+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Jumaat, 24 Jun 2011

Apa itu Islam? Mengikut Pandangan Aku..

10:45:00 PG

Share it Please


Sempena hari jumaat yg mulia hari ini.. aku nk bercakap tentang Islam..
Apa pandangan korang tentag Islam? adakah ianya sekadar nama atau agama..?
Korang semua tahu tak..? apa itu Islam sebenar..? Dahulu..aku juga tidak kenal apa itu Islam.. tetapi.. Setelah aku pelajarinya aku tahu apa itu Islam.. Ianya bukan sekadar nama sahaja..Ianya juga bukan sekadar agama sahaja.. Tetapi Islam ini adalah merangkumi, semua perkara.. di  atas muka bumi ini..Bukan niat aku untuk memberi ceramah disini.. kerana aku sedar siapa aku.. Ilmu agama aku cetek.. Banyak lagi yg perlu aku pelajari.. tetapi..Aku hanya sekadar mahu berkongsi,apa yg aku tahu tentang Islam..

Islam merupakan agama yang di turunkan oleh Allah kepada rasulnya.. Nabi
Muhammad (S.A.W) melalui malaikat jibril yang dibuktikan dengan Al-qur’an demi kepentingan
dan kesejahteraan umat manusia agar bahagia di dunia dan akhirat kelak. Jadi agama
islam sebenarnya diturunkan tidak lain dan tidak bukan untuk kesejahteraan seluruh umat
umat manusia. Ianya bukan diturunkan untuk bangsa..atau kaum..tetapi..untuk seluruh umat..Ingat..Seluruh umat.. Maka dari itu kita sebagai manusia yang telah diberi oleh Allah dengan akal
dan fikiran yang waras.. kita seharusnya sedar dan menggunakannya dengan sewajarnya.. Gunakan secara logik.. tentang Islam...Gunakan Akal untuk menegak Islam.. tetapi jangan Gunakan Akal untuk belajar tentang Islam.. melalui buku...atau kitab.. kerana.. jikalau kita belajar dengan kitab..gurunya adalah syaitan..
Belajarlah dengan ahli Sufi.. nescaya keberkatan akan datang kepada kita...

Ok..Kita nk kenal Islam..kita kena usaha..Jadi...
Dengan keingintahuan kita untuk mengenal islam dengan  lebih dalam.. kita seperti
sedang mencari asal, arah dan sumber dari segala sumber kehidupan yang ada dibumi ini,
sumber dari penggerak semua barang yang ada dialam dan apapun yang bergerak tanpa
ada yang menggerakkan kecuali dia Allah yang maha menggerakan segala sesuatu yang
tidak boleh digerakkan oleh hambanya..

Dengan sebahagian kecil kebenaran Allah yang aku sebutkan sebenarnya kita sudah
boleh bertanya dengan diri kita ini siapa yang menciptakan kita, untuk apa untuk apa kita
diciptakan, dan bagaimanakah sikap kita yang seharusnya sebagai makhluk yang telah
diciptakan oleh sang pencipta.
Sebenarnya jawapan dari pertanyaan itu semua sudah ada disekitar kita, baik dalam
Al-quran atau kejadian –kejadian alam disekitar kita yang diturunkan oleh Allah..

1 comments:

  1. nice entry!hidup ni satu jambatan yg menghubung ke alam akhirat..alam sana jua yg abadi

    BalasPadam

Terima Kasih :D