos lambat lagi, kalau boleh nak delay 100 tahun…!

sekian ---< entry yg entah apa2?
19 comments

Khamis, 1 September 2011

Pengalaman Mengajar Aku Erti Jahat dan Baik



 Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata,
“Sesungguh nya kebaikan itu sinar di wajah, cahaya di dalam hati, kekuatan di badan, keluasan dalam rezeki, kecintaan di dalam hati setiap orang. Sedangkan keburukan adalah kemuraman di wajah, kegelapan di hati, kelemahan di badan, mengurangi rezeki, dan penyebab kebencian di hati orang.”

Tanyalah diri kita ini sendiri.. adakah kita ini orang baik atau orang yg jahat@ berkelakuan buruk..? Bagi aku, seorang lelaki biasa, adakala aku baik, adakala aku buat benda jahat... banyak.. bukan sekali dua aku buat benda jahat... sampaikan aku pun dah tak tahu berapa banyak aku buat benda buruk...

Banyak kali juga aku bertaubat.. tp masih mcam dulu.. Semenjak aku berada di UniMAP ni.. aku mula kenal apa itu usrah dah apa itu ukhwah..Member aku mengajak aku memasuki usrah.. setelah terlalu lama fikiran aku rasa serabut... akhirnya aku berasa tenang apabila aku start join usrah dgn kawan aku... Iyas, Haikal, Suhail, dan Sofian. Tp usrah itu hanya sekali je.. sempat aku join.. Aku sekarang masuk usrah dengan En.Zuki.. lecturer Math di UniMAP..

Banyak input yg aku dapat, apabila aku join usrah ini.. dan banyak pengalaman yg aku lalui dengan ahli usrah.. Setelah lama aku, tak join usrah.. perasaan malas ini mula datang...eee.. aku x suka r... Berada di rumah ini... aku cuma mengharapkan member aku Azroy, yg aktif dlam usrah ini... utk mengajak aku.. dan menasihati aku... utk ke surau dgar ceramah... tp niat aku tetap satu.. aku pergi kerana Allah..

Dalam pd masa yg sama.. aku masih juga melakukan perkara jahat... tp tidak seperti dahulu lg... jarang sekali... dan bergantung kpd keadaan sekeliling... Erm...Susah utk berubah...cakap di mulut senang r... tp bila time nk buat... korang sendiri r rasa...

Walaubagaimanapun..aku masih dengan cara aku... dlam mencari redho Ilahi... mencari cinta yg suci... utk kehidupan sejati... dlam menghabiskan sisa2 hidup ini...
18 comments