+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Ahad, 21 Ogos 2011

Bila Kematangan Mula Menjengah Usia.

11:43:00 PG

Share it Please
Amcam? Nampak Matang tak?
Semua orang apabila meningkat dewasa, ingin menjadi matang.. tapi tak semua orang boleh jadi matang. Apa yang menbezakan kita adalah, kehidupan kita dan peluang untuk kita berinteraksi dengan orang lain. Mungkin ada di antara kita mengaku yang dia telah matang.. tetapi, sejauh manakah, kematangan dia? Aku pun x pasti, cuma apa yang lihat disini.. aku lihat diri aku, aku lihat sikap aku.. aku lihat keadaan aku sekarang yang semakin berubah.. dari budak hingusan kepada seorang remaja lelaki... Proses kematangan pada diri aku, masih berlaku...Mengapa?

Kerana Sekarang ini..
Aku sudah dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat aku tidak tercapai...
Aku mampu menyembunyikan perasaan aku yang terluka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa...
Aku sudah tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung...
Aku dapat menghadapi kebencian orang yang aku benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
Aku mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun aku ingin mendapat perkara yang aku fikir boleh dapat.
Aku sudah dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya aku tidak dapat hidup setaraf dengan rakan aku yang lain...

Aku juga mampu untuk berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud aku...
Aku dapat menerima kritikan atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
Aku memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Aku juga memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang aku tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Aku berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar aku minati, seperti berblogging...
Aku mengaku dengan jujur tidak tahu bila aku betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Aku menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
Aku akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa aku dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Aku dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Aku boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak aku sukai.
Aku dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Aku dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa aku adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Dan yang paling penting sekali, aku gembira dengan hidup aku sekarang..=)

11 comments:

  1. baguslah mcm tu....semoga usia anda sentiasa diberkati...gud luck ye...

    BalasPadam
  2. yess

    setuju, sedih tengok org2 kita yang tak berap nk matang walaupun usia dah banyak

    BalasPadam
  3. bukti seseorang tu matang...boleh kawal diri...betol tak?

    ^^

    BalasPadam
  4. pengalaman hidup mematangkan & mendewasakan kita ... :)

    BalasPadam
  5. kematangan tu subjektif kan~~~
    tahniah if anda rasa diri dah matang
    kekadang rasa diri dah matang..tp mst de kwn berdalih.. ko dah matang??macam budak2 jer..huk3..
    adehei

    BalasPadam
  6. bgus la...sy tk tau dh matang ke belum..huhu

    BalasPadam
  7. aiman rasa diri ini dah cukup matang..daa boleh kahwin..hahak..nice entry!!abg dah cukup matang kan??bila nak kahwin?

    BalasPadam
  8. @aiman : haha..tak ada la..aku cuma perasan aku ni dah matang.. kahwin lambat lagi la..tunggu graduate dulu.. haha

    BalasPadam
  9. pengalaman berkata kata orang.. :)

    BalasPadam
  10. saya belum cukup matang la nampaknya..hukhuk..

    BalasPadam

Terima Kasih :D