+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Isnin, 20 Jun 2011

Aku tak percaya SKMM sudah kenal pasti si Hacker.

11:36:00 PG

Share it Please
JELEBU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mengenal pasti identiti penggodam ratusan laman web tempatan termasuk portal rasmi kerajaan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, usaha mengesan penggodam terbabit dilakukan dengan kerjasama pihak polis.

“Laporan siasatan kes mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diserahkan kepada Peguam Negara selepas ia dilengkapkan.

“Kerajaan memandang serius serangan penggodam kali ini dan akan bertindak tegas kepada pihak didapati bersalah,” katanya selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu yang disempurnakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Musa Aman di Dewan Majlis Daerah Jelebu, Kuala Klawang dekat sini, semalam.

Rais bagaimanapun tidak memberitahu secara terperinci identiti penggodam terbabit.


credit---->berita harian

p/s:aku rasa, ini just cakap nak bagi org sedap hati jew.. haha, sebab, kalau betul SKMM sudah tahu.. kenapa tak tangkap jew.. Takkan la.. bodoh sangat si hacker nie.. sampai cuai begitu sekali..
mengikut pengalaman aku la.. sebagai seorang yg pernah buat benda2 macam ni.. (dulu ye.. sekarang tak buat dah)..susah utk kita kenal pasti hacker nie.. sebab dia kena masuk banyak cabang.. tak boleh la, masuk direct pergi serang.. laman2 web.. memang bodoh r kalau buat mcam tu..

kalau korang semua nak jadi hacker.. pergi r sambung belajar lagi.. dalam bidang mathematik..(probability)
peluang kerja cerah woo sekarang nie.. best woo. study subject nie.. kita boleh gonddam pasword org.. haha..
kejam kan..?? tak ada la.. utk mengelakkan kita diserang.. baik kita bersedia..amacam??

2 comments:

Terima Kasih :D