+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Khamis, 11 Ogos 2011

Ayat Suci Lebih Mudah Dilupakan.

2:54:00 PTG

Share it Please

DARIPADA Abu Musa, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 
"Selalu-selalulah membaca al-Quran kerana demi Allah ia lebih cepat lepas daripada unta ditambatannya." (Hadis riwayat Muslim)

Membaca al-Quran adalah ibadah paling utama selepas amal fardu yang diwajibkan Allah SWT.
Sesiapa meninggalkannya kerana keangkuhannya, nescaya Allah akan
membinasakannya.
Sesiapa yang mencari petunjuk pada selain-Nya, Allah akan menyesatkannya.
Kita diingatkan jangan melupakan al-Quran yang dibaca (diingat atau dihafal)
kerana Nabi SAW pernah bersabda: 
"Seburuk-buruk orang di antara kamu ialah yang mengatakan,"Aku lupa ayat ini dan itu," tetapi sebenarnya dia melupakannya.

Hafal al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu lebih cepat perginya daripada dada lelaki daripada unta (yang terikat)."
(Syaikhan dan at-Tirmizi).
Rasulullah SAW bersabda:
"Belajarlah kamu al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahlinya, di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya,
"Kenalkah kamu kepadaku?" 
Maka orang yang pernah membaca akan menjawab: 
"Siapakah kamu?" 
Maka berkata al-Quran: 
"Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku pada waktu siang hari.
Kemudian berkata orang yang pernah membaca al-Quran itu:
 "Adakah kamu al-Quran?" 
Lalu al-Quran mengakui dan melihat orang yang pernah membacanya menghadap Allah.

Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangannya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada ayah dan ibunya yang Islam pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga kedua-duanya bertanya: 
"Dari manakah kami memperoleh ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
 Lalu dijawab: 
"Kamu diberi ini semua kerana anak kamu mempelajari al-Quran."

Sekadar tazkirah petang, sama-samalah kita membaca AL-Quran di bulan Ramadhan ini, jikalau bulan lain kita jarang membacanya, ambillah peluang untuk membcanya di bulan yg mulia ini..

p/s : aku  masih lagi berusaha untuk khatamkn Al-quran..

10 comments:

  1. terima kasih... nice sharing...:)

    BalasPadam
  2. input yg bagus.. sedang berusaha juga :)

    BalasPadam
  3. thx for diz nice sharing... :)

    BalasPadam
  4. Salam kunjungan balas zulfatah..makasih ziarah blog contest sy...& slmt brbuka puasa!

    BalasPadam
  5. Salam kunjungan balas zulfatah..makasih ziarah blog contest sy...& slmt brbuka puasa!

    BalasPadam
  6. same goes here...;) pulun semua pulun!

    BalasPadam
  7. sama2la kita semua membaca al-Quran & sentiasa beristiqamah. Ketenangan pasti akan dirasai :)

    BalasPadam
  8. subhanallah.. semoga amalan kita semua beroleh ganjaran indah di alam sana..

    BalasPadam

Terima Kasih :D