+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Sabtu, 31 Disember 2011

Tinggalkan Melayu Mu, Ingatlah Islam Agama mu..


"Aku berdoa semoga umurmu yang panjang ini dapatlah kamu mendekati diriNYA dan lupakanlah bahwa dirimu itu Melayu untuk seketika dan ingatlah selamanya dirimu itu adalah ISLAM."

Aku sayang kepada mu kerana engkau merupakan saudara seIslam ku.. Dan yang lebih penting, setiap kali aku lihat wajah engkau. Aku teringatkan arwah ayah aku.. Wajah kamu berdua sama sahaja..  tiada yg kurang dari rauk wajah kamu berdua.. Tapi, aku tiada gambar kenangan arwah ayah.. cuma gambar keranda hari kematian sahaja yg sempat aku tangkap.. Rindu terubat dengan melihat wajah kamu dr Mahathir..
17 comments

Jumaat, 30 Disember 2011

Kesunyian Yang Membawa Maut

Foto 

Mungkin berita ini telah lama, dan aku sekadar merungkai kembali berita ini. Perkara ini pernah keluar dalam berita harian beberapa bulan yg lalu. Setelah aku geledah dalam web BH aku jumpa la artikel ni.. Jadi aku nak share dekat sini untuk tatapan semua..

BENARKAH harta tidak boleh membeli kebahagiaan? Jika betul, apakah bentuk kebahagiaan yang boleh didefinisikan tanpa harta andai makan pun terpaksa meminta? Dan bagaimana pula ada keluarga kaya raya yang diketahui memiliki harta dan wang ringgit sebaliknya dibelenggu kesengsaraan dengan pelbagai episod duka yang membawa kematian secara tragik, termasuk membunuh diri?

Menepati kata-kata kaya tapi sengsara, biarpun punca kematian John Paul Getty III tidak didedahkan, apa yang diketahui dia berkerusi roda dan memerlukan penjagaan kesihatan yang rapi sejak 1981 apabila pengambilan dadah secara berlebihan menyebabkannya lumpuh dan hampir buta. Dia pernah menjadi subjek liputan media pada 1973 apabila diculik dan tuntutan wang tebusan mencecah lebih AS$17 juta. Bagaimanapun polis menolak dakwaan dia diculik dan sebaliknya satu penipuan bagi memeras wang datuknya. 

Kematian Lee (pewaris Samsung) terus memburukkan keadaan syarikat paling kaya, paling berpengaruh dan paling penuh rahsia yang sudah dikejar publisiti negatif termasuk pendedahan skandal rasuah.

Di Itali, kematian Edoardo ( pewaris empayar perniagaan dan kereta Fiat) ,selepas terjun daripada jambatan di Turin ketika berusia 46 tahun, dilihat sebagai kes bunuh diri tragik tetapi di Teheran, dia diagungkan sebagai syahid kerana dibunuh oleh rejim Zionis itu.

Sukar mencari punca yang mengelirukan pewaris berstatus jutawan itu sehingga kematian mereka berakhir secara menyedihkan. Jika kemurungan dan tekanan menjadi penyebab, mereka mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk mendapatkan bantuan pakar. Mungkinkah juga, kekurangan kasih sayang menjadi puncanya dan benarlah harta dan wang yang melimpah ruah, tidak mungkin dapat menjadi pengganti kasih sayang dan kunci kebahagiaan..

mahu lebih lanjut disini

P/s: mujurlah aku dilahirkan dalam keluarga yg biasa, Islam, dan harmoni. Ini menjadi pengajaran kepada aku, dan Islam itu sendiri juga menekankan kita agar bersederhana dalam kehidupan... Harta tak penting di dunia ini.. yg penting... ilmu yg berguna, anak yg soleh.. dan sedekah jariah.. yg boleh kita bawa ke akhirat..
11 comments

Khamis, 29 Disember 2011

Benarkah Kita Berjuang?


Wahai orang yang beriman ! Apa yang telah berlaku kepada kamu ?

Apabila kamu diseru , agar turun ke medan untuk memperjuangkan agama Allah swt. tiba - tiba kamu memberatkan papan punggung kamu ke permukaan bumi [ malas ]

Kenapa jadi begitu ? Adakah kerana kamu lebih sayang kepada kehidupan dunia berbanding kehidupan akhirat ?

Ketahuilah ! Sesungguhnya kehidupan dunia yang kamu dambakan itu , berbanding akhirat yang telah dijanjikan oleh Allah swt. adalah sangat kecil nilainya disisi Allah swt .

Jika sekiranya kamu lengah untuk menunaikan amanah perjuangan , nescaya kamu akan diazab oleh Allah swt dengan azab yang sangat pedih .

Maksud Firman Allah swt dari surah at Taubah . Ayat : 38 - 39
Seseketika dalam mengharungi perjuangan ini , alangkah kita duduk sejenak untuk menganalisa atau bermuhasabah diri . Memandang jauh ke dalam jiwa dengan menyelaminya secara jujur dan telus terhadap diri sendiri . Lalu kita ajukan pada diri satu soalan , benarkah kita berjuang ?

Berjuang yang dimaksudkan di sini ialah bekerja gigih dengan segala upaya dan daya malah mengambil segala ruang dan peluang untuk menjulang kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia , meskipun terpaksa berhadapan dengan tribulasi dan implikasi yang mengancam kepentingan diri .

Atas alasan dan tujuan tersebut , kita menyertai jamaah Islam ini bagi memastikan aspirasi perjuangan suci itu dapat kita laksanakan secara lebih berkesan . Persoalannya , benarkah kita berjuang ?

Benarkah kita berjuang ? Kalau hanya mengisi borang dan mendaftar diri sebagai anggota jamaah Islam tetapi gagal untuk komited [ iltizam ] dengan segala aktiviti amal jamaei yang dianjurkan oleh jamaah . Kita hanya mampu mentarbiyah tetapi tidak boleh ditarbiyah . Mampu mengarah tetapi tidak boleh diarah . Mampu menegur tetapi tidak boleh ditegur .

Benarkah kita berjuang ? Dengan hanya semata - mata kerap menghadhiri ceramah - ceramah umum tetapi liat untuk hadir dan menekuni program - program khusus seperti usrah , liqa fikri , tamrin , mukhayyam dan pelbagai aktiviti spiritual seperti qiamulail , al mathurat dan zikrullah . Program ceramah dilihat lebih penting sebab kita dapat publisiti sedang usrah ni hanya dihadhiri oleh 10 orang , tidak glamour langsung !

Benarkah kita berjuang ? Apabila kita selalu sahaja gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah digalaskan ke atas pundak kita sebagai pimpinan jamaah walau dimana peringkat posisi kepimpinan kita. Mesyuarat sering tidak hadhir dan kalau pun hadhir hanya dengan kepala kosong . Lebih malang, ada mesyuarat dalam mesyuarat dan ada mesyuarat selepas mesyuarat .

Benarkah kita berjuang ? Sedang banyak masa kita habiskan untuk bersahaja dan mengelamun dalam mengimpi kemenangan . Hanya pandai mengomel dan mengkritik kesalahan anggota jamaah yang lain tetapi kita sendiri hanya mampu berdiri di tepian gelanggang . Kerja kita tidak beres tetapi nak ambil kerja orang lain . Kalut tidak bertempat .

Benarkah kita berjuang ? Seringkali kita mengabaikan hak ukhuwwah atau persaudaraan Islam sesama anggota . Cepat berburuk sangka malah sedikit berbeza pendapat kita terus menyerang pemikiran dan peribadinya seolah - seolah ia adalah musuh tradisi perjuangan kita. Kita rasa hanya kita sahaja yang hebat, berilmu dan berpengalaman. Pintar berhujjah dan berdebat. Kita pandang sahabat pun hanya dengan sebelah mata, penuh rasa benci. Senyum dan bersalam hanya untuk bermuka - muka.

Benarkah kita berjuang ? Suka sangat kita dedahkan rahsia jamaah . Setiap bilah dan patah perkataan yang dibincang dalam mesyuarat kita tulis dalam blog atau web site . Kita jadikan ia bahan sensasi untuk melariskan web site kita jua dengan harapan orang kata kita berani menegakkan kebenaran dan berani melampirkan fakta. Hanya kita yang mahu mempertahankan Islam dan jamaahnya sedang orang lain adalah pengkhianat yang perlu ditumpaskan.

Benarkah kita berjuang ? Kerana wawasan dan sesuatu gagasan pemikiran itu dilahirkan oleh pemimpin atau anggota jamaah yang kita tidak suka, maka kita tolak mentah - mentah. Lebih malang kita kasar dalam menolak dan kita lancang dalam berbicara. Langsung kita tidak hiraukan adab ikhtilaf sebaliknya apa yang kita inginkan ialah bagaimana kita nak menang dan pandangan kita yang diterima pakai .

Benarkah kita berjuang ? Kita sanggup mencantas sahabat seperjuangan dengan cara yang tidak bermoral agar dia jatuh dan kita yang naik jadi pemimpin . Kita melobi habis kawasan dan negeri bagi memastikan kita atau calun pemimpin yang kita suka mencapai kemenangan . Soal mampu atau tidak , soleh atau tidak bukan lagi menjadi ukuran. Ukuran tepat ialah dia mesti dari team kita .

Benarkah kita berjuang ? Wala' atau taat setia kita telah berbelah bahagi , bukan lagi kepada pimpinan jamaah tetapi di sana ada individu berpengaruh dan ia berada di luar jamaah yang sangat kita kagum karektornya . Sedang pimpinan kita sendiri dilihat kolot dan tidak hebat . Kita tidak berdiri teguh di belakang pimpinan kita sebaliknya kita teguh berdiri dan menyokong pemimpin dari luar jamaah kita sendiri .

Benarkah kita berjuang ? Hubungan kita hanya terhad kepada golongan dan team kita . Dakwah kita tidak melebar kepada semua golongan termasuklah non muslim . Kita hanya hebat dalam gelanggang kita sendiri . Kita orang PAS ceramah pasal PAS dalam markas PAS kepada orang PAS, habis tu bila Islam ni nak lePAS?

Benarkah kita berjuang ? Peribadi kita tidak melambangkan inspirasi perjuangan . Kita malu sipu nak jelaskan dasar perjuangan kerana keterlaluan mahu menjaga hati . Suara Islam mahu diliberalkan atas alasan orang belum memahami Islam . Penampilan diri juga dinuetralkan agar tidak dianggap fundamental .

Benarkah kita berjuang ? Kita banyak ketawa dan hidup dalam kemewahan . Kita tidak mampu menyelami kesusahan dan kepayahan yang dihadapi oleh para murabitun jamaah yang ikhlas berjuang , jauh sekali untuk rakyat yang terhimpit . Gaya hidup hampir menyerupai musuh malah meluka perasaan anggota jamaah sendiri .

Benarkah kita berjuang ? Ibadah kita kurang . Hubungan kita dengan Allah swt jauh . Gagal solat berjamaah dan membaca al quran pada kekerapan yang lebih berbanding orang awam . Kehalusan budi dan ketulusan hati tidak kita dimiliki . Ucapan kita menampakkan kesombongan dan tindakan kita tidak berhemah. Suka pandang rendah pada orang lain jauh sekali mahu menghormati mereka .

Benarkah kita berjuang ? Kadang - kadang kita pun keliru mengenai konsep kepimpinan jamaah kita sendiri. Kita sebut kepimpinan ulama' tetapi kita tidak beradab dengan ulama'. maki hamun ulama' dan menista mereka menjadi kalimah yang meniti di bibir kita tanpa rasa bersalah apalagi berdosa .

Benarkah kita berjuang ? Kerana kita pun tidak jelas matlamat dan hala tuju perjuangan . jamaah kita ni gerakan Islam ke? atau parti politik semata? Slogan perjuangan pun gagal kita hayati. Matlamat kita, dustur kita, landasan kita, ikutan kita, cita - cita kita tidak mendarah daging dalam diri kita. malang, sering kita ni cakap lain tetapi tindakan kita lain pula.

Benarkah kita berjuang ? Banyak sungguh dosa kita . Makin berjuang makin tambah dosa . Dosa mengumpat , dosa mengutuk , dosa salah sangka , dosa mencantas , dosa memfitnah , dosa menipu , dosa tidak taat kepada pimpinan , dosa tidak tunai amanah perjuangan , dosa dedah rahsia jamaah , dosa khianat kepada sahabat seperjuangan , dosa hipokrit , dosa melukakan hati anggota jamaah , dosa dedahkan aib pimpinan dan anggota jamaah , dosa mata , dosa tangan , dosa kaki , dosa telinga , dosa mulut , dosa hati , dosa otak , dosa .... , dosa .... , dosa .....dan dosa .....

Ya Allah ! benarkah kita ni berjuang ? Atau kita selama ini hanya bermain dan menambah beban dosa dalam perjuangan buat diri kita sendiri .

Hayya bina nu'min saah ! ayuh kita kita bersimpuh seketika untuk kita merenung [ introspection ] jauh ke dalam jiwa kita . Terlebih dulu kita buangkan segala alasan membela diri , sikap menyalahkan orang lain dan rasa diri dipihak benar . Sebaliknya cari alasan untuk menyalahkan diri agar kita insaf , jangan bela diri supaya dirasa diri kita juga perlu dihukum dan kumpulkan rasa bersalah itu atas diri kita sendiri agar kita tidak angkuh untuk mengakui kesilapan sendiri .

Sahabat ku semua , marilah kita bermuhasabah agar kita dekat dengan Allah swt dan kita segera diberikan nusrahNya . Insyaallah , muhasabah ini akan memulihkan hubungan kita yang retak, perjuangan kita yang tergugat, dan kedudukan kita yang kian jauh dari Allah swt .

Masih banyak item untuk dipersoalkan pada diri kita dengan mulakan pertanyaan benarkah kita berjuang ? semoga kita diredhai oleh Allah swt .

Selamat berjuang sahabat ku !

Idea asal oleh episod perjuangan..
17 comments

Rabu, 28 Disember 2011

Fitnah Perosak Pemecah Silaturahim..


 

Tersebutlah kisah di zaman dulu. Di sebuah kampung, ada dua orang sahabat rapat. Nama dua sahabat ini ialah Hitam dan Putih. Teramatlah baik mereka ini sehinggakan orang ramai mengatakan mereka ini adik beradik.

Nak di jadikan cerita, satu hari berlakulah pertengkaran besar antara mereka. Besar sungguh sengketa mereka hingga mulai dari hari itu mereka tidak lagi bertegur sapa. Bukan itu sahaja, disebabkan teramat marahnya Hitam terhadap Putih, habis semua cerita buruk Putih yang sebelum ini disimpan oleh Hitam diceritakan kepada orang lain. Biasalah manusia, nak menyedapkan cerita-cerita ini, Hitam mula menokok tambah sana sini rahsia Putih.

Putih amatlah sedih dan marah apabila mendengar cerita-cerita yang dihebahkan oleh Hitam itu. Disebabkan itu, Putih jatuh sakit. Makin lama semakin teruk penyakit Putih hinggakan orang-orang kampung merasakan hidup Putih sudah tidak lama lagi. Maka orang-orang kampung bersungguh-sungguh memujuk Hitam agar berdamai dan memohon maaf dengan Putih. Mula-mula disebabkan ego, Hitam berkeras tidak mahu memohon maaf. Tapi orang-orang kampung itu tidak berputus asa. Maka teruslah mereka memujuk Hitam hingga lembut hati Hitam.

Maka pergilah Hitam menziarahi Putih. Hitam memohon maaf dari Putih. Namun Putih hanya berdiam diri sambil memandang sayu terhadap Hitam. Setelah berkali-kali Hitam cuba memohon maaf, Putih menyatakan beliau boleh memaafkan Hitam dengan syarat Hitam membelikan untuk beliau seguni kekabu. (bahan yang digunakan untuk mengisi bantal). Bergegaslah Hitam pergi mencari seguni kekabu. Puaslah Hitam mencari kekabu tersebut di pasar. Nasib menyebelahi Hitam apabila Hitam berjaya membeli kekabutersebut dari seorang wanita tua.

Hitam lalu bergegas semula ke rumah Putih dan menyerahkan kekabu tersebut kepada Putih. Sekali lagi Hitam meminta Putih memaafkan beliau. Kali ini, sebelum beliau memaafkan Hitam, beliau meminta Hitam menaiki satu tempat yang paling tinggi di kampung mereka itu dan kemudian menebarkan segala kekabu dalam guni itu agar kekabu itu berterbangan dan memenuhi segenap pelusuk kawasan di situ.

Hitam tidak banyak soal. Dia lantas memikul guni kekabu itu dan mencari tempat paling tinggi di kampung mereka itu. Cari punya cari, sudahnya Hitam ternampak sebuah bukit dan tiadalah tempat yang lebih tinggi dari puncak bukit tersebut. Dengan susah payah, Hitam mendaki bukit tersebut sambil memikul guni kekabu itu. Sampai di puncak, Hitam termenung sejenak memerhatikan keindahan alam. Setelah puas, Hitam mula menebarkan segala kekabu dalam guni tersebut hingga tiada langsung kekabu dalam guni itu. Hitam memerhatikan kekabu itu terbang ditiup angin hinggakan ada kekabuyang terbang itu hilang dari pandangan beliau. Dilipat guni yang kosong itu dan hasrat Hitam mahu membuktikan apa yang dipinta Putih telah ditunaikan beliau.

Dengan hati yang girang, Hitam berjalan menuju ke rumah Putih. Sangkanya kali ini, Putih pasti akan memaafkan beliau. Sampai sahaja di rumah Putih, ditunjuk guni yang kosong itu kepada Putih. Hitam dengan penuh harapan memohon maaf kepada Putih. Putih memandang tepat smbil berkata dengan perlahan-lahan. "Hitam, jika kamu benar-benar ingin aku memaafkan kamu, aku ada permintaan terakhir. Aku pasti memaafkan kamu jika kamu laksanakan permintaan aku ini. Aku mahu kamu kutip segala kekabu yang telah kamu tebarkan dari puncak bukit itu tadi!" Terduduk Hitam mendengar permintaan Putih itu.

Apa pelajaran dari cerita ini?
Fitnah itu amat menyakitkan. Belum tentu sakitnya boleh sembuh dan terubat walaupun dengan pelbagai cara yang digunakan untuk menyembuh penyakit terkena fitnah ini. Selepas apa yang telah Hitam lakukan terhadap Putih, agak sukar untuk Putih memaafkan Hitam walaupun mereka pernah menjadi sahabat baik suatu ketika dulu. Cerita ini adalah untuk pengajaran kita semua. Semoga dapat dijadikan teladan. InsyaAllah.

sumber : tidak diketahui.. 
25 comments

Selasa, 27 Disember 2011

Sayap Ilusi Kian Muncul..


Pagi-pagi hari ni, dengar lagu kan best..? Nak pasang radio, tak de radio kat rumah ni.. buka laptop layan Fb lg best,.. Tiba-tiba.. Zaaazz.. (kedengaran  sayup-sayup lagu Sayap Ilusi daripada WING.. ) dari rumah jiran sebelah... bercampur dengan ringtone My Girl dari phone kawan aku yg duk study di sebelah ni... Tapi telinga aku, aku fokuskan kepada Lirik Lagu WIng tersebut...

Semakin jauh aku renungi diri
Semakin dekat kekasih di hati
Dia mentari akulah sinarnya
Dia lautan akulah airnya

Kalaulah ada selain dari mu
Biar ku hancur dan menjadi debu

Bila hadir cinta yang satu
Tidak ku peduli sejuta pun
Menghukum aku dengan dusta
Teracap dunia akhirnya

Kerana cinta
Biar aku dianggap gila wooo...
Terbang dengan sayap illusi
Bertutur dalam bahasa hati

Bila hadir cinta yang satu
Tidak ku peduli sejuta pun
Menghukum aku dengan dusta
Teracap dunia akhirnya

Bila hadir cinta yang satu
Jangan ditanya siapa dia
Tanya Dia siapa kita
Dan pulang ke mana akhirnya

Kerana cinta
Biar aku di anggap gila wooo...
Terbang dengan sayap illusi
Bertutur dalam bahasa hati

Lalala... eh.. dah habis dah? Korang pernah dengar tak lagu ni? Ini first time aku dengar lagu ni..? Tapi macam best jugak r, Irama yg slow dan ada gaya gemersik merdu.. Memang terbaik r lagu ni. Dalam banyak2 lagu kumpulang WING.. Aku suka dengar lagu ni. Sesuai utk didengar 3 kali sehari selepas makan..

Mengungkap soal cinta ni..? Dah berbuih mulut aku bercakap soal cinta.. Semakin ditolak, semakin ia datang.. Malas nak layan.. JOm STudy lu..
20 comments

Isnin, 26 Disember 2011

Selamat Bertunang Kakak..


Hari ini, adalah hari pertunangan kakak aku, Rogayah Bt Saleh.. Sebelum tu, aku nak ucapkan Selamat Bertunang Kepada Kak Yah.. Masalahnya sekarang ni, aku tak dapat apa-apa info tentang tunang kakak aku tu.. Nama pun aku tak tahu..? Orangnya lagi la.. Demm... 

Ini semua bersebab.. aku duk study kat Perlis.. Kakak aku bertunang kat Cheras..
Manalah aku boleh pergi..? Sekarang sibuk dengan exam..

Lagi satu sebab.. kakak aku ni, masa kecil-kecil dulu, bukan Mek aku yg Pelihara.. orang lain, sebabkan ayah dengan Mek aku miskin masa tu.. diaorg bg org lain jaga.. Aku pun baru tahu masa aku form 3 or form 4 kot.. Aku pun dah tak ingat.. Jadi aku tak berapa rapat sangat la.. Kalau jumpa pun, setahun skali je.. Hari Raya je la baru boleh jumpa.. 

Disebabkan dia dijaga oleh org lain, akhirnya dapat jugak dia jd Cikgu.. Haha.. Tapi kami adik-beradik yg lain.. semua kerja kg je.. paling tinggi pun, askar prebet.. jd aku, sebagai anak yg last skali.. btanggungjwb utk berjaya dlm keluarga aku ni...... Aku akan buktikan yg Mek dgan arwah Ayah tak sia-sia didik kami 9 adik bradik..  

Apa-apapun.. memang betul la..  pertunangan ini kena rahsia..  tak gitu?

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan/hebahkan) tentang perkahwinan”

(Hadis Riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu’anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

p/s: lpas ni, kena contact kak aku.. tanya nama tunang dia.. nampak sangat Jakun nye aku ni..?
28 comments

Korang Boleh Jawab Tak?


Cuba jawab soalan ni? menggong brasa. ni member aku punya pasal r ni, dari mana entah dia dapat gambaq ni. Aku tak de nok kaji doh..  

p/s: sory.. entry lama dlam simpanan.. baru nak publish.. haha..
19 comments

Ahad, 25 Disember 2011

I Love My Dad


Tiba-tiba hati ini teringat kat arwah ayah... Rindu pulak rasanya... Dikala kesepian dan sendirian meniti hari-hari final exam. Ya Allah, kuatkan semangat aku dan bagilah aku kekuatan utk menuntut ilmu mu Ya Allah...

mood : blurr... 
33 comments

Sabtu, 24 Disember 2011

Kenapa Wanita Dunia Cantik?

Amacam? dapat jawab tak soalan teka teki aku dalam entry sebelum ni? Nampaknya, rata-rata daripada jawapan yg aku terima, masih belum tahu apa itu jawapan sebenar disebalik kilas ayat teka teki tersebut..
Baiklah.. aku ulang balik yup..:

muslimahmokuliah


"KeCantiKan bidadari memaNg tiada dUanya,
namUn, wanita dUnia lebih mULia & tiada tandingannya"


Sebab apa? Sebab mereka (wanita dunia) bersUsah payah beribadah seWaktu di dUnia itu je jawapan dia.. yg korang pi melalut tempat lain tu ape hal?

Ok.. aku cuba jelaskan dengan lebih terperinci mengikut kefahaman aku yup.. Sepertimana yg kita tahu.. Bidadari ni memang cantik r.. sampaikan kecacntikan Rozita Che Wan pun tak boleh tandingi Bidadari ni.. Tapi, bidadari ni, dah memang cantik pun, sebab Allah cipta mereka dgan kecantikan yg kita sendiri tak boleh bayangkan.. 

Jika kita bandingkan wanita dunia ini dengan bidadari.. dari segi cantik luaran memang kalah r wanita dunia.. Tapi Allah tidak melihat dari segi fizikal, Allah melihat dari dalam diri Wanita itu sendiri.. Baik buruk hanya Allah yg Tahu. Cantik wanita dunia kerana mereka bersusah payah beribadat di dunia ini.. Tambah2 lagi wanita dan umat akhir zaman ni.. Bukan senang nak beribadat kepada Allah, bukan senang nak mendekatkan diri kepada Allah.. 
Kemuliaan wanita solehah telah digambarkan oleh Rasulullah Saw. dalam sabdanya,
  “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita shalihah”. (HR. Muslim).

Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Kenape tak percaya ke?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Jadi sebagai kesimpulannya.. memang benarlah wanita solehah ini lebih mulia dan cantik dari bidadari syurga..
rujukan hadis : disini dan disini
21 comments

Jumaat, 23 Disember 2011

Cantik Wanita DUnia...


"KeCantiKan bidadari memaNg tiada dUanya,
namUn, wanita dUnia lebih mULia & tiada tandingannya"

Ok.. ape yg korang semua paham dengan ayat di atas? Haa.. cuba jelaskan pada aku? Kenapa wanita dunia lebih mulia?
18 comments

Khamis, 22 Disember 2011

Rasuah Is the Best Way to Successzzzzz...

Hahaha... baru dapat upload gambaq aku.. demm server UniMAP.. slow macam siput babi...  Pada hari selesa lepas, ala kelmarin dulu la.. Pusat Kejuruteraan UniMAP ada menganjurkan Pertandingan MuROC peringkat Internal... Pertandingan ini diadakan untuk pemilihan team robot bg mewakili UniMAP ke peringkat kebangsaan yg akan diadakan pada bulan Febuari Tahun depan. 

Seperti biasa, ada 3 ketegori yg dipertandingkan. Paintball, Firefighting dan Rope Climbing. Pengajuran kali ini boleh aku katakan FAIL... dengan marsial yg berat sebelah dan PPK Mekatronik (PPK aku r) diboikot dan disabotaj... Seburuk- buruk marsial MMU, buruk lagi marsial ni.. Gile ke ape? benda cam ni pun nak main rasuah ke? 

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
 “Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukum.”
(riwayat Ahmad, Termizi, Ibnu Hiban).

Ha.. inilah hasilnya aku tak tidur lena 3 malam berturut-turut, nak siapkan benda ni la.. Rope Climbing robot..
Alhamdulillah, game ini team aku menang dan dapat pergi ke Peringkat Kebangsaan..

cuba teka.. yg mana satu aku?

Aku malas r nak cerita panjang.. yg lepas tu biarlah lepas..  Jadi secara keseluruhan, PPK Mekatronik mendapat Johan dalam Rope Climbing dan Fire Fighting.. Bagi game Paintball, team kami boikot perlawanan sbab marsial yg berat sebelah.. 


Adat permainan, ada yg menang dan ada yg kalah.. Pasal lain kami semua puas hati, tp pasal game Paintball, kami agak terkilan jugak r dengan keputusan judge yg bagi -5 kat team kami...  Untuk pengetahuan korang semua, team Robot Mekatronik, kami buat sendiri robot kami.. dan terpaksa berjaga malam utk siapkan.. lagipun masa yg kami ada hanya 3 hari je.. Sebelum gamez start..

Tapi PPK lain.. robot mereka semua, lecturer yg buatkan, diaorg just main je.. Jadi sia-sia r usaha kami, jikalau judge buat camni kat team Mekatronik..!!!  Mungkin team lain jelous kot.. sebab Team Mekatronik je yg slalu jadi wakil U untuk peringkat Kebangsaan..? Apa2 pun.. sabor je la.. menang di Internal kita tak boleh nak bangga sangat.. kita tengok team diaorg main di Kebangsaan tahun depan... haha.. boleh main ke tak?

32 comments

Isnin, 19 Disember 2011

Aku Berani Untuk Membuat Kesalahan

Siapa disini seorang pelajar? Ok.. Bercakap soal belajar, apa yg korang tahu erti belajar? Cuba jelaskan kepada aku. Aku masih belum mengerti apa itu erti belajar... Mungkin pengertian yg aku faham adalah salah dan mungkin betul bagi aku sahaja.

Apa yg ingin aku jelaskan disini, Pengertian belajar yg aku fahami ialah Berani Untuk Membuat Kesalahan. Ok.. Aku cuba jelaskan secara lebih detail mengenai erti belajar ini. Aku sebagai student, memang menjadi kewajiban aku untuk menuntut Ilmu kan? Setiap kali aku menuntut Ilmu, banyak kali kesalahan yg aku lakukan, terutama di dalam Lab .. Awal-awal semester dulu, aku slalu main copy je, cara pasang component electrik dkat circuit board, dari orang lain. Tapi setelah aku pikir, " eh, buat apa aku copy board orang lain? kenapa aku tak buat sendiri?" persoalan ini mula bermain dibenak aku waktu itu. Aku malu bila aku buat kesalahan, walaupun kesalahan kecil. "Arghh.. kalau terus begini, aku tak kemana pun, aku kena berubah" aku bermonolog ..  Aku mula sedar dan cuba belajar buat sendiri...

Pertama kali aku cuba buat, memang kompem kena marah kaw-kaw r dengan PLV (lecturer) aku. Rupanya baru aku sedar, yg aku masih belum tahu cara pasang resistor dengan betul, cara pasang dc motor, cara guna oscillator, dan macam-macam lagilah, semuanya aku masih belum tahu guna lagi. Tapi masa aku copy dulu dari member aku, aku ingat aku dah faham dan ingat cara nak pasang component tersebut.. tapi yg sebenarnya aku silap...

Ok la... aku terima segala marahan, leteran dan kena tolak markah setiap kali lab dari PLV tu, walaupun kadang2 rasa sakit hati sangat dengan PLV tersebut... Minggu lepas, aku kena buat lab ganti sorang diri, sebab aku tak hadir utk lab minggu sebelumnya.. Masa itu, aku mula lah gelabah dan tak tentu arah, tak ada panduan dan tak ada kawan yg nak ditanya, cuma ada PLV yg menunggu utk menolak markah lab aku je...

Aku cuba tenangkan diri dan ingat kembali segala ilmu yg aku belajar dulu, aku ingat aku kena marah dengan PLV aku ingat circuit dulu-dulu yg aku buat silap. Aku combine semuanya dan akhirnya aku dapat siapkan lab aku tak sampai sejam pun. Alhamdulillah... Fuhh!!! baru aku sedar, rupanya senang je buat lab ni. Lebih senang lagi jika kita sendiri sudi menerima kesalahan kita dan belajar dari kesalahan tersebut. Kerana tanpa kesalahan ini, kita tidak akan tahu akan kelemahan kita.

Dengan ini, memang jelaslah. Pengertian erti belajar yg aku faham ini iaitu  "berani untuk membuat kesalahan" memang tepat sekali. Ha... apa pulak pengertian korang tentang belajar?

p/s: masih sibuk dengan robot untuk MuROC competition.. setelah 3 hari tak dapat nak tido lena, kena stay up je. esok ada match utk pemilihan robot ke MuROC. Aku kena menang.. haha. ..
Update guna laptop member.. dah 3 hari aku stay kat lab ni.. huwaaa..... rindu kan rumah la..
28 comments

Khamis, 15 Disember 2011

Dengarlah Sahabat, Nasihat Ini..


unwritten legend... untold fairytales....not to be sing the poems and not to be watch the royal play....
CAUSE WE LIVE TO BE REAL AND TO LEFT THE LIAR BESIDES... :)

Arghh.. Bukan pasal statement di atas yg aku nak cite kan? tapi pasal kawan tak makan nasihat... Alahai, susah sangat ke nak buka telinga dan beri ruang untuk aku nasihatkan diri ko dan diri aku sendiri.. Memang benar r, aku sendiri pun masih belum sempurna, lpas  tu nak nasihatkan ko yg sememangnya dah kenal sangat aku ni kan? Ok.. Fine.. Aku tak kisah semua tu, sebab apa yg aku pegang, yg salah dibetulkan, bukan dibiarkan macam tu je. Lagipun, takkanlah korang nak tunggu aku jadi ustaz dulu baru nak dengar nasihat aku?

Wooii.. kemon la... kita dah besar r, buang r sikap ego ko tu.. Mulut tu kasi jaga r sikit. Lelaki mulut banyak apa yg akan jadi? Cuba korang bayangkan? Lainlah kalau ko tu popuan, aku pun tak nak masuk campur..Tapi masalahnya sekarang ni, ko tu LELAKI..  Jagalah hati dan perasaan orang lain. Ini tak, semua ko tibai, laki, popuan ko kutuk direct je atas muka.. Fikirlah akan aib orang sikit.. Malu... kompem malu.. orang yg terkena tu, tambah-tambah lagi popuan..

Haa.. Sebab mulut tu jugak lah, hari ni, dah 2 orang merajuk dengan ko, mungkin ko anggap benda ni dah biasa, tp pikirlah sikit. Manusia ni, rambut je sama colour, tp hati, lain-lain..  hanya Tuhan yg tahu dol.. Sekrang musim exam dan ramai yg tengah stress.. cuba r control sikit gurauan tu.. jangan bagi orang lain kecil hati... 

Maaf r sahabat.. bukan niat nak mengutuk ke apa... sekadar nasihat utk orang lain dan diri aku sendiri je..  Kalau dari mulut sahabat k sendiri pun, ko tak nak dengar, aku nak buat macam mana.. Sabor je la.. 
31 comments

Rabu, 14 Disember 2011

Sabor je la.. Itu yang terbaik.

Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah...
Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya, lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya...
Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya... 

Sekadar pesanan ringkas yg dipetik dari kata-kata Ustaz Zaharuddin ... 

Setelah hampir seminggu aku tidak mengupdate blog ni, sebab aku duk di Melaka, ada game Combat Robot. 
Melalui gamez kali ni, banyak kekurangan dan kelemahan yg tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak penganjur. 
Aku bukan nak cite pasal kelemahan pihak MMU, tetapi sikap dan perangai peserta lain yg mudah naik angin atas kekurangan tersebut... Seharusnya kekurangan ini, kita perlulah tegur dengan berhemah bukannya caci dan kutuk direct atas muka pihak penganjur.. Mungkin ini pertama kali diadakan oleh pihak MMU. dan pengalaman mereka pun masih kurang lagi.. Sabar je la.. 

Kadang2, aku pun ada jugak rasa nak marah atas sikap pihak urus setia, demm.. memang panas r, tapi nak buat macam mana, itu tempat diaorang.. Sabor je la... 

32 comments

Selasa, 6 Disember 2011

Sekarang Musim Orang Putus Cinta


Sekrang ini, di UniMAP, Perlis. Merupakan musim orang putus Cinta.. Haha.. Dah elok-elok berkawan dari semester satu, bercinta semester 2 dan sekarang berpisah di semester 3..  Apa kes ni? Kalau berputus hubungan dari kekasih kepada kawan tu tak pe la, ni tak..!!! Lepas berpisah tu, dah mula tak kenal satu sama lain, tak bertegur sapa, walaupun sekelas. Tak ke banggang kerja cam tu. Dari kawan kepada musuh pulak. Oii.. malulah sikit, orang sekeliling semua dah tahu.. tak payah duk buat-buat tak tahu. 

Ni nak habaq kat hangpa semua yg dari kekasih kepada musuh tu.. Ada satu hadis yg berbunyi  macam ni kot..?

Nabi sebut :

  ” Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” 
( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )

Takkanlah seumur hidup tak mahu bertegur sapa? rugi woooii.. Kita ada 2 tahun setengah lagi nak graduate, cubalah berbaik semula. Lupakan kisah lama, buang yg keruh dan ambik yg jernih. Anggap je la korang tak ada jodoh. huhu.. korang Islam kan?

(kedengaran lagu awie-sayap ilusi dari corong radio)



Kerana cinta
Biar aku di anggap gila wooo...
Terbang dengan sayap illusi
Bertutur dalam bahasa hati

Kalau dah angau dgan bercinta, yg buruk tentang pasangan korang.. semua jadi baik kan? huhu... Begitulah Cinta kepada Ilahi, bila perasaan Cinta kepada Allah datang. Kita sudah tidak peduli, apa yg orang lain akan  kata pada kita.. Perasaan mula berubah, takut, gementar, malu dan macam-macam perasaan lain yg datang, sehinggalah kita kembali tenang dan tenang bila kita sujud kepadaNYA..  begitulah hebatnya cinta kepada Ilahi.. 

Malas nak cerita panjang2.. Assingment belambak lagi aku nak kena siapkan  ni.. Hari khamis ni, kena bertolak ke Melaka pulak, ada game Combat RObot.. 4 hari duk di sana, tak dapat la aku nak update blog.. huwaaa... 
53 comments

Ahad, 4 Disember 2011

ini Bukan Berita Basi..





Sedang aku duk baca komen2 manusia dalam Fb tadi, aku ada masuk dlam satu FB MB klantan.. haha.. Idola aku kot.. Aku bukan nak cite pasal politik, pasal negeri, pasal perkauman.. aku cuma nk menjelaskan pandangan aku tentang persoalan yg dibuat oleh seseorang itu di laman FB ni.. terjah sini ..

Mungkin isu ini, dah lama, dah basi dah pun, tp aku nk bagi pandangan aku la.. untuk orang-orang yg kutuk orang kelantan,
Ok.. bercakap pasal isu pengangguran ini, aku lihat masih ada org yang tak puas hati, dan slalu mengata orang.. Bodoh punya olang ma.. kalau nak mengata, kutuk, keji orang lain pun, janganlah jadikan Fb sebagai tempat korang kutuk mengutuk... malulah sikit.. Orang buat Fb, dia nak buat Fb jugak.. Orang duk komen dia nak komen jugak.. tutuplah akaun Fb tu, dari duk boleh dosa dgan mengumpat...

Ni, nak habaq kat hangpa semua.. Nabi Muhammad dulu, 1400 tahun lpas.. jugak berhijrah ke madinah tuan-tuan ,cari kehidupan baru, tak kan rakyat kelate berhijrah cari kesenangan dan rezeki utk hidup itu pun salah,? kalau kita maroh org kelate berhijrah? Apa hak kita? itu merupakan sunnah nabi la, lagipun bumi ni milik Allah, sapo2 boleh ada hak... masalohnya, org hok Allah bg nikmat cari rezeki tok se cari pulok....

Nak lebih paham..? korang baca lah link FB MB klate kat atas...
22 comments

Sabtu, 3 Disember 2011

Belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar bersendirian


'Belajar berkumpulan lebih baik daripada belajar bersendirian.'...topik ini adalah salah satu topik yang selalu ditanya, sama ada di dalam bahas atau segi pendapat oleh pelajar-pelajar. Ramai suka belajar secara bekumpulan, tetapi ada juga yang suka belajar secara bersendirian. Faktor-faktor ini akan membawa keputusan yang berlainan....

Ramai orang akan setuju bahawa mereka suka belajar secara berkumpulan. Dengan belajar berkumpulan, mereka boleh dapat tahu kelemahan mereka lebih lanjut dan boleh meminta bantuan dari kumpulan. Dengan itu, mereka sama-sama maju dan ini pun meringankan beban cikgu-cikgu yang selalu sibuk dengan kerja mereka selepas sekolah.

Belajar secara berkumpulan pun membawa faedah. Dari pepatah Inggeris 'two brains are better than one', idea akan menjadi lebih baik jika idea yang bersendirian digabungkan dan dicampur menjadi satu.

Semua faedah mempunyai keburukannya. Tidak semua orang akan menumpukan pelajarannya bila belajar dengan kumpulan. Sebaliknya, mereka akan berbual-bual dan niat untuk belajar sudah makin jauh.

Belajar secara kumpulan pun boleh menimbulkan sifat benci antara satu sama lain. Misalnya, seseorang mempunyai pendapat yang lain dari rakannya dan mereka cuba untuk memenangkan pendapat sendiri. Pelajaran merekan pun boleh merosot kerana sekarang mereka berasa kurang senang belajar dengan seseorang itu.

Kerana itulah, ada sesetengah dari mereka yang memilih untuk belajar secara bersendirian. Mereka tidak mudah diganggu dari orang lain dan niat mereka untuk belajar akan tercapai. Dia mempunyai kamar sendiri untuk belajar, dan barang-barang sudah diatur untuk belajar, dan ini pun boleh memajukan didinya untuk cemerlang.

Belajar bersendirian pun membawa faedah yang lain. Antaranya adalah kita boleh belajar berdikari, dan inilah salah satu daripada sifat-sifat kita harus punyai. Dengan belajar berdikari kita tidak payah bergantung kepada orang lain. Kita tidak akan berjaya jika kita selalu bergantungan kepada orang lain.

Keburukannya- jika ada soalan untuk ditanya, kita tiada sesiapa untuk membantu kita. Ini pun boleh membawa kesan untuk tidak mahu belajar. Dengan begini pun boleh merosot pelajaran.

Kerana keseorangan, pendapat selalu daripada diri sendiri. Kadang-kadang, pendapat orang lain lebih baik daripada pendapat sendiri. Contohnya, setelah lama belajar, rakan sekumpulan kita akan memberi cadangan untuk berehat seketika. Tetapi kalau kita belajar bersendirian, kita akan memaksa diri kita untuk menyelesaikan kerja kita, dan ini boleh merosakkan minda kita jika minda kita menyerap terlalu banyak informasi. Seseorang juga harus berhati-hati untuk belajar sendirian.

Dalam kesimpulan, walaupun ada faedah dan keburukkan dalam ini, kita haruslah ambil yang berfaedah. Jika kita berasa bahawa belajar secara berkumpulan adalah lebih baik, maka kita ambillah pendapat kita itu, dan juga sebaliknya.
sumber : buku teks sekolah..
29 comments

Jumaat, 2 Disember 2011

Cinta Akan Datang Pada Orang Yang Setia.


Cinta datang 
kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. 
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. 
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan 
kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Ya.. inilah yg ingin aku cakap kat korang semua. Korang jangan risau la, walaupun korang pernah ditinggalkan oleh siDIA.. Korang janganlah duk bersedih tak tentu pasal. Takkan sebab pakwe tinggalkan ko, ko nak menangis seumur hidup..? Pikir r sikit. ko tu Islam jadi kembali r kepada asal diri ko. Baru ko tahu apa itu erti Cinta sebenar. Cuma apa yg aku tahu, kalau kita dah rapat dengan seseorang itu, dan kita suka.. suka.. suka.. suka.. suka... suka... suka... sangat kat DIA, kompem dia akan suka kat kita r.. 

Walaupun sejahat mana siDIA tu buat kat korang, sabar dan terima seadanya. karenah manusia ini berlainan dan susah utk diduga. 

Naluri manusia, mudah bosan dengan sesuatu itu biasa. Tapi bosan dengan Cinta itu luar biasa. Allah memberi perasaan Cinta ini utk kita saling berkenal-kenalan sesama manusia dan makhluk lain. Tanpa rasa Cinta, kompem habis rosak dunia ni.

Sekadar pesanan ringkas utk sahabat aku yg masih lagi down sebab Cinta terputus ditengah jalan... 
be strong k.. Aku masih ada dengan ko. Ini hanya Cinta dunia..
41 comments

Khamis, 1 Disember 2011

Rabu, 30 November 2011

Aku Bukan Mata Duitan..



Bercakap soal duit ni, kepala otak kita mesti akan duk pikir pasal niaga. Haa.. samalah dengan aku. Sebagai salah seorang student Universiti, duit PTPTpu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan aku disini. Jadi aku terpaksalah cari insiatif lain utk backup duit saku ni. Dari kecil lagi otak aku, otak niaga. Suka jual barang dan hasil buatan aku..

Kronologi hidup aku dlam berniga :
  1. Darjah Satu : Wang saku yg emak aku bagi cuma  50 sen dan kadang-kadang RM1 je, mana cukup babe.. Aku nak beli mainan, makanan dan gasing.. Masa tu, aku ada bakat dalam seni lukisan sikit, jadi aku lukis gambaq kereta dan aku jual kat member aku, dgan harga 50 sen. Haha, semenjak dari itu, aku suka lukis gambaq kartun dan jual lukisan itu.. Walaupun lukisan itu agak buruk, namun boleh la nampak ianya sebagai kereta.. huhu..
  2. Darjah Empat : Aku jual kerepek pisang yg dibuat oleh kakak aku di sekolah,  dapatlah upah sikit. Yang paling tak boleh blah, aku sanggup pergi kutip buah "pauh bumbe" aku tak tahu r, orang luar panggil dengan nama apa buah tu. Aku jual buah pauh tu, dgan harga RM2 utk satu plastik.. 
  3. Naik sekolah menengah, aku mula rasa malu dengan kawan-kawan, jual barang kat sekolah. Macam budak-budak je. Jadi aku tukar cara lain, aku jual cd dan seluaq. Haha.. Masa tu, aku tak aktif sangat sebab aku malu la.. Aku dapat duit lebih bila tiba masa cuti sekolah je, aku kerja jadi buruh binaan, ok la, dapat jugak duit utk bayar yuran sekolah.
  4. Bila aku dah habis SPM, aku buat bakul, pasu dan bekas kain menggunakan kertas surat khabar yg terbuang.. dapat la duit sikit, dari aku duk tidur di rumah tu.. hehe
Sekrang, bila dah besar ni, baru nak kenal erti matang ni. Aku tak kisah dah apa org nak kata. Buat apa nak malu, kita cari rezeki halal la. Semester lepas, aku plain nak buka kios jual Kentang Putar. Aku dengan 2 lagi member aku. Tapi tak jadi la pulak, sebab semester ni, kami pindah rumah, dari Wang Ulu, ke Semarak. Erm.. semua kelaut..

Sekrang ni, aku  ada jumpa rakan kongsi baru dan kami dah berbincang sikit pasal niaga melalui internet ni, alaa, yg macam online shop tu. Aku rancang nak buat Bunddle Online. Benda ni, dah lama aku nak buat, tapi sekadar idea dan tunggu masa yg sesuai utk keluarkan. Sedang aku duk berbincang pasal niaga dengan kawan aku Redza, (dia pun otak niaga jugak) kami cuba utk bekerjasama dlm Bunddle online ni.

Sebelum tu, research perlu dibuat terlebih dahulu, potensi utk berjaya, jenis pelanggan. Kami akan cuba lakukan research dan bila dah sampai kata putus, dan semua dah ready, aku akan buka kedai Bunddle Online  kami sendiri.. Nanti aku akan bagitahu perkembangan kami dari semasa ke semasa.

p/s : pasal duit aku tak kisah sangat, sebab rezeki datang dari Allah. Walaupun skrang ni aku tengah kering, aku kena tetap cool, sampai masa, duit datang r kat aku.. hehe..  
27 comments

Selasa, 29 November 2011

Aku Maafkan Kamu..


Aku minta maaf di atas segala perbuatanku
Ternyata, kamu lebih suci dari apa yang ku bayangkan..

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku......

Tertarik dengan lirik lagu Aku Maafkan Kamu nyanyian Jamal Abdillah, Malique, and Tripdisz..
Lirik lagu yg puitis dan mendalam maksudnya.. 

cebisan lirik diatas, memang sesuai dengan diri aku... haha.. 
37 comments

Isnin, 28 November 2011

Masa Rehat dah habis bro!!! Skrang Masa untuk Fight..

Faizal bro.. korang kenal ke? The Golden Elbow..
Ok, skrang masa rehat dah habis bro.. aku skrang nak aktifkan diri semula dalam dunia tomoi ni. Sakit lama biarkanlah, dah tak boleh nak buat apa. Apa-apapun, aku perlu teruskan juga, untuk mendalami ilmu boxing ni. Sebelum ini, aku dah putus angin dengan tomoi ni. Aku ada 2 sebab kenapa aku berhenti dari dunia tomoi ni:
  1. Kaki member aku pernah patah masa aku main bola dulu, aku tak sengaja pun. Sebab itulah member aku, sampai sekrang tak boleh main bola dan sebab itu jugak, aku mula hilang minat dalam dunia tomoi.
  2. Kaki aku sakit. saraf dari tulang belakang, tarik urat paha aku, sakit wooo..  Sekarang ni, ok la sikit. Harap-harap lepas ni, ok r kot..
2 Alasan inilah yg sentiasa di mulut aku, bila ada orang ajak aku lawan. Aku rasalah 2 tahun sudah cukup untuk aku rest dan aktif semula., Hahaha.. Aku dah jumpa sifu baru.. Aku harap aku dapat asah kembali skill tomoi aku ni, dan dapat tingkatkan stamina tubuh ni. Selamat tinggal perut boroi, hoho... Skrang misi untuk cutting tubuh aku.. rasanya masa sebulan cukup untuk up stamina ni... OK.. 

Tapi tomoi ini waktu petang je.. jadi aku terpaksa korbankan futsal aku.. huwaaaa... Dalam dilema ni.. tapi aku putuskan disini jugak, yg aku nak teruskan dengan tomoi.. 

p/s: Dalam duk sibuk dengan assignment dan lab report yg nk kena hantaq esok, sempat lagi tu nak cutting tubuh.. hoho.. bagi keras sikit.. hehe.. jgan marah..
27 comments

Sabtu, 26 November 2011

Satu Bintang di Atas Kepala


Kelmarin 25/11/2011 aku ada kelas dari pagi sampai petang. Sebelum tu ada gap r sekejap untuk solat jumaat.  Habis kelas pukul 5 pm. Balik rumah sampai pukul 6 pm. Hampir sejam jugak r perjalanan tu. Penat itu dah biasa. Tapi nak buat macam mana? demi Ilmu aku redha jugak. 

Pukul 6:30 pm aku pergi main futsal, mak aii... pancit.. aku makan sebelum main, inilah balasannya. Bila masuk Maghrib, kami stop main futsal. Ok, aku rest dulu.. kaki aku sakit sangat rasanya.  Pukul 7:30 pm; aku bertolak ke dewan futsal Tahza di Kangar,  Naik Motorsikal sorang2, agak memboringkan jugak r. Aku ada friendly match dengan senior Tahun 4 Biomedic.. Game  macam haram je.. sejam game, mana la cukup.. walaupun aku masih lagi pancit.. 

Lepas habis game.. Aku pergi r minum air dengan member-member aku di kedai dekat Roundbox kangar .. 
Lepas minum teh ais, layan maharaja lawak mega sambil hisap shisha.. dan mengomen pasal peserta maharaja lawak mega tu.. Kami pun nak blah r.. Sementara aku menunggu member aku pergi bayar air minuman.. Aku dongakkan kepala aku ke langit. 

Tiba-tiba, aku lihat... satu bintang di langit.. cuma ada satu bintang je di permukaan langit semalam., dan bintang itu betul-betul berada di atas kepala aku... Semakin dilihat, semakin bersinar... Aku asyik lihat bintang itu, lalu aku teringatkan arwah ayah aku.. Dalam hati aku timbul persoalan?

"Adakah itu bintang ayah?"

Arghh.. itu cuma perasaan.. Mungkin sebab aku terlalu leka dengan dunia ni, sehingga aku lupakan tentang arwah ayah.. Aku sibuk dengan kerja assignment.. robot.. main dengan kawan-kawan.. Tapi itulah manusia, kadang2 lupa, kadang-kadang ingat tentang asal usul mereka... Selepas aku sampai kerumah dalam pukul 1 am lebih kot... Aku terus mandi, ambik air sembahyang dan solat..  beristighfar... istighfar dan istighfar.. hanya itu yg mampu aku lakukan..

Sekarang ni, aku mengantuk sangat... Aku tak boleh tidur semalam, Lepas tu, dari pagi lagi kena bertolak ke Pauh, untuk siapkan robot.. Aku balik awal hari ni, sebab kerja dah nak siap, dan aku nak tidor... 
Ok semua, selamat tidor yup...

p/s: maaf r, minggu ni aku masih lagi sibuk dengan tugasan, Jikalau aku ada masa free, aku akan terjah blog korang.. Maafkan aku..
31 comments

Rabu, 23 November 2011

banjiq Besaq di Kelate..


KOTA BAHARU: Berikutan hujan lebat yang melanda Kelantan sejak tiga hari lalu, jumlah mangsa banjir yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara meningkat kepada 235, berbanding 26 yang direkodkan semalam.

Dua daerah di negeri ini kini dilanda banjir iaitu Kota Baharu dan Pasir Puteh.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata di Pasir Puteh, pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang dibuka sejak semalam.

"Di Kota Baharu, dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Mulong dan Sekolah Kebangsaan Tiong, dibuka malam tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Paras air di empat sungai utama di Kelantan berada pada tahap berjaga-jaga manakala Sungai Golok di Jenob dan Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras amaran. -- BERNAMA

sumber myMetro..

Haha, rumah aku kat kampung, banjir r, bila banjir ni datang kat Perlis pulak..? mampuih r aku. Nak pi duk tang mana dah? Perlis banjir, Kelantan pun banjir. Sabor je la.. Hari-hari duk kat sini pun, masih lagi hujan.. hujan... dan hujan... nak pi kluaq kat kedai pun susah skrang ni. Pergi kelas, mujur la ada bas. 

Ini semua ujian hidup, dan supaya aku siapkan asignment, lab report dan esok ada test lg... huwaa.. 
masih mencari masa yg sesuai untuk terjah ke blog orang lain.. belum ada masa lagi.. maafkan aku..
30 comments

Isnin, 21 November 2011

Aku Berbahagia Kerana Mu


"Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu."

p/s: lepaskan aku, biarkan aku pergi dari hidupmu...
26 comments

Ahad, 20 November 2011

Sayanglah Nabi Lebih dari Orang Lain.


Kalau betul kita syangkan nabi kita? Kita kenalah sayang Nabi lebih daripada kita sayang kat org lain. Jikalau kita sayang nabi kita.. Bermakna kita sayang kepda Allah..

Macam mana nak kenal Nabi? tak pernah jumpa pun?


Kenal disini, ertinya tahu akan asal usul Nabi. Disini aku ada senaraikan sedikit biodata ringkas tentang Nabi kita. Sama-sama lah kita kenal siapa itu Nabi kita.
  1.  Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 
  2.  Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah
  3.  Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah 
  4.  Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 
  5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf 
  6.  Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW
  7.  Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab
  8.  Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Untuk tahu lebih lanjut tentang kisah hidup Nabi Muhammad, korang boleh terjah sini.. 
Sekadar satu perkongsian untuk ingatan diri aku dan korang semua. Sekarang ni, kita cakap kita sayang Nabi kita .. tapi kita tak kenal pun Nabi kita. Kita lebih kenal dan ingat tentang artis-artis dan tarikh lahir JWW Bitch.. Untuk pengetahuan korang, Kenal Nabi adalah WAJIB..

Selawatlah atas nama Nabi Muhammad.. itu yg terbaik
27 comments

Jumaat, 18 November 2011

Kesan Pemanasan Global..?


Sekarang ni Dunia semakin Panas. dan di Malaysia sendiri pun semakin panas. Tak hairanlah masyarakat kita sekarang ni, berbaju tapi macam berbogel? Apa kes? Takkan sebab cuaca kot korang nak dedahkan semua gunung daik ko tu? Pikir r sikit, aku pun panas jugak, tak de pun aku bukak seluar, bukak baju depan korang. Kalau nak bukak baju pun, boleh je ! bogellah dalam bilik sorang-sorang.. jadi tak ada r, orang lain nak marahkan ko. 
39 comments

Khamis, 17 November 2011

Fashion Designer Dan Kotak Bijiran Sarapan @ SourBlock

Korang pernah terjah tak Blog SOURBLOCK? Penulis blog ini adalah sahabat aku dan classmate aku masa matrik dulu. Haha.. Nama sahabat aku ni Wan. Jangan risau dia laki la.. Aku nak promote blog Wan jap boleh? 

Blog Wan ni, banyak ceritakan pasal gambar, dan gambar-gambar yg terkini dan menarik. Contoh:




Amacam?? ni baru sikit bro, kalau nak tahu lebih lanjut pasal blog Wan ni. Jom terjah blog Sourblock dan lihat sendiri tulisan beliau.


15 comments

Rabu, 16 November 2011

Sampaikan Ilmu Daripadaku Walaupun Satu Ayat...

Bercakap soal Imu, ramai yg masih lagi menuntut Ilmu dan ramai jugak yg sudah berputus asa dgan Ilmu. Adakah kerana mereka bijak atau disebabkan mereka ni bodoh?

Ilmu adalah anugerah Allah kepada setiap makhluk yang bergelar manusia. Melalui ilmu, manusia berkuasa, ramai pengaruh dan pengikut. Allah pula berkuasa mencabut, menghina dan memuliakan sesiapa yang dikehendakinya. Justeru, janganlah korang berasa sombong, hidung tinggi, dan bangga diri dengan ilmu yang sedikit. Seseorang yang mencintai ilmu, hatinya sentiasa terpaut dengan majlis ilmu walaupun jarak jauh yang perlu ditempuh, tenaga dan masa yang perlu dikorbankan. Aku redha, walaupun setiap hari kena naik bas selama 30 minit untuk ke tempat kuliah..  Namun, jangan lupa, mereka yang menuntut ilmu, menjadi kewajipan kepadanya menyampaikan ilmu kepada mereka yang tidak hadir dalam majlis itu.

Sampaikan sama ada melalui mata pena (penulisan) atau lidah. Ini sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w, maksudnya:

"Sampaikan daripadaku (meskipun satu ayat)".

Mereka yang mempunyai ilmu keagamaan wajib menyampaikan, tidak boleh disembunyikan walaupun satu ayat. Ini seperti sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Sesiapa yang mengetahui sesuatu ilmu itu lalu disembunyikan akan dia, nescaya Allah akan mengalungkan kepadanya di hari akhirat dengan kalungan dari neraka".

Aku bukan seorang ustaz, cukuplah!! jgan panggil aku ustaz lagi, aku cuma manusia biasa.  Aku menulis blog ni hanya untuk menyampaikan Ilmu dan menjadi bacaan dan panduan  masa tua kelak.. Jadi boleh la aku cakap kat anak-anak cucu aku kelak " zaman atok dulu, Atok menulis pakai blog" .. Tak ada yg nak dibanggakan dgan blog ini, sebab aku sendiri pun masih lagi serba kekurangan.. dan tegurlah aku, kalau aku ada salah silap dlam penulisan disini..

p/s: minggu ni aku masih tak ada masa utk terjah blog korang, sebab sibuk dgan assignment dan robot. Maaf sangat-sangat ...
21 comments

Selasa, 15 November 2011

Hukum Bagi Salam Pada Orang Bukan Islam

Sekarang ni, aku masih lagi tertukar dengan personaliti manusia, aku sangkakan dirinya seorang muslim tetapi beragama Hindu.. Huwaa.. Nak dijadikan crita, aku bagila salam kat cikgu tersebut, sebab aku ingat dia Muslim, muka sama cam melayu je.. demm!!! lpas  tu, ramai yg ketawakn aku dgan cikgu tu sekali gelakkan aku.. LOL, aku hairan r, kenape nak gelakkan org yg bagi salam kat seseorang..? Lepas member aku explain, baru aku tahu yg cikgu tu sebenarnya berbangsa Cina dan beragama Buddha.. Haha.. aku pun apa lagi, tumpang gelak sekaki r.. 

Memang silap aku r, tak tentu arah nak bagi salam kat seseorang.. padam muka. =.=
Sesungguhnya ucapan salam ini hanyalah untuk saudara sesama Islam kita sahaja, dan kalau nak bagi salam kat orang kapir, cukuplah sekadar ucapan "selamat pagi dan yg sewaktu dgan nya".

Tak de hukum yang kata haram atau tak boleh jawab salam dari seorang yang kapir. Mengikut kepahaman aku la, kita cuma tak di galakkan dan tak perlu…, dan takde perintah pulak utk kita bagi salam kat mereka.., Cuma jangan mendahului mereka dalam bagi salam, kalau nak jawab, jawablah : "Wa ‘alaikum!"


Sekadar perkongsian ringkas utk hari ini..
35 comments

Isnin, 14 November 2011

Remaja dan Bomoh..?

Google

Pertama skali aku nk mintak maaf, sebab hari ini, baru aku dapat update dan terjah blog korang, kat  kampung aku tak ada line internet... demm, Sekrang dah ada kat UniMAP Perlis. Rasa macam tak puas je cuti seminggu ni.. huwaaa... T_T..

Ok.. berbalik kepada tajuk post hari ini, Remaja dan Bomoh..? cehwahh..dah macam cite Hantu Bonceng la plak.. hahaha.. Tapi aku bukan nak cite pasal Hantu Bonceng ni. Aku cuma nak ulas sedikit sahaja tentang isu bomoh ini sekadar mengikut kepahaman aku je. 

Sepertimana yg kita tahu, bomoh itu Syirik.. Korang pergilah cari bomoh siam ke, bomoh indon ke, memang Syirik la.. Biase la masyarakat Melayu hari ni, lebih percayakan bomoh dari orang ustaz. Kat tempat aku masih ramai lagi manusia yg percaya benda-benda macam ni.. Aku pun tak paham r ape yg diaorang paham pasal bomoh ni? 

Contoh : Nak berubat Saka, pergi jumpa bomoh yg ada Saka jugak.. tak ke bodoh namanya itu..? Lpas tu bergaduh r antara saka pesakit dgan saka tok bomoh tu.. haha.. menggong..  Pergilah jumpa ustaz, berubat dgan perubatan Islam. Itu yg lebih berkat. 

Aku nak bagi jalan penyelesaian yg paling simple.. Aku pegang macam ni je..!!! Cuba kita pikir, dari mana penyakit kita datang? Siapa yg cipta penyakit tu? Haa.. dari Allah kan? So berdoalah dan rujuklah kepada orang alim dan ulamak tentang masalah dalaman diri, bukannya terus direct pergi jumpa bomoh.. Malulah sikit..

Sepertimana yg kita tahu, Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.

Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): 
"Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." 
(Surah al-Ghafir, ayat 60)

Firman Allah (mafhumnya): 
"Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk."
 (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Renung-renungkan.. 

p/s: aku pernah pergi jumpa bomoh masa jahil dulu, aku sakit saraf tp dia kata aku tersepak benda yg ditujukan utk orang lain..? Blur.. Aku tak pcaya r.. 
46 comments

Sabtu, 12 November 2011

Janganlah Jadi Bahan Bakar Api Neraka!!!!

Pada suatu hari, ketua segala malaikat telah menderhaka kepada Allah, lalu Allah melaknatnya dan menjadilah ia sebagai iblis, dek lantaran keengganannya mengakui akan kemulian manusia adalah lebih mulia dari dirinya…

Maka bermulalah era kewujudan iblis dan syaitan, lalu ia memohon doa panjang umur dan bersumpah akan menjadikan manusia juga ‘iblis’ sepertinya…

Kemudian, sebagai balasan untuk iblis dan syaitan, kelak, Allah akan menciptakan Neraka yang dahsyat membakar…., membakar iblis laknatuAllah sampai bila-bila..

Dan ketahuilah akan bahan bakar api neraka adalah manusia….
Dan mereka yang kapir akan kekal sebagai bahan bakar api neraka membakar syaitan durjana buat selama-lamanya, kekal abadi, No way out, No time limit, never die and forever in time…also never ending story-bad ending!!!

Moral : janganlah jadi bahan bakar api Neraka!!!!
24 comments

Rabu, 9 November 2011

Mampukah Kita Menahan Diri Dari Berzina?

Seringkali bercakap tentang zina, teringat kisah silam aku. Terlalu sukar untuk melupakan peristiwa hitam itu.
Tapi bila aku lihat masyarakat muda mudi skrang ni, zina itu biase je bagi diaorg, dah macam darah daging..
Kawan-kawan aku ramai yg terjebak dalam gejala ini. Bukan bukan cerita rekaan ini, betul-betul berlaku di tempat aku. Acap kali aku diajak untuk pergi ke tanah seberang.. alaa.. diaorg nk cari pelacur.. menggong ke ape? Itu yg memang dah obses tahap gaban r tu..

Bagi yg ada awek, mereka tak segan silu, bawak balik awek tidor sekali dirumah sewa.. mentang2lah diaorg ni student U. Buat rumah tu macam rumah mak bapak dia je..? Yg ni memang aku tak puas hati r, sebab tu r tempat aku asyik kena bala je... Bila orang tegur sikit, dia cakap awek ni, just untuk suka-suka je..
Nanti bila dah nak kahwin, nak cari yg pakai tudung.. demm!!!

Soal Zina ini, aku sudah ulas dalam entry yg lepas..

  1. Kajian Tentang Zina
  2. Bagaimana Zina Terjadi?
  3. Tips Mengelakkan berzina
  4. Nikah gantung @ Couple, Yg mana Halal?
  5. Kesimpulan tentang isu zina..

Namun, dewasa ini, kita orang islam mengaku benci zina, tapi  kita tak dapat mengelak dari zina…., di jalanan kita terdedah kepada segalam macam bentuk pra zina.., malahan di mana sahaja!!! Aku sendiri pun masih belum tentu mampu untuk menahan semua godaan ini..?

Kes zina telah menular ke seluruh cerok kampong, ke gugusan felda, ke celah celah bangunan sekolah, ke ITP, ke balai polis, ke kem tentera, ke Universti, malahan sampai ke masjid!!! Tak caye? search je kat google.. kompem jumpa..

Pikir-pikirkanlah.. mampukah kita menahan zina ini?
63 comments

Jumaat, 4 November 2011

Apakah Erti Pengorbanan Dalam Hidup Korang?


Sebelum tu, aku nak tanya korang, apakah erti pengorbanan??? sape sini yg tahu erti pengorbanan?? cuba explain kat aku..? Ramai yg bercakap dan menganggap dirinya sudah berkorban, dengan melakukan benda2 yg tak sepatutnya diaorg lakukan.. tapi itu bukan maksud sebenar dalam berkorban..
sat ye... iklan...
Adakah korang sudah menempah bahagian dalam korban untuk Hari raya haji ini???

Hmmmm....ok la..  aku cuba utk jelaskan apa itu erti pengorbanan melalui kaca mata aku sendiri k...

Maksud sebanar berkorban adalah  kita sanggup buat apa sahaja untuk mencapai maksud hidup @ tujuan hidup. Ianya bukan keinginan utk hidup, tetapi tujuan sebenar utk kita hidup.

Ini bukan seperti cerita P. Ramlee.. ini bukan kisah  Hang Tuah yg menjadikan maksud hidupnya untuk berbakti kepada Sultan, maka beliau sanggup buat apa sahaja untuk gembirakan Sultan walaupun terpaksa tipu Tun Teja dan bunuh sahabat baiknya Hang Jebat..

Begitu jugak tun Teja apabila menjadikan maksud hidupnya untuk membahagiakan hang Tuah, maka sanggup lari dari istana, berpisah dengan tunangnya Megat panji Alam dari terengganu dan sanggup pulak makan sirih jampi dari Hang Tuah!!!.

Tapi ini adalah cerita pengorbanan korang.. pengorbanan di jalan Allah. bukan pengorbanan untuk manusia. Alaa.. kita cakap senang r, tapi bila nak buat, macam-macam alasan keluar. hey.. Malulah sikit..

Bila korang menjadikan maksud hidup korang adalah menjadi kaya, maka korang tentu sanggup buat apa sahaja untuk jadi kaya walaupun terpaksa tinggal solat jemaah atau langgar perintah Allah!!! Itulah pengorbanan korang untuk jadi kaya!!

Atau korang menjadikan maksud hidup korang adalah mengharumkan Nama Negara, maka dah tentu korang sanggup buat apa sahaja untuk mengharumkan Nama Negara walaupun terpaksa meninggalkan solat atau terpaksa melengah-lengakan solat atau terpaksa langgar perintah Allah!!! Itulahpengorbanan korang untuk mengharumkan Nama Negara!!

Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan berpisah dengan harta benda kerana Allah?
Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan berpisah dengan keluarga kerana Allah?
Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan ambik cuti annual leave kerana Allah?
Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan ambik cuti unpaid leave kerana Allah?
Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan Nyawa hingga jadi mayat kerana Allah?
Sanggupkah korang dan aku???
Sanggupkah???

Buat masa ini, aku masih dalam dua..  dalam dilema.. aku masih belajar dan aku teringin sekali untuk membuat pengorbanan ini, tapi aku tak mampu.. aku takut aku tak mampu untuk lakukan semua ini.
Aku boleh menghadiri Usrah, Aku boleh menghadiri ceramah agama, Aku boleh berpisah dengan keluarga, Aku boleh berpisah dengan harta benda namun, aku jiwa aku masih muda.. Godaan utk aku masih terlalu kuat... Belajar perlukan masa..

Arghh.. lupakan.. yg penting inilah erti pengorbanan sebenar..
58 comments

Khamis, 3 November 2011

Tips Memilih Kasut Futsal..

Anda pemain futsal sepenuh masa? atau sekadar bermain suka-suka? atau berfutsal memang gaya hidup anda? haa. tak kira la laki ke pompuan ke.

kalau dah gila futsal tu sanggup berhabis beli kasut memahal. kasut cikai-cikai tanak. betol kan? hehe. bukan nak menunjuk ke ape, aku pun salah seorang drp mereka yg mementingkan kualiti kasut time futsal. kang nanti ade plak baru jer beli, sekali jer rembat bola, dah barai. pernah terjadi kot. adoii. so tanpa membuang tenaga korang membaca, jom cekedautt!!

1. Bajet.
- perkara terpenting ni. kalau duit tak cukup mcm mana nak beli yedakk? haa. since kasut futsal kat market sekarang ni lebih kurang rm100++ (orang dah anggap mahal tau) , bajet mesti lebih. lebih-lebih lagi kepada mereka yg bercita-rasa tinggi. nak pakai Adidas & Nike jer. kasut brand lain tak mahu pakai. haha. kasut murah ade. yang bawah rm100. tapi macam tak boleh nak harap sangat ketahanan dia tu. hehe

2. Pilih tapak kasut yg tak cepat haus.
- haa. camne nak bezakan tapak yg cepat haus atau tidak? mengikut pengalaman aku berkecimpung dalam bab2 kasut futsal ni, tapak kasut Adidas lebih tahan drp kaut Nike. siyes!..sebab aku pernah guna la kasut nike.. tapak dia dah separh haus.. baru 6 bulan aku beli.. lagi satu... jahitan benang dia mudah putus.. Susah r mcam ni...Selalu kena repair...Huhhu

ni kasut nike aku...tak puas hati r dengan kasut ni.. tak tahan lama..
3. Pilih ikut bentuk kaki.
- ni ramai orang silap time beli kasut futsal. dah tau kaki lebar tapi tetap beli kasut futsal yang bergred slim. contohnya Nike Mercurial Vapor. ala yg macam Ronaldo pakai tu. tapi ni versi kasut futsal. kalau kaki jenis lurus & slim boley la. kasut pun tak cepat rosak dek kerana kaki lebar anda. koyak kulit kasut nanti. kalau kaki lebar, aku syorkan Adidas. most of em' sesuai. sebelum beli,kasut mestilah ngam-ngam dengan kaki tapi pastikan ada ruang 1 inci antara depan kasut dengan ibu jari kaki. lagi satu jangan ketat sangat. jangan longgar sangat. lagi bagus kalau betol-betol fit sebab kasut ni senang mengembang kalau dah lame-lame pakai. fit dan selesa best. memudahkan untuk merembat bola dan gol!!

sesuai untuk kaki lebar.
orang kaki slim & lurus sesuai pakai Mercurial ni.

4. Warna.
- pilih kaler yg gelap jika anda pemain agresif. hehe. yela. kalau kasut putih main ganas, calar itam sana sini la nanti. syg kot! satu lagi kalau jenis korang yg pentingkan gaya, pilih la warna terang-terang. kuning ke. hijau ke. orange ke. baru nampak style duhh kalau time main! haha. most pompuan yg aku jumpa main futsal pakai kasut pink. nampak hott!!

5. Ringan.
- kasut berat berat tak bagus. so pilih ringan punya. senang nak lari laju-laju macam Ronaldo . hehe

          Aku pun masih baru lagi ni.. dalam dunia futsal.. jadi apa yg aku tahu a...setakat nie je..
 praktikkan time nak beli kasut futsal okay. jangan masuk kedai, angkat letak angat letak, then beli. tak profesional lah. jom berfutsal! ;)

p/s: member aku nak tahu cara-cara nak beli kasut futsal, jadi aku postkan semula entry lama aku ni.. haha
tak pe kan? renewpost?
16 comments

Spontanneous Thursday | Raihlah Cinta dengan Kedua Tangan Mu..


"Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya"

42 comments

Rabu, 2 November 2011

Selasa, 1 November 2011

Pesanan Untuk Orang Bodoh..!!!


Ini hanyalah entry sambungan dari entry.. Golongan Bodoh Lebih ramai darippada Golongan Pandai untuk menjawab persoalan yg mungkin berada di benak kepala otak korang semua... Sabar  bro...

Setelah aku membuat rujukan di blog Kereta Manyat .. dan beberapa sumber dari google... aku simpulkan disini...

Orang yg bijak tak mudah marah bila dengar ayat berbunyi “bodoh”, aku tak kata kat korang sorang, dan biasanya orang pandai bila dengar 4 rangkap terakhir yang aku quote kat atas akan tersenyum faham. Kalau nak komplen, mungkin mereka yang pandai itu akan tambah lagi kepada perkara paling pandai atau perkara yang buat kita jadi paling-paling-paling bodoh, maka tolong jangan jadi bodoh, tolong.., Tapi sebab kau tak faham dengan ayat yang ringkas dalam entry sebelum ni, maka aku terpaksa tulis makna ayat di atas... Cis!!! --<tak paham? sila ulang sampai paham>

Orang yang bodoh adalah mereka yang bercakap tentang orang lain.., bermaksud, mengumpat, mengutuk, mengeji, menjatuhkan sesama blogger dan yang sewaktu dengannya.., tak payah la, nak melenting, itu maksud aku. Jelas aku nyatakan... yg orang macam tu, adalah orang yg bodoh.. macam la tak ada kerja lain selain mengumpat tu? last-last cili pedas yg sampai kat mulut tu, baru tau... =.=

Manakala maksud, “Orang yang paling bodoh adalah mereka yang bercakap tentang diri sendiri”... , adalah orang yang memuji diri sendiri, buat cerita bangga ada boyprend @ girlprend, tayang gambaq tak tutup aurat kat blog,  dan yg sama waktu dengannya.. 

Itu maksud aku, tapi jika kau tulis tentang diri sendiri namun terselit ilmu yang baik, maka kau jadi bijak, atau kau just cerita kisah kau dan peristiwa, maka kau jadi orang yang biasa sahaja.., dan andai kata kau cakap tentang orang lain, yang penuh dengan ilmu, kau akan jadi bijak jugak, tapi jika kau cerita hanya peristiwa orang lain, kau jadi biasa balik..
Maka janganlah perasan bodoh, kasihan, korang tu muda lagi..

Akhir kata, mereka yang tulis diari on line dan paksa orang baca, itu bodoh.., dalam diari online tu, ada gambar yg tidak menutup aurat.. menulis tentang kisah " i dan boyprend i" ..  
Tapi mereka yang tulis tanpa mintak orang lain baca, menulis untuk diri sendiri, itu kira biasa sahaja.

Jangan jadi slow la.. malu la sikit... tanya hati korang? hidup lagi ke dah mati?

p/s: baca dulu isi entry, jangan tengok tajuk terus komen? tak rugi rasanya, ambik masa satu minit baca entry blog orang lain.. Maaf jikalau ada yg tersinggung dengan entry aku sebelum-sebelum ini.. ini hanyalah sekadar teguran dari sahabat..
38 comments