+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Isnin, 10 Oktober 2011

Tip Hilangkan Boring di Waktu Pagi.

9:27:00 PTG

Share it Please
File:Jogging on Waikiki Beach.jpeg

Ya, aku tahu, korang dah lama hidup, sudah kenyang makan maksiat, sudah bosan mengumpul dosa, Cuma belum bersedia bunuh diri sahaja, lalu korang memerepek merapu utk menghilangkan boring..

(boringnya)

Dan aku tahu, manusia cukup takut untuk menjadi seorang yang boring dan hidup dalam dunia yang memboringkan, lalu korang keluar rumah untuk hilangkan boring, masuk kelab golf, masuk kelab kereta, kelab memancing, kelab catur, kelab malam, kelab karoeke, kelab dangdut, kelab mengumpul setem dan sebagainya, lalu dalam kesibukkan korang dengan hobi yang tidak boleh bawak masuk kubur itu, boleh pulak korang bangga menjadi orang yang tak boring kononnya dan pandang hina pada orang lain yang boring, tapi sebenarnya korang pun boring gak.., tak ke boring?

Aku masuk Kelab Robotic( Sunat ) dengan Kelab Angklung ( Wajib ).. pada hari yg sama.. mampuih aku, terpaksa korbankan salah satu dulu.. Haha.. Tapi aku lebihkan pada yg wajib buat masa ini..

Ok la.. aku nak jimatkan kos boring korang daripada habiskan duit untuk pergi ke semua tempat di atas yang mahal-mahal, memandangkan pulak kadar inflasi yang semakin naik dan kuasa beli yang semakin turun, di tambah harga minyak yang tak pernah turun, dan mas kahwin yang sentiasa naik, jadi..

Bagaimana hilangkan boring dengan kos yang murah?

Tip hilangkan boring di waktu pagi

Sebaik sahaja korang bangun awal pagi, tak payah tunggu apa lagi, terus kenakan pakaian sukan sepenuhnya, ikat tali kasut ketat-ketat, tarik stoking tinggi-tinggi dan pergi joging..

Namun aku tak nafikan, joging adalah antara perkara atau sukan yang boring jugak, oleh sebab itu korang kena buat kelainan sikit, baru tak boring..

Apa kata sebelum korang pergi joging, korang cari kayu dalam sekaki ke dua kaki punya panjang dan lepas tu korang basahkan hujun kayu dengan bahan api yang likat, kemudian korang ambik mancis dan nyalakan hujung kayu itu..

Maka siaplah sebuah ‘obor’, dan teruskan joging sambil memegang obor itu, ini akan dapat menghilangkan boring korang kerana ianya adalah satu perkara yang tak pernah di buat orang, unik dan lain daripada yang lain, dan sudah tentu korang akan menjadi perhatian seluruh warganegara yang ‘kagum’ melihat korang berlari seawal jam 6 pagi sambil bawak obor…

Tapi aku tak bertanggung jawab jika korang di pukul oleh orang kampong kerana korang disyakki nak pergi bakar rumah kak limah... (kito bakor.... kito bakor je...)

Woha!

Selain itu, korang boleh juga jogging sambil pakai kain sarung, memang kompem terbaik r. Bila korang jogging, kain itu akan berbunyikan? Jadi irama lagu semasa korang berjogging akan lebih menyerlah, dan korang jugak boleh jimatkan duit dengan membeli MP3.. haha,

erm.. setakat ni r kot..

Bersambung...

35 comments:

  1. aku takut ada orang pekik dari jauh, "hoi brader, dah boring sangat ke?" ha, apa nak jawab... jangan bagi jawapan boring, kang tak pasal-pasal dia sepuk terus boring terlentang atas katil hospital.

    BalasPadam
  2. kalau bosan kan.... akak....hmmm masak:)

    BalasPadam
  3. bedebuk bedebak kalo lari gune kain
    hahahaha
    cool gak tu
    kekeke
    ubah cr sumtin yg owg x buat
    okeh..nk lari gune kasut tumit tinggi plak pas ni
    hehehehe

    BalasPadam
  4. akan cuba praktikkan tips fatah ni...nnt kasi tips hilangkan boring waktu ptg plak..sbb akak slalu boring ms ptg..ehehe

    BalasPadam
  5. aku kalau boring time pagi..aku gi basuh pinggan mangkuk kalau ada dalam sink atau aku gi kemaskan bilik tido aku

    BalasPadam
  6. hahaha ayat yang last nanti saya praktikkan..;))

    BalasPadam
  7. hahaha ! yg tu mmg tapat boring gile tu !

    BalasPadam
  8. salam zul...wah berjogging mmg best waktu pagi merehatkn minda kita...:)

    BalasPadam
  9. hahahaha..zul ni mesti tengah mengalami keboringan ataupun ketandusan idea nak update ni. hehe.

    MOHD NASER.com

    BalasPadam
  10. kalo kt u ta boring sbb standard kls pagi.
    kalo tym cuty,lg2 ble kt umah jarang2 jmpe pagi...hehehe ^_^

    BalasPadam
  11. kalo boring sgt kn....guling2 atas rumput yg indah...wahhhh

    BalasPadam
  12. berlari dengan pakai kain sarung?pergh...kelam jadinya,hehe

    BalasPadam
  13. aq kalau da boring sangat...tidur je...hee~

    BalasPadam
  14. terlucut gak kain pelekat tu nanti.. hahahhaha... kan??? jangan lah takut merasakan hidup kita boring.. sebab boring juga satu perasa yang buat hidup kita berfungsi...:)

    BalasPadam
  15. klu boring aku buat tahi mate je...haha

    BalasPadam
  16. join angklung sebab wajib...mesti dah terer main nih!!

    BalasPadam
  17. Salam;
    Aku kalau boring sangat..aku usik anak bongsuku yg 4thn,ajak dia main guling2,lawan gusti dan mcm yg tak layak org dewasa main.

    BalasPadam
  18. hehehehehe... jogging... dah lama x berjongging..

    BalasPadam
  19. bernas sungguh idea ko wei..ko buat dulu pastu baru aku buat..

    BalasPadam
  20. buat sesuatu yang berfaedah utk hilangkan boring!! hee

    BalasPadam
  21. pagi2 bawak obor dh kira sewel dah tu ha3

    BalasPadam
  22. hahaha .. memang ilang boring tu .. dgn org2 nye skali ilang ..

    BalasPadam
  23. Part bawa obor tua best.. Bawak geng ramai sikit.. Tak ler malu sangat.. haha..

    BalasPadam
  24. mcm nak launch sukan olimpik je lari berobor..huhu :p

    BalasPadam
  25. boring awal pagi? hehehe.. cp gi layan citer katun arrr.. baru tak boring..:D

    BalasPadam
  26. aku kalau bosan tengok benda2 lawak kat u tube, ketawa berdekahhhh

    BalasPadam
  27. Takat ni lom pernah lagi ponteng jogging pagi-pagi...

    BalasPadam
  28. Kalau ganti obor tu dgn torch light boleh? Hheee

    BalasPadam
  29. hahahahaa....kita bako kita bako...ish2..adew jugk idea cmni...

    BalasPadam

Terima Kasih :D