+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Rabu, 29 Jun 2011

Cara-cara untuk menakutkan hantu dan jembalang.


Kisah Seram adalah kisah yang paling dikatakan berjaya untuk meremangkan bulu roma sesetengah individu lebih - lebih lagi jenis yang penakut seperti aku. Aku sendiri pernah mengalami kisah - kisah seram sendiri iaitu
semasa aku sedang tidur, kain selimut aku ditarik dan yang paling menakutkan aku bermimpi, aku didatangi oleh seseorang yang berjubah putih, mengatakan aku akan mati dikelar tengkuk... Walaupun peristiwa ini sudah lama berlaku, aaku masih ingat sampai sekarang.


Walaupun, aku tidak pernah mengalami sendiri kejadian pelik dalam keadaan sedar, ttp aku memahami macam mana benda ini boleh menganggu manusia

Sejak dari kecil lagi ramai diantara kita sudah biasa dimomok dan disajikan pelbagai kisah - kisah hantu seperti Hantu tetek yang dikatakan menyembunyikan kanak - kanak yang leka bermain dicelah teteknya , Hantu Pontianak , Hantu Pocong , Hantu Penanggal serta banyak lagi jenis hantu .

Aku ada beberapa Tips yang berguna sekiranya anda tersempak dengan Hantu Pontianak dan ternyata berhasil :

1. Jika anda mendengar bunyi ketawa di tengah - tengah hutan atau sungai balas balik dan katakan kepadanya dengan nada yang sopan seperti " janganlah ketawa , abang takut" atau "kalau yer pun nak takle abang - abang sini , janganlah bagi signal ketawa teknik dah lapuk".

2. Jika "dia" menonjolkan dirinya dalam jarak 50meter katakan kepadanya " tak segan ke cik adik, ni semua abang - abang , adik seorang je perempuan " hah nescaya dia akan hilang .

3. Kalau anda merasakan ada sesuatu seperti berterbangan di atas kepala anda dan diyakini adalah Pontianak , katakan kepadanya tanpa menoleh ke atas "ooo nak sekodeng abang buang air besar nyerr " masa tu anda terus berpura - pura seperti buang air besar , memang sah dia akan blah dari situ .

4. Bila anda berada di hutan tertiba mencium bau bauan yang wangi nescaya mesti ada sesuatu dan bila dalam keadaan seperti itu anda terus mengejek dengan mengatakan " eleh dah lah pakai minyak wangi tiruan , murah pula tu " dan nescaya bau tersebut akan hilang.

5. Dan yang terakhir sekali , kalau "pontianak" dekat sangat dengan anda atau boleh dikira sebelah anda (tips berguna untuk lelaki) cuba peluk dan raba badan dia sambil tu sediakan paku dalam poket , atau cuba cabul kehormatan Pontianak itu , nah! pasti pontianak akan lari dan menangis .
2 comments

Selasa, 28 Jun 2011

Wasiat iman Hassan



1. Apabila mendengar azan maka bangunlah
sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan
sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu,
pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah
zikrullah dan janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab
Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah
syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara
sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada
memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa
berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi
tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang
sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar
yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan
yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia
malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi
orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan
janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi
kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang
ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada
masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya.

Sama-samalah kita mengamalkannya..
No comments

Ahad, 26 Jun 2011

MATA LELAKI VS ANGGOTA WANITA??

 

Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu berertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

wasalam………………….peace yo...
7 comments

Anak Emak..Hinakah aku?


ni baru anak emak..cute lagi masa ni..bila dah besar..muka pun jadi legend..
Sebelum tu..sapa sini ANAK EMAK? haha..kalau korang bukan anak emak? habis selama ni.., korang keluar ikut mana? takkan turun dari langit kot..Tp kenapa masih ramai yg tak mengaku yg dia tu anak emak?
Kalau jumpa dengan aku ni..org yg tak mengaku dia anak emak..aku bagi jew..sepukul..atas dahi tu..Ada ke patut...? dia tak mengaku yg dia tu anak emak dia.. ee..memang kena la..

Sat..sat..sebelum aku pergi lebih jauh.. korang tahu tak ANAK EMAK tu apa? LOL.. sory aku ingat aku ni anak emak aku..rupanya aku ni anak mek aku..(org klate biase r panggil mek intuk ibu)
haha...Aku anak emak..aku anak emak..haha.ok la...Anak Emak ni..sebenarnya..mengikut kamus dewan..la..ianya sebenarnya satu perumpamaan jew..yg bermaksud..anak manja ..itu jew...
Laaaa..aku fikir..anak emak ni..anak yg keluar dari rahim mak dia..rupanya bukan yg tu..

Euuuu..anak emak??.geli je..tak reti nak berkembang dan dewasa ea??..nampak??..itulah yang sering orang katakan. kalau orang tu duduk serumah dengan family atau berada dekat dengan family..mereka akan memberi gelaran ‘Anak Emak‘..hina dan salah sangat kew dapat gelaran seperti itu??..TIDAK !!!..
haha..Dah memang aku anak emak aku..nk buat macam mana..bila lagi nk duduk sekali dengan "mek" aku kan?..dia dah la..sudah tua..aku pun..jarang ada kat rumah ..time cuti ni la..nk berkepit denga mek aku tu..haha..jangan jeleous..

Aku pernah kena la...kalau member2 ajak keluar..tp aku tak keluar, mula la..diaorang buat keluar ayat tu..erm..memang panas r.. tp ....ada aku kisah?haha... tak pun..aku tak boleh keluar sebab..tak ada org laki kat rumah aku..kalau aku keluar..sapa la yg nk tolong mek aku ni...ada korang tolong..?

Perlu kew, kita nk panggil seseorang tu dengan gelaran anak emak? aku rasa tak perlu la..
TAPI...kalau jenis yg berkepit dengan emak dia 24 jam..nk berpisah pun tak boleh.. tu macam mana?
Erm..kalau jenis tu..ko bagi jew..penampaq..apa la..dah berbulu pun nk tidur bawah ketiak mak lagi..tak reti malu kew..? tak berbini samapi ketua la jawabnya..huhu..
Aku bukan jenis macam tu k..ada masanya dan ada batasnya kalau kita nk bermanja..kalau aku la..aku bermanja 3 kali sehari..selepas makan..hehe..(pham2 r)

Kalau korang nk tahu.. orang yang suka memberi gelaran ‘Anak Emak‘ kepada orang lain sebenarnye die tu kurang kasih sayang dari seorang emak....yup!! kenapa aku cakap macam tu..?..sebab die berasa cemburu dan teringin berada di sisi emak..haha

cubalah korang semua fikir?..dari manalah keluarnya korang dan lahirnya ada jika bukan daripada mak korang sendiri..kan??..cuba lah sama2 kita fikirkan dan buang sikap memperkecilkan orang lain dan jika ada orang cakap korang ‘anak emak’..korang jawab jew.. ‘AKU BANGGA JADI ANAK EMAK SEBAB AKU MEMANG ANAK MAK,KAU??‘..hahaha mesti terasa habis orang tu..

hehe..anyway...peace yo..

P/s : nak pergi bermanja dengan mek aku..korang tak boleh ikut..ni emak aku..korang dengan emak korang r..eee..tak malu..nk ikut..
8 comments

Katak dalam bungkusan nasi?


Bapak.....Geli r... eee..tengah duk sedap-sedap makan nasi..tiba2 jumpa katak dalam nasi tu..Macam mana tindakan korang masa tu..? mesti termuntah punya..haha..tp..yg dah termakan tu macam mana? hehe...kau jolok sampai berdarah pun tengkuk ko..memang takkan keluar la...(terima jela..hehehe).. mesti sedap kan..makan nasi ada katak..tak pernah org buat. cite ni kelmarin punya..la. aku baru terbaca...


Kalau nak tahu kat mana? Jom kita terjah..Zazzz..


RANTAU PANJANG – Seorang lelaki di sini terkejut apabila mendapati nasi yang dibeli di sebuah kedai di pekan Rantau Panjang pagi semalam mempunyai seekor katak bersaiz ibu jari orang dewasa.
Lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Faizal, 25, berkata dia kecewa kerana peniaga terbabit tidak menitik beratkan soal kebersihan ketika penyediaan makanan.
Menurutnya, dia tidak melihat isi bungkusan berkenaan dan terus makan, bagaimanapun hasratnya terbantut apabila melihat objek seperti katak dalam makanan tersebut.
“Saya baru menyuap nasi ke mulut tetapi sebaik melihat objek seperti katak saya berhenti.
“Selepas mengamatinya jangkaan saya tepat, ia memang katak dan saya terus muntah,” katanya.
Faizal berkata, nasi berlaukkan daging serta sayur campur tersebut dibeli dengan harga RM3.00.
Menurutnya, dia memasukkan sendiri daging goreng ke dalam bungkusan nasi tersebut sementara sayur dicedok peniaga tersebut.
“Selepas muntah, saya tidak dapat makan, saya masih terbayang-bayang katak yang terdapat dalam bungkusan nasi itu.
“Saya percaya, katak tersebut digoreng bersama sayur campur, saya kecewa dengan apa yang berlaku dan berharap pihak kesihatan mengambil tindakan kepada peniaga yang tidak menitik beratkan soal kesihatan,” katanya 


hehe..amacam..?ni lagi sedap kalau tambah budu..hehe..


sumber ---->cini
3 comments

Malam Blogger Jaga..Siang Blogger pun Jaga.. Bila Blogger Tido..?


Ha.. aku heran la..takkan la ..sampai 24 jam blogger ni berblogging..? setiap masa mesti ada yg post entry..lepas tu, share di Fb..blambak.. group2 blogger yg dicreat....dah macam cendawan tumbuh lepas hujan...aku tngok...huuhu..Aku pun ada la join..dalam 4 group jew..semuanya pasal blogger..contoh:..Sahabat blogger..Port Blogger..I luv Blogger dan satu lagi  Kelab Blogger ..ha..tu jew k..memang tak putus r, orang post entry blog kat sana..mesti ada..la..kalau tak percaya, try tengok r sendiri..haha..termasukla diri aku ni..yg muka tak malu..nk promote jugak blog dlam group tu..Tapi..semua tak kisah kan?..sebab..tujuan utama group itu ditubuhkan pun..just nak bagi blogger tu post entry kat sana kan..? dan merapatkan hubungan sesama blogger itu sendiri..

Aku pun..macam tu la..sekarang ni..aku cuma ada satu hari lagi..dapat update blog aku nie.. ala..tak best r macam ni kan? huhu ...Bukan..aku bukan behenti berblogging ni...!!! sedap mulut jew kata aku dah bhenti..eee..nk makan selipar rasanya budak ni..? Ok la..aku explain..aku cuma tak dapat update blog lpas ni..broadband aku dah hbis kedit tu jew.. aku kan guna broadband top up.. so aku top up sebulan 2 kali jew..Jadi kalau aku nk update blog..aku kena keluar ke bandar Machang..dan pergi kat Computer Centre..ha..main la blog kat sana..bukan susah pun..huhu..seringgit cuma utk sejam main jew.. ok la tu..tak mahal.. tapi..aku still rasa macam tak puas hati r..tak dapt update blog 24 jam....hehe..

Aku kan overdose dengan blog nie..trauma mimpi main dgan blog pun tak hilang lagi nie..haha...itu jew aku nk cite..
Anyway..tak salahkan? kalau kita makan budu kan..? Aikk..apa kena mengena budu dgan entry ini..?
apa la...semputtt aku dibuatnya.. huhu..entah apa2.. Ok la..aku cau dulu...mengantuk ciot..nak tido..Penat hari ni..baru balik dari kota bharu.. Ok...peace yo..

Yg ni..gambar aku masa matrik..tidur masa lecture..budak popuan punye kerja r nie..


P/S: esok aku ada lg  la.. sampai pukul 4 ptg..haha..boleh main puas2 seblum hbis masanya.. huhu.
7 comments

Sabtu, 25 Jun 2011

Kaki Aku naik Ketuat la..Macam mana ni..?

Aduh..masalah besar ni..lepas satu...selesai masalah..dua pulak yg timbul..haha..Arghh..semu itu aku tak kisah la..Apa yg penting..aku nak bagi hilang ketuat aku ni..Alaa..benda ni naik di kaki aku la...Baru jew..Aku ingat dulu, masa dia kecik2..tahi lalat..bila dah besar..jadi ketuat pulak..Memang tak best r..Nanti..tak pasal2,aku orang cop..sebagai pemalas..kaki tidur.. dan sebagainya la..asalkan berkaitan dengan malas.. Sat..sat..sebelum tu..aku nak tanya korang..? Betul kew..? kalau kaki orang tu naik ketuat.. orang tu pemalas..? haha.. Kalau betul la.. memang betul la..aku kan pemalas. ... haha...hidup pun dah macam pahat dengan penukul jew..sekali orang suruh..sekali tu jew aku buat..huhu..

ee...tangan sapa la ni..
Ok..ada sapa-sapa sini yg tak kenal KETUAT tu apa? Mai cakap kat aku...Sapa yg tak pernah naik KETUAT lagii.? angkat kaki cepat..!! Ok..biar aku jelaskan..ketuat tu binatang apa..?
KETUAT atau `warts' merupakan sejenis penyakit kulit yang kerap terjadi menyebabkan kita memandang remeh kesan penyakit tersebut terhadap kehidupan seharian kita.
Sedangkan ketuat sekiranya dibiarkan berlarutan boleh merebak ke lain-lain bahagian badan serta menjangkiti orang yang dekat dengan kita.
Menurut pakar Perubatan dan Penyakit Kulit, Klinik Perubatan dan Kulit Cheras, Dr. Saadiah Sulaiman, ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV).
Mana-mana bahagian kulit boleh dijangkiti terutama di tangan, jari dan kaki. Bahagian yang dijangkiti akan mula menimbul, keras manakala permukaannya menjadi kasar.Ketuat merupakan satu masalah yang biasanya tidak diambil berat melainkan jika ianya berada di tempat yang mengganggu seperti di tangan ataupun di tapak kaki...Walaupun begitu ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya, antaranya ialah;
  1. Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.
  2. Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.
  3. Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.
  4. Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.
  5. Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.
Haaa..sudah faham bukan..siap dengan cara2 nk buang ketuat tu sekali..so..sapa yg ada ketuat..Jom..kita cuba cara ni..aku nk try r dulu..nk buag ketuat di kaki ni..kalau tak sembuh juga..aku kena guna cara aku r..alaa..senang jew.. korang ambik pisau..hiris jew ketuat tu denga pisau..Aku pernah buat kot..macam tu..terus tak naik..lama dah aku buat cam tu.. ni baru naik semula..tapi..berdarah r,..2 jam bdarah x behenti...ee..sapa yg takut darah..aku nasihatkan..x payah buat k..

Utk keterangan lanjut:
 maksud ketuat di sini
petua menyembuhkannya di  sini..
10 comments

Sukar untuk membuat keputusan..? Cuba cara ini..

google..

Mengikut apa yg aku baca tadi..dalam Majalah SHINE..Penulis tu kata la..
Banyakan minum air kopi.., ianya bukan hanya memberi kesan positif pada kesihatan tubuh korang... Tetapi juga dapat sangat membantu untuk memudahkan kepala otak korang dalam membuat  keputusan. 
Keputusan yg dibuat pun akan semakin baik jika korang juga boleh menahan buang air kecil...Haha..Pelik kan? Tapi itulah kenyataannya.. Sebab,,.. 

Menurut kajian yang dilakukan Dr. Mirjam Tuk dari Universiti Twente di Belanda, ketika korang menahan buang air kecil, mekanisme kawalan diri pada otak akan mengaktifkan seluruh organ tubuh termasuk otak itu sendiri. Jadi dengan memperbanyak minum, lalu kemudian anda menahan buang air kecil, otak jadi lebih aktif dalam bekerja....

Kajian ini dilakukan Dr. Mirjam Tuk setelah ia minum banyak kopi untuk membuatnya tetap terjaga semasa mengajar. Setelah habis mengajar.., dia merasa kandung kencingnya penuh dan terasa ingin buang air kecil. 

Dalam kajiannya Dr. Tuk bekerjasama dengan Debra Trampe dari University of Groningen dan Luk Warlop dari Katholieke Universiteit Leuven. Mereka menguji adakah kawalan diri seseorang atas tubuhnya juga boleh dipengaruhi oleh organ lain..?

Para penyelidik kemudian melakukan ujian pada beberapa subjek. Mereka mendapati bahawa subjek dengan keadaan pundi kencing yang penuh, boleh membuat keputusan yang lebih baik, terutama dalam hal kewangan. 
Juga diketahui bahawa hanya berfikir tentang kata-kata yang berkaitan dengan buang air kecil boleh mencetuskan otak berfikir lebih tajam...

erk..entah la..aku dalam dua lagi ni..nak percaya ke tak nak..Mungkin betul kot.!!.Tapi kalau aku tahan lama2 benda ni..kan!! terkencing dalam seluar plak..Malu kot.. Huhu...
Tak pun..lama2 aku tahan..kan pecah pundi kencing aku plak..x mo.. x mo..
lebih baik aku buang..duk simpan buat apa lg..kn??
6 comments

Kenapa lelaki suka call lelaki..?



Satu persoalan yg acap kali aku, menjadi pertanyaan dibenak kepala aku..Kenapa seorang lelaki suka kepada lelaki..Kenapa benda ni asyik terjadi kepada aku..? GELI tau... aku rasa nak muntah ni.. dari semalam lagi ni..
Fuhh....Ni bukan kali pertama aku kena..(kena raba)  Setakat ni..sudah 5 kali tau.. Aku pun dah tak tahu nak buat apa dengan orang macam ni....eee.. Berdiri bulu roma aku cite benda ni.. GELiiiiii.......la....

Aku pun tak tahu..apa yg diaorang minta sangat dengan aku..? nak kata hensem..tak juga.., nak kata.. berduit..tak juga..nk kata orang bandar lagi la..aku org kampung jew..duk pun rumah kayu lagi ni.. huuhu..
Habis tu..apa sebabnya..? diaorang cakap ..erm..suka tengok aku senyum..?? takkan sebab tu kot..? Apapun..lantak korang la..

Kita hanya kwan jew k.. tak lebih daripada itu..cukup la..JANGAN goda aku lagi.. aku tak macam tu..Aku cuma mahu kawan dengan semua orang jew.. jangan sampai..aku mlas layan korang laki...Diorang ni bukannye lembut..atau pondan.. tapi GAY.. eee... please r.. jangan buat aku mcam ni...Aku tak angkat call.. ko kata aku sombong...ko kata, aku tak nak kawan dengan ko lagi.. la..aku bukan tak mahu jumpa..dengan ko..tapi..tak kan setiap hari nk jumpa.. mampus la aku mcam ni..Kalau jumpa pun.. bukan buat sngat..kn..?

Aku bukan nk jadi ustaz disini..Sebab aku pun bnyak lagi dosa yg nk kena tampung....Nasihat aku...bertaubat la....dan jangan buat aku mcam ni..Please r.. Aku sudah ada orang yg aku sayang..la..!!
Oppss..terlepas cakap..siapa yew..? hehe....

Arghh..itu tak penting... yg penting ko tu..dah la, umur pun dah 30 lebih.. insafla...aku tak mahu lagi pergi rumah ko.. haha.. dan jangan call aku lagi... Aku malas r nak tuju..direct..nak tegur pun..biar r berlapik kan..?
Itu jew yg mampu aku cakap..cari la popuan..buat isteri..habis cite..huuhu..Baik popuan la ..dari laki..

Adakah disebabkan gambar ni..?
Huhu..peace yo..
6 comments

Argh...Nikmatnya hidup..

Yang terindah di langit 

adalah bintang-bintang yg bergemerlapan,
 

sedangkan yang terindah dalam hidup

adalah kehangatan kasih sayang.

begitu besar rasanya nikmat hidup kalau kita dapat merasai kasih sayang daripada ayah..mak.. dan adik beradik yg lain...
Tapi...!!
Aku.. aku..masih belum merasai nikmat sebegini.. Bilakah masanya??
5 comments

Jumaat, 24 Jun 2011

Nak Tanya..? Siapa Sahabat Korang?


Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri..
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang amat melecehkan dan meletihkan..dengan karenah kawan2 yg pelbagai.., tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Dalam persahabatan, banyak cabaran yg perlu kita lalui..
Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya..
Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian..
Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, Oleh itu.. kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur sahabat seadanya...
Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.
Kerinduannya adalah menjadi bahagian dari kehidupan sahabatnya, karana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.
Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur karana dikhianati sahabatnya.

Ingatlah bila kali terakhir korang berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping korang ???
Siapa yang mengasihi korang saat korang merasa tidak dicintai ??
Siapa yang ingin bersama korang saat korang tak dapat memberikan apa-apa ??

MEREKALAH SAHABAT KORANG
Hargai dan peliharalah selalu persahabatan korang dengan mereka.
Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita

peace yo..
3 comments

Apa itu Islam? Mengikut Pandangan Aku..



Sempena hari jumaat yg mulia hari ini.. aku nk bercakap tentang Islam..
Apa pandangan korang tentag Islam? adakah ianya sekadar nama atau agama..?
Korang semua tahu tak..? apa itu Islam sebenar..? Dahulu..aku juga tidak kenal apa itu Islam.. tetapi.. Setelah aku pelajarinya aku tahu apa itu Islam.. Ianya bukan sekadar nama sahaja..Ianya juga bukan sekadar agama sahaja.. Tetapi Islam ini adalah merangkumi, semua perkara.. di  atas muka bumi ini..Bukan niat aku untuk memberi ceramah disini.. kerana aku sedar siapa aku.. Ilmu agama aku cetek.. Banyak lagi yg perlu aku pelajari.. tetapi..Aku hanya sekadar mahu berkongsi,apa yg aku tahu tentang Islam..

Islam merupakan agama yang di turunkan oleh Allah kepada rasulnya.. Nabi
Muhammad (S.A.W) melalui malaikat jibril yang dibuktikan dengan Al-qur’an demi kepentingan
dan kesejahteraan umat manusia agar bahagia di dunia dan akhirat kelak. Jadi agama
islam sebenarnya diturunkan tidak lain dan tidak bukan untuk kesejahteraan seluruh umat
umat manusia. Ianya bukan diturunkan untuk bangsa..atau kaum..tetapi..untuk seluruh umat..Ingat..Seluruh umat.. Maka dari itu kita sebagai manusia yang telah diberi oleh Allah dengan akal
dan fikiran yang waras.. kita seharusnya sedar dan menggunakannya dengan sewajarnya.. Gunakan secara logik.. tentang Islam...Gunakan Akal untuk menegak Islam.. tetapi jangan Gunakan Akal untuk belajar tentang Islam.. melalui buku...atau kitab.. kerana.. jikalau kita belajar dengan kitab..gurunya adalah syaitan..
Belajarlah dengan ahli Sufi.. nescaya keberkatan akan datang kepada kita...

Ok..Kita nk kenal Islam..kita kena usaha..Jadi...
Dengan keingintahuan kita untuk mengenal islam dengan  lebih dalam.. kita seperti
sedang mencari asal, arah dan sumber dari segala sumber kehidupan yang ada dibumi ini,
sumber dari penggerak semua barang yang ada dialam dan apapun yang bergerak tanpa
ada yang menggerakkan kecuali dia Allah yang maha menggerakan segala sesuatu yang
tidak boleh digerakkan oleh hambanya..

Dengan sebahagian kecil kebenaran Allah yang aku sebutkan sebenarnya kita sudah
boleh bertanya dengan diri kita ini siapa yang menciptakan kita, untuk apa untuk apa kita
diciptakan, dan bagaimanakah sikap kita yang seharusnya sebagai makhluk yang telah
diciptakan oleh sang pencipta.
Sebenarnya jawapan dari pertanyaan itu semua sudah ada disekitar kita, baik dalam
Al-quran atau kejadian –kejadian alam disekitar kita yang diturunkan oleh Allah..
1 comment

Khamis, 23 Jun 2011

Pengetahuan dan Niat..Apa tu??


Salam.. semua.. ..untuk edisi kata-kata bijaksana pada minggu ini ialah..
Aku mengambil ayat daripada Johann Wolfgang von Goethe.. 
Katanya..."Pengetahuan tidaklah cukup; kita harus mengamalkannya. Niat tidaklah cukup; kita harus melakukannya".

Mengikut apa yg aku faham mengenai apa yg dijelaskan dengan kata di atas ialah...Diri kita sendiri.. Aku..Aku adalah diri aku.. aku belajar dan sekarang pun, aku masih belajar..dalam proses pembelajaran ini..aku perlu untuk mengamalkannya..Jikalau aku tidak mengamalkan apa yg aku pelajari..sukar sekali untuk aku mengingati apa yg aku pelajari..Dalam konteks pembelajara ini merangkupi banyak cabang.. Dan disini,.. aku hanya mahu mengambil pendidikan duniawi dan akhirat..

Bagi ilmu pengetahuan duniawi ini.. aku pelajari ilmu2 yg sngat berguna untuk aku terus hidup di dunia ini..Proses kehidupan merupakan satu proses pembelajaran.. cuma diri kita sahaja tidak menyedari akan perkara ini..Bagi ilmu akhirat..aku pelajari di dunia ini..Akhidah..Ilmu Agama. dan semua yg berkaitan untuk akhirat.. dan ilmu ini juga perlu.. untuk kita amalkan..Sebagai contoh..kita tahu solat itu wajib..dan kita tahu untuk melakukan solat...tapi kenapa masih ada di antara sesetengah masyarakat kita masih megabaikan solat itu sendiri.. Tidakkah ini sesuatu yg sia-sia dan merugikan diri kita..??

Niat..!!!.. korang tahu tak apa itu niat?? apa yg membezakan niat degan kata hati..?? Dapat tak korang bezakan?? Banyak buku.. menceritakan tentang niat ini.. dan aku ada membacanya..disebabkan aku tidak mengamalkan apa yg aku baca..jadi aku mudah lupa..Ok.. merujuk kepada niat.. Niat bererti tujuan hati dalam melakukan sesuatu perkara.. dalam erti kata lain..Gerak hati dalam melaksanakan sesuatu perkejaan dengan tujuan mencari keredhaan ALLAH s.w.t..

Itulah yg membezakan niat dengan kata hati.. kata hati ini.. cuma keinginan nafsu kita shaja.. dan ingatlah.. sebelum melakukan sesuatu perkara atau ibadah.. mulakanlah dengan niat....Walaupun..kita hendak minum air..mulakanlah dengan niat dan seterusnya bacalah bismillah..

InsyaAllah.. cukuplah..sekadar disini sahaja perkongsian ilmu daripada saya petang ini..kita jumpa lagi minggu depan dalam edisi  kata-kata bijaksana...
peace yo..

1 comment

Cerpen | Langit Tidak Selalunya Mendung

"Langit Tidak Selalunya Mendung"..

         Pada suatu hari....burung2 berkicauan..ada yg menyanyi..ada juga yg menari.. terbang menghinggapi, dahan Pohon Rambutan di tepi rumah aku....

        Tiba2 kedengaran suara kecil menangis teresak2..diiringi suara ejekan dari kanak2 lelaki..
"heeeee...eeee....atu...oyat..ko..mek atu....".suara yg tidak jelas bunyinya..disebabkan sebutannya yg bertaburan.. Disebabkan itu..semakin kuat ejekan yg diterima budak perempuan itu....

        Wani(bukan nama sebenar)..merupakan seorang kanak2 yg berbeza daripada kanak-kanak lain..Perbezaan fizikal.. banyak mempengaruhi hidup dirinya.. sebagai kanak2 wanita..emosinya.. mudah sahaja terusik.. oleh perbuatan rakan2 sebayanya.. Disebabkan selalu diejek oleh kanak2 yg lain..membuatkan dirinya amat membenci rakan2nya..Dilahirkan dalam keluarga yg miskin.. membuatkannya lebih merasa terhina dengan hidup ini..

        Ketika Wani mulai bersekolah, rakan-rakan sekelasnya selalu mengejeknya , Wani semakin faham dan mengetahui...apa yg membezakan dirinya dengan kanak2 yang lain... Wani dilahirkan dengan cacat fizikal. Langit-langit mulutnya  terbelah....Ya, Wani adalah seorang gadis kecil dengan bibir sumbing, hidung bengkok, gigi yang tak rata.... Bila berbicara suaranya sumbang, sengau dan kacau. Bahkan aku sendiri tidak dapat nak memahami apa yg diucapkannya..

       Jika Wani minum menggunakan straw.., air akan mengalir begitu saja melalui  hidungnya... Bila ada teman sekolahnya bertanya, “Kenapa dengan bibir mu?” Dia akan  katakan bahawa ketika dia bayi.. dia terjatuh dan terkena parang ayahnya, membuatkan bibirnya.. terbelah ..

        Wani lebih suka menggunakan  alasan ini daripada mengatakan bahawa dia  cacat semenjak lahir. Saat berusia tujuh tahun dia yakin tidak ada orang selain keluarganya yang menyayangi dirinya... Bahkan tidak ada orang lain yang menyayanginya..

         Saat itu aku naik ke kelas dua dan bertemu dengan Wani. Aku tak tahu apa nama penuhnya. Aku hanya memanggilnya Wani. Melihat dirinya..aku berasa sangat jijik padanya..aku selalu mengejeknya..membuatkan dirinya sentiasa menangis dengan usikan aku.. Tetapi tak ada orang yang menyintainya lebih daripada aku. Dan aku punya alasan tersendiri untuk itu...

Pada suatu ketika.. cikgu kami.. melakukan test kemampuan pendengaran; iaitu mendengar kata2 yang dibisikkan dengan satu telinga dan satu telinga lagi ditutup... Terus terang aku katakan..sulit baginya  untuk mendengar suara-suara dengan satu telinga. Tidak ada orang yang tahu akan cacatnya yang satu ini. Aku tahu.. Wani  tak mahu gagal dalam test ini.. kerana dia takut..dia akan menjadi satu-satunya anak dengan segala cacat di sekujur tubuhnya...Kelihatan..dia mula gelisah..Aku yg berada di belakangnya, selalu memerhatikan tingkah lakunya..Aku cuma diam membisu waktu itu..

Maka wani mula mencari akal untuk menyusun rancangannya. Dia cuma memerhatikan setiap murid yang ditest. Test tersebut sudah bermula.. setiap murid diminta keluar ke depan kelas, membalikkan tubuh, menutup satu telinganya dengan jari, kemudian  cikgu akan membisikkan sesuatu dari mejanya tulisnya. Lalu murid diminta untuk mengulangi perkataan cikgu tersebut. Hal yang sama dilakukan pada telinga yang satu lagi.. . Wani mula menyedari ternyata tak ada seorang pun yang mengawasi apakah telinga itu ditutup dengan rapat atau tidak. 

"Zul Fattah."..nama aku dipanggil..aku merapati meja cikgu..dan aku menutup telinga sebelah kanan aku..cikgu mula membisikkan kata2 "langit tidak selalu mendung"..aku dengar la.. begitu juga sebaliknya dengan telinga kanan aku..Ujian itu aku lulus..

Disebabkan aku tahu apa yang cikgu ucapkan pada aku..aku beritahu kepada Wani....Walaupun Wani tidak mengendahkan aku..aku mula mendekatinya.. dan aku membisikkan ditelinganya.."Langit tidak selalunya  mendung"..Erm..Wani terpaku seketika... tubuhnya yg terketar-ketar itu,..kaku buat seketika....Lalu aku kembali ketempat duduk ku..Aku tahu Wani dengar apa yang aku ucapkan..

Akal Wani sedang ligat berfikir..Maka dia mengambil keputusan untuk tidak menutup telinganya  dengan ketat..Lagi pun dia sudah tahu..apa yg cikgu ucapkan.."langit tidak selalunya mendung" dan "langit itu biru"..mengikut apa yg diperkatakan oleh rakan-rakan sekelas yg laian..perasaan nya yg berdebar2 itu sudah hilang...dia semakin tenang.. Kelihatan dia menarik nafas panjang  dan menghembus dengan perlahan-lahan...

Kini tiba pada giliran terakhir, giliran Wani... Wani berjalan ke depan kelas, membalikkan tubuh lalu menutup telinganya yang cacat itu dengan kuat tetapi kemudian perlahan-lahan merenggangkannya sehingga dia boleh  mendengar kata-kata yang dibisikkan oleh cikgu.

Wani  menunggu dengan berdebar-debar kata-kata  yang akan dibisikkan oleh Cikgu Suhaila. Dan Cikgu Suhaila, Cikgu yang cantik dan selau berbau harum, Cikgu Suhaila yang Wani cintai itu, membisikkan tujuh buah kata yang telah mengubah hidupnya selamanya... Cikgu berbisik dengan nada yg  lembut, “Mahukah kau jadi puteriku, wahai gadis manis?” Tanpa sedar Wani membalikkan tubuhnya, dan berlari, memeluk Cikgu Suhaila erat-erat, dan membiarkan seluruh air matanya tumpah di bahu Cikgu Suhaila.....

Semua murid terpaku seketika..Sampaikan aku sendiri, berasa basah dipipi aku.. ternyata..itu air mata jernih yg membasahi pipi aku.. aku berasa sangat gembira ketika itu.. Ternyata.. Cikgu Suhaila sanggup mengambil Wani menjadi anak angkatnya....Itulah kali pertama aku lihat Wani gembira semenjak pertama kali aku mengenali dirinya..

Besambung....

Nantikan sambungannya..minggu hadapan.. (jikalau cerpen ini mendapat sambutan la..)
sebab..ini kali pertama aku tulis cerpen.. huhu.. harap korang sudi baca dan comment la yg mana kurang dengan cerpen ini..
ok.. peace yo..
11 comments

Rabu, 22 Jun 2011

Aku Sudah Kenal Islam Itu Apa..


Sebagian besar orang memperoleh inspirasi dalam hidup mereka. Mungkin dari percakapan dengan seseorang yang dia hormati atau dari pengalaman yg dia tempuhi.... Apa pun bentuknya..., inspirasi ini..lebih cenderung membuatkan kita memandang kehidupan kita ini  dari sudut pandangan  yang baru ataupun.. pandangan yg berbeza dari sebelumnya..Mungkin.. kita tidak perasan akan perubahan ini..Tapi.. jikalau kita perhatikan bertul2.. kita telah berubah...

Itulah fitrah manusia..Apa yg aku nk ceritakan disini.. ialah.. tentang.. inspirasi aku .. mcam mana aku  mendapat inspirasi dalam hidup aku ini?.. dan macam mana aku menggunakannya untuk mengubah hidup aku..?

Aku mengimbas kembali.. sejarah silam aku.. perubahan aku..daripada zaman jahilliah kepada cahaya Islam.. bermula masa aku di Kolej Mara Kuala Nerang(KMKN)..
Ermm.. awal permulaan aku disana, aku dikenali dengan sikap jahat dan nakal aku..aku ingat dengan berlagak samseng disana aku dapat brjaya r.. aku silap..itu tidak mungkin berlaku.. kerana di sana.. bukan sama seperti di tempat aku..disini.. 
Budak Klate..semua orang kutuk aku dari belakang,..tak kira laki ke popuan.. budak2 luar memang pandang aku macam tu r.. tapi, bagi orang yg rapat dengan aku..diaorang tahu, siapa aku...
Memang..aku akui.. silap aku.. aku buat bising,..aku tak hormat korang semua..
Ok.. Aku mintak maaf....Maafkan aku..
semua benda jahat ini..aku buat masa semester satu jew.. disana..

Semester 2 inilah..aku berubah..aku mula kenal..siapa Allah.. yg aku lupakan ini..adalah Tuhan aku..
Allahuakhbar..
Aku mula belajar mengaji al-Quran..daripada member2 aku..semua kawan2 bagi support dan kata semangat....Aku rasa.. jiwa aku tenang sangat..tidak pernah aku rasa tenang macam tu..
Aku terasa..aku semakin dekat dengan Penciptaku..
Disinilah..aku mendapat inspirasi utk berubah..Alhamdulillah..aku mampu utk berubah..

Tapi.. setelah aku masuk di UniMAP.. amal ibadat aku menjadi seperti biasa jew.. tiada peningkatan..
Aku terasa..aku semakin menjadi seperti dahulu..aku perlukan pembimbing utk membimbing aku ke jalanNya....Aku jadi macam ni..sebab apa?
Ni sebab kawan2 aku..Terlalu ramai kawan yg aku jumpa..dan perangai yg berlainan..membuat aku semakin celaru..peribadi aku goyah semula..
Mana yg patut aku ikut..?

Malas rasanya nk ceritakan peribadi kawan aku..ni.. ada yang Alim..tapi, buat benda salah....ada yg tak solat..ada yg ikut hidup dia sendiri....
Aku nak tegurpun..aku masih baru..dan tak layak rasanya nk membetulkan cara hidup mereka..
semuanya aku berserah kepada Allah..

Di UniMAP.. aku kenal apa itu Usrah..aku sertai bawah pensyarah aku..En.Zuki.. banyak menolong aku..dan mengajar aku tentang Islam.. Roomate aku..Haikal, kerana banyak ilmu yg aku dapat semasa sebilik dengan ko..
Thanks yup..tima kasih kepada semua.. kerana mengubah diri aku.. aku selesa dengan diri aku sekarang..dan aku tenang hidup macam ni..ada Tuhan untuk disembah..
daripada leka dengan Belaian Syaitan..


23 comments

Jangan Mengeluh..


Sebagai manusia, wajarlah jika sesekali kita mengeluh dengan keadaan yang tidak sesuai dengan  keinginan kita.... Tetapi, tidak molek rasanya jika setiap kali kita menghadapi masalah..kita mesti nk mengeluh..

Mengeluh sepertinya sudah menjadi “tren”.... Contohnya saja dengan adanya jejaring sosial (FB) yang membolehkan kita share apapun yang kita alami. Ini secara tidak langsung dapat menjadi tempat utk kita melepaskan perasaan... Pentingkah menceritakan semua yang menimpa kita kepada semua orang?
Adakah dengan menceritakan semuanya dapat menghilangkan masalah itu? Tentu tidak kan..!!!.

Memang, mengeluh itu untuk menyelesaikan masalah kita. Yang terjadi ketika kita mengeluh, apakah kita berpikir untuk menemukan jalan keluar dari masalah tersebut..? Kebanyakan kita tidak berpikir jauh seperti itu. Secara tersirat, tujuannya hanya ingin orang mendengarkan keluhan  kita...
Sebenarnya, dengan atau tanpa mengeluh hidup tetaplah hidup. Yang harus dijalani walaupun penat.., yang harus dihadapi walaupun berat..., yang harus diakui walaupun rumit. Dengan terlihatnya, kelemahan kita.. ianya mejadi stu yg negatif..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut...

ok.. huraian hadis ini.. adalah..
1. Masalah atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan hidup ini... Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah...
2. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.
3. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya..., orang munafiq yang sentiasa membencinya...., orang kafir yang sentiasa memeranginya..., syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.... Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.
4. Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya:Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (al-Insyirah:6)
5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.

hadis rujuk sini...

Jadi wajarkah kita mengeluh..?

1 comment

Selasa, 21 Jun 2011

Siapa kenal Kurt Wenner?

Siapa minat melukis di sini..? Korang kenal tak Kurt Wenner..?
Sebenarnya aku ni.. jarang mengagumi seorang pelukis tanpa kritikan.. tetapi lukisan 3D jalanan Kurt Wenner memang amat mengagumkan!! aku melihat lukisannya dan aku terpaku sekejap.. wowww!!!.. it's really amazing!!! 


Siapakah dia Kurt Wenner?
KURT Wenner sudah sekian lama memukau orang ramai dengan lukisannya yang berkonsep tiga dimensi (3D). Namun rekaan terbarunya ini lebih mengagumkan...satu dalam sejuta..bakatnya ini..
Pelukis jalanan yang mempunyai kemahiran luar biasa itu yang juga bekas kakitangan Nasa berusia 52 tahun, menggunakan teknik pintar untuk menghasilkan rekaan berbentuk 3D.
Dan hasil kerja terbarunya, daripada Spider-Man di Jepun hingga ke pintu masuk Caribbean di New York serta laluan hutan hujan di South Bank, London, digabungkan dalam satu buku baru.
Apabila dilihat daripada sudut betul, pejalan kaki yang berdiri di atas lukisan itu kelihatan seolah-olah terapung di udara sementara bungkah konkrit muncul dalam bentuk curam yang dalam dengan ilusi pewarnaan menakjubkan.
Artis kelahiran Michigan itu mula menggunakan krayon dan cat untuk menghiasi jalan raya di Rome, Itali pada 1982.
Dia melanjutkan tugas lamanya, membuat pengiraan rumit untuk menghasilkan lukisan konsep lanskap dunia luar di Nasa, menjadikan lantai dan dinding seolah-olah hidup.

Mermaid

Dia kemudian mengembangkan pengetahuannya dengan teknik yang digunakan pelukis seperti Michelangelo untuk Gereja Sistine dan lukisan jalanan Itali abad ke-16.
“Lukisan jalanan seperti ini bermula di Rome pada penghujung zaman Pembaharuan, bermakna ia sekitar 100 tahun,” katanya.



Satu imej dari Curtatone, Itali pada 1987 menunjukkan bagaimana Wenner menghasilkan imej cermin model sebenar pada konkrit di bawah mereka, lukisan jalanan interaktif 3D yang pertama.
“Lukisan itu nampak hidup kerana pengiraan dibuat dengan tepat. Begitulah ia akan kelihatan jika objek dalam lukisan saya benar-benar berada di situ".katanya..


“Saya menggunakan tali untuk mengukur titik tetap antara lokasi melihat dan lukisan itu. Ia membolehkan saya mengira secara tepat bagaimana ia akan kelihatan".
“Saya mengambil masa antara lima atau enam hari untuk menghasilkan satu karya bersaiz sederhana,” katanya.

Bukunya, Asphalt Renaissance diterbitkan oleh Sterling Innovation.


Wenner menghasilkan lukisan ini pada 2008 di Stesen kereta Api Waterloo di London. Wang kertas kelihatan terapung dari bumi dalam lukisan diberi judul The Moneypit.



Wenner menghasilkan Northwest Fantasy pada April 2010 di San Francisco untuk Lembaga Pelancongan British Columbia.



Wenner mula menjadi terkenal dengan model yang kelihatan melihat imbasan mereka di Curtatone pada 1987.


dia menggunakan sebuah kolam di Queretaro, Mexico pada 2010 apabila menghasilkan Tiga Majusi melompat keluar dari air.
pelumba basikal Sukan Olimpik Britain, Bradley Wiggins bergambar dengan basikalnya di laluan Hutan Hujan Malar Hijau di South Bank, London pada Oktober 2010.


lukisan Spider-Man yang disiapkan Februari lalu di Universal Studios di Jepun lebih mengagumkan dengan kepingan kadbod untuk menyiapkan senario buku komik itu.

P/S: memang terbaik r.. aku meminatai bakat beliau dalam seni lukisan.. dan aku harap, satu hari nanti aku dapat belajar melukis seperti beliau..Huhu..Disebabkan aku pun masih baru lagi.. sekrang ni, aku nak perkemaskan teknik aku dlam melukis potret dulu..bagi nampak real..baru aku cuba benda ni..
apa2 pun... peace yo..hope u all have a nice day..
4 comments

Ikhlas Dalam Memaafkan Kesalahan Orang Lain


Ikhlas memaafkan kesalahan orang lain adalah suatu perbuatan yang tidak mudah, ...Apatah lagi.. jika kesalahan yang dibuatnya adalah suatu yang disengajakan untuk menyakiti hati kita. Tapi percayalah keikhlasan kita memaafkan orang yang berbuat salah pada kita akan membuat kita lebih tenang dalam menjalani kehidupan ini.

Sebagai seorang sahabat kepada sahabat..aku berasa terpanggil untuk menyuarakan isu ini.. kita sama2 hidup di muka bumi ini..sama2 sekampung...satu sekolah....dan...satu kelas... kenapa mesti nak bergaduh...
Aku tak faham r.. dengan sikap masyarkat sekeliling aku sekarang ini..asyik nk bergaduh jew.. buat salah sikit,mula la.. tak bertegur sapa... Adoi.. apa nak jadi ni...bukankah..Nabi telah berpesan kepada umatnya..

 "Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” 
( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )

Aku tak salahkan sahabat aku..jikalau dia nak bermusuh dngan sahabat aku... mungkin dia ada sebab masing2.. tapi cukuplah, sudah terlalu lama...aku pun dah naik muak tengok korang berdua ni..
Aku tak nafikan..aku ada juga rasa benci pada seseorang..tapi, itu dulu...sekarang aku sudah lupakan apa yg dia buat pada aku..Seorang sahabat ...yg aku percayai..sanggup tikam aku dari belakang...memang pedih r...nak menangis rasa ..bila diri aku dia buat mcam tu....Cukuplah...aku dah maafkan dia...Aku pun, sudah lama tak jumpa dia..Sebab dia la..aku terpaksa pindah sekolah.. hampeh...

Aku yakin jika kita selalu ikhlas memaafkan kesalahan orang lain, kita akan dipermudahkan dalam kehidupan.. paling tidak untuk ketenangan batin kita, agar tidak selalu diselimuti oleh dendam.

Dan satu yang paling penting adalah kekuatan doa dan kesabaran adalah kunci dari keikhalasan untuk memaafkan setiap kesalahan
8 comments

Biru Langit Hari Ini.. mengajar aku erti kehidupan..


Birunya langit hari ini mengajar  aku akan suatu hal, segalanya akan selalu berganti seperti indahnya langit hari ini, sebelumnya aku melihat mendung menutupi hamparan luas halaman langit, namun angin mematuhi melukis takdir yg Esa... menggantikan  kelabu langit mejadi biru nan elok, langit membiru seolah menitipkan senyuman kepada  matahari, mereka ingin kita selalu tersenyum, senyumlah untuk sekarang dan nanti sampai waktu  kita pergi,..belum pasti kita mampu tersenyum.. karena dengan senyuman semua hal yg tersirat kesedihan akan beransur menghilang dan membuat segalanya terasa lebih muda,... kala kesedihan itu menghampiri kita ingatlah, setiap kebahagiaan yang kita terima selama ini, sudah cukup untuk kita.... bukankah satu     kebahagiaan itu lebih besar nilainya..dibandingkan dengan satu kesedihan,... lalu apa lagi yang kita risaukan? Kerana setiap kesedihan atau kebahagiaan akan segera berakhir dan berganti dengan peristiwa lagi, sebuah proses pembelajaran untuk memahami mengapa kita hidup saat ini.

Aku berjalan hanya dengan mata hati, bernafas hanya dengan tekad, aku mendaki penuh dengan teka teki, dimanakah matahariku?

Matahariku selalu bersinar, namun makna sinarnya hanya mengenai mereka yang mahu membuka diri, meskipun cahayanya seolah menerpa setiap insan di muka  bumi ini,.. tapi, tiap tiap insan yang menerimanya..berbeza pengertiannya.., ada yang bingung mengapa matahari ini kadang2 bersinar.. kadang2 redup,.. ada yang sedih kenapa matahari redup hari ini,... ada yang risau akan tidak dapat melihat lagi indahnya matahari hari ini, dan ada pula yang berfikir mengapa matahari tidak pernah lelah bersinar? Kita berada dimana, kita berhak memilih...memilih utk mencintai Matahari...

Matahariku selalu bersinar, takdirnya memberi erti kehidupan ini, aku pun ingin seperti dia dengan segala kemampuan yang aku miliki saat ini, berusaha memberi erti, bukankah kita dilahir di dunia ini adalah dengan takdirNya, dan kita terlahir di dunia ini bukan tanpa tujuan melainkan membawa  pesanan Tuhan, hidup ini pilihan, dan aku telah putuskan, pilihan yang wajib aku perjuangkan. Aku dalam masa proses, tapi keyakinanku sangat kuat, aku harus berjuang kawan, kamu boleh..aku pun boleh...

Bila Aku jatuh nanti, Aku nak Melompat lebih Tinggi.
Tetap Semangat dan Hadapi setiap Episod Hidup dengan Senyuman
Everyone feels pain
But surely, after suffering satisfaction will arrive
Step by step, I want find that light
2 comments

RM10.3 juta untuk KL Gangster

Apasal keluar Mael Lambung ni...??

SEJARAH industri perfileman tempatan terus dicipta dengan bangganya apabila hasil tangan anak tempatan yang baru berusia 27 tahun, Syamsul Yusof terus dilakar apabila terbaru arahannya, KL Gangster membuat kutipan kasar RM10.3 juta...

Wooo...wooow...
memang best r cite ni...memang patut r dapat macam nie..Tapi yag aku tahu..Ianya akan bertamabah lagi menjadi 11 juta..kerana mengikut Syarat Wajib Tayang, masih ada seminggu lagi ditayangkan di panggung utama...

Kalau macam ni..Filem ni akan menjadi filem dalam sejarah r di Malaysia.....  Hantu Kak Limah Balik Rumah pun kalah la......

Filem yang mula ditayangkan pada 9 Jun lalu dan berdasarkan kutipan kasar itu, ia sekali gus berjaya menandingi filem Hollywood yang pernah ditayangkan di tanah air hingga hari ini....

Haha.. memang best r.. sapa2 yg belum tengok lagi.. pergi tengok cepat.. kalau tidak cite ni akan basi.. 
1 comment

MENULIS, ITU MUDAH, MENIRU TULISAN ORANG ITU SUSAH


Kadang-kadang kita perlu untuk mengeluarkan apa yang ada di dalam fikiran kita melalui penulisan.  Kenapa kita perlu menulis..?? Aku menulis ini..utk menyampaikan mesej.. mesej tentang Islam.. tentang perjuangan..tentang cara hidup aku ats muka bumi ini...Aku mengeluarkan.. idea aku...aku mengeluarkan percikan minda aku... dlam segelas memori yg telah usang..

Bukan niat aku..utk berkata2..disini... bukan sikap aku.. utk bermain kata2 di blog ini...Aku menjelaskan..apa yg aku fham..apa yg aku lihat.. dan aku yg aku kaji.. semua aku satukan...sebelum aku keluarkan satu2 entry..

Sungguh..apa yg aku nk cerita ini..Menulis itu mudah.Tapi utk meniru tulisan orang lain.. itu yg susah..
Kalau korang semua tak percaya.. cuba r tiru...kebayakannya..adalah copy paste jew..Bukan aku tak suka copy paste ni..Sebab aku pun buat macam tu juga..dlam utk meyebarkan ilmu..kita kena ambik yg benar dan tetap..Ni.. benda sudah benar dan tetap..tapi kita tetap juga nk ubah..Maka lain la jadinya..Maksud lari....ajaran baru datang..

Sebagai contoh..kalau pasal dakwah..copy jew.. tak payah ubah...lepas tu paste.... Tapi kalau pasal cite2 lain ..memang tak la.. kita nk copy kan... ambik.. edjust cikit... post r.. tapi kredit jgan lupa r.. nanti mengamuk tuan punya artikel tu..aku tak tahu..

Masa aku zaman sekolah dulu.. aku teringin nak tulis novel sendiri..aku asyik dengan novel Harry Potter..sampaikan aku membawanya setiap masa...di mana jua...BERSAMAMU... Walau dimana Jua..(ceh..ni iklan DIGI...buat apa menyemak kat sini ni..).. aku cuba utk tiru cara penulisan JK Rowling ni..tapi aku tak mampu bro...mesti akan keluar dlam kepala otak aku ni.. pasal Harry dgan member2 dia...
Adoi..tak boleh la... Jadi mcam mana nie...??

Memang tak boleh la.. sebab, itu karya org lain...aku dengan karya aku...
Lebih baik aku duk depan Laptop ni.. tulis jew apa yg patut... dan aku tahu...aku tulis cara aku..
cara budak kampung.. nak kenal dunia sebenar... hahaha...

dengan ini..memang terbukti la... bahawasanya... menulis itumudah.. meniru tulisan org itu susah..
2 comments

Isnin, 20 Jun 2011

Nama aku Zul Fattah Bin Saleh.. bukan patah..

Erm.. Malam2 ni.. apa la benda yg nak dibuat.. malas rasanya nak update blog hari ni.. 
penat tak hilang lagi.. nak tido pun, tak mengantuk..

Haa.. Aku nak cite sini.. aku baru lepas edit gambar guna photoscape.. baru nak belajar mengedit..
dapat la aku buat.. nak bagi cantik sikit gambar ni.. nampak elegent r.. amacam..??
asyik tengok gambar orang lain jew.. jeleous juga aku...

Ok la.. kita tengok hasilnya yg tak seberapa ni..


hehe.. mengalahkan model dalam Majalah Maskulin jew.. huhu..(gurau jew).. mana la layak aku nie.. kan..


Haha.. nak tergelak pulak.. posing macam nie.. lama dah aku nak tiru gambar budak popuan posing dalam FB huhu.. biasanya macam ni la.. gedik la.. x mo...x mo...


Gambar nie special utk someone jew.. tapi..... tapi...


Kurus kew aku??


harap2 lepas ni.. dapat r tercalon dalam bintang baru popular..kalau tak dapat...?
dapat masuk dalam majah sekolah pun jadi la...

huhu... just 4 fun utk malam2 nie.. daripada aku buat kerja yg tak berfaedah kat luar tu.. baik aku duk dalam rumah ni.. edit gambar... baca blog...berita... dapat juga ilmu .. 
Tiada apa pun yg istimewa dengan aku ni..Aku adalah seorang lelaki yg mencari Redha Ilahi.. itu jew..
Utk menghabiskan sisa2 hidup ini.. aku nak gembira mcam orang lain jew..dapat main futsal sama2...dapat pergi camping sama2.. dapat pergi jalan2 sama2...tapi semua itu sudah terbatas...aku tak boleh aktif mcam dulu lagi..
aku hanya mampu duduk depan laptop.. mengadap blog...FB..bca berita... main game..
Fuhh..bosan kan.. Tapi itu la aku... 

P/S: kepada Jusoh.. nama aku Zul Fattah Bin Saleh.. bukan PATAH... sedap ko.. jew panggil aku PATAH tangan la.. PATAH kaki la.... aku bagi kan... 
Mujur ko member baik aku jew.. kalau tak....
Jom ikut aku makan Mee Kuah di Kedai Dalam Rok...a.k.a (kedai dalam semak)..esok..
pukul 12 tengah hari..

2 comments

10 Sebab Mengapa Mat Rempit Masuk SYURGA

huhu.. 
Maha suci Allah dari segala sekutu. Tempat manusia berserah dan berwala’ kepadaNya. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW diatas rahmat yang dicurahkan baginda ke seluruh alam.


10 Sebab Mengapa Mat Rempit Masuk SYURGA

1. Bukankah Allah itu Maha Penerima Taubat. Mereka bertaubat. Mereka berazam betul-betul untuk tidak buat lagi perbuatan yang sia-sia dan berdosa. Insya Allah, mereka akan masuk Syurga.

2. Jumlah mat rempit di Malaysia sahaja sudah mencecah ribuan orang. Daripada mereka kamikaze di jalan raya, baik mereka melakukan ‘amali istisyhadiah’ atau dihantar jihad di Palestin. Berdasarkan pengetahuan penulis, peperangan di Palestin adalah perang jihad kerana mempertahan hak, nyawa dan harta orang Islam.

3. Menghantar pesakit ke hospital. Ini mungkin tidak sesuai untuk pesakit yang tidak sedarkan diri. Antara ‘basic knowledge’ bagi seorang Mat Rempit ialah, CILOK. Penulis kadang-kadang kesian melihatkan ambulan yang tersekat di dalam kesesakan jalan raya. Dengan bantuan Mat Rempit, insya Allah lebih ramai nyawa yang akan diselamatkan.

Kalau pesakit tak boleh nak dibawa, Mat Rempit akan ke hospital berhampiran dan akan membawa doktor dan petugas perubatan ke tempat kejadian dengan sepantas kilat.

4. Berlumba-lumba untuk solat berjemaah. Walau sibuk macam mana sekalipun, Mat Rempit tidak akan meninggalkan solat berjemaah. Dengan penguasaan track (jalan2) yang tinggi, mereka dapat mengetahui di mana kedudukan masjid dan surau dengan tepat.

Itu tidak lagi ditambah dengan pahala memboncengkan pakcik yang ditemui ditepi jalan untuk ke masjid.

5. Qiamulail. Seorang mat rempit telah terdidik untuk selalu berjaga tengah malam sehingga pagi buta. Terutama malam-malam minggu. Masjid dan surau-surau akan penuh dengan motor 125, RXZ dan lain-lain. Motor-motor ini tidak lain dan tidak bukan adalah milik Mat Rempit yang berqiamullail. Mereka menangis dalam solat tahajjud dan taubat. Bersungguh-sungguh meminta dari Allah dalam solat hajat. Khusyu’ dalam berzikir dan beristighfar.

6. Bincang masalah umat. Kebiasaan mat rempit adalah berkumpul dahulu sebelum merempit. Semasa dalam kumpulan ini, mereka akan membincagkan masalah-masalah umat Islam, isu politik, berbincang mengenai kekuasaan Tuhan dan banyak lagi. Perbincangan mereka adalah perbincangan yang tidak sia-sia.

7. Berkawal malam. Ada sebuah hadith nabi yang mafhumnya, seorang yang ‘ribat’ ditengah malam adalah lebih baik daripada seluruh dunia dan isinya. Yang dimaksudkan dengan ribat ialah berkawal di tengah malam. Mat Rempit akan bekerjasama dengan polis untuk mengawal masalah jenayah yang sering berlaku pada tengah malam. Macam super hero lah kiranya Mat Rempit ni.

8. Menghiburkan isteri dan keluarga. Jika dulu, Mat Rempit adalah sinonim dengan Bohsia dan Bohjan. Sekarang, Mat Rempit bukan seperti yang dulu. Mat Rempit selalu meluangkan masa membawa isteri dan kadang-kadang anak-anak berjalan-jalan menaiki motor.

Pada hujung minggu, Mat Rempit akan berpiknik dan mengeratkan silatur rahim dengan Mat Rempit yang lain.

Mafhum Hadith ‘Sebaik-baik kamu adalah yang melakukan kebaikan kepada keluarganya‘.

9. Menangkap peragut. Jiwa Mat Rempit yang suka menolong orang dalam kesusahan telah sebati. Dalam apa jua keadaanpun, seorang mat rempit selalu ‘alert’ dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Kes ragut yang disiarkan di dalam TV tidak akan berlaku jika Mat Rempit ada di tempat kejadian, kerana merekalah orang yang pertama akan menangkap penjenayah itu.

Selain daripada itu, seorang Mat Rempit dikurniakan Allah satu ’sense’ yang istimewa. (sixth sense lah ni). Mat Rempit dapat menghidu jenayah dari jauh dan dapat juga mengetahui niat jahat seseorang itu. Jadi, sebelum jenayah berlaku, seorang Mat Rempit mungkin akan mengalihkan perhatian orang yang berniat jahat tadi.

10. Tawakkal yang tinggi. Sentiasa bezikir. Sentiasa mengingati kematian. Membaca doa keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Ini semua adalah perkara-perkara yang seorang Mat Rempit akan lakukan ketika mula menghidupkan enjin motor hingga kembali mematikannya.

Mat Rempit sedar bahawa ajal dan maut di tangan Allah. Nyawanya boleh ditarik Allah bila-bila masa sahaja. Justeru, Mat Rempit selalu mempersiapkan dirinya menghadap Yang Maha Esa

Dengan segala sikap, sifat dan perkara yang ditulis di atas, adalah tidak mustahil bagi seorang Mat Rempit untuk masuk ke syurga.

===================

p/s: Post ini dibuat sebagai response kepada masalah Mat Rempit yang semakin menjadi-jadi. Namun penulis sangat yakin bahawa ada nilai perubahan terhadap mereka yang bergelar REMPIT ini. Buktinya disini.

Disclaimer : Tulisan ini dbuat bersandarkan Al-Quran dan Sunnah serta ilmu pengetahuan penulis. Ianya mungkin sahaja salah dan tidak bertepatan dengan natural seorang Manusia. Namun disinilah tugas ANDA sebagai harapan kepada Mat Rempit ini. Segala kritikan, komentar dan teguran adalah amat dialu-alukan.

BANGKITLAH BANGSAKU HARAPAN ITU MASIH ADA

sumber----> facebook..
5 comments

Aku tak percaya SKMM sudah kenal pasti si Hacker.

JELEBU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mengenal pasti identiti penggodam ratusan laman web tempatan termasuk portal rasmi kerajaan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, usaha mengesan penggodam terbabit dilakukan dengan kerjasama pihak polis.

“Laporan siasatan kes mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diserahkan kepada Peguam Negara selepas ia dilengkapkan.

“Kerajaan memandang serius serangan penggodam kali ini dan akan bertindak tegas kepada pihak didapati bersalah,” katanya selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu yang disempurnakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Musa Aman di Dewan Majlis Daerah Jelebu, Kuala Klawang dekat sini, semalam.

Rais bagaimanapun tidak memberitahu secara terperinci identiti penggodam terbabit.


credit---->berita harian

p/s:aku rasa, ini just cakap nak bagi org sedap hati jew.. haha, sebab, kalau betul SKMM sudah tahu.. kenapa tak tangkap jew.. Takkan la.. bodoh sangat si hacker nie.. sampai cuai begitu sekali..
mengikut pengalaman aku la.. sebagai seorang yg pernah buat benda2 macam ni.. (dulu ye.. sekarang tak buat dah)..susah utk kita kenal pasti hacker nie.. sebab dia kena masuk banyak cabang.. tak boleh la, masuk direct pergi serang.. laman2 web.. memang bodoh r kalau buat mcam tu..

kalau korang semua nak jadi hacker.. pergi r sambung belajar lagi.. dalam bidang mathematik..(probability)
peluang kerja cerah woo sekarang nie.. best woo. study subject nie.. kita boleh gonddam pasword org.. haha..
kejam kan..?? tak ada la.. utk mengelakkan kita diserang.. baik kita bersedia..amacam??
2 comments